Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 4 Jun 2013

Potong Kaki!!! - Seram Dan Sedih



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga Allah mecucurkan rahmatNYA kepada kita semua. Diam tak diam hari ni dah 25 Rejab. Untungnya orang yang dapat berpuasa dalam bulan yang baik ini. Saya belum berkesempatan lagi untuk berpuasa dalam bulan rejab ni atas sebab-sebab kesihatan.


Semalam saya ke Klinik Kaki di PPUM lagi sekali. Saya ada appointment dengan pakar kaki di situ. Sejak akhir-akhir ni tapak kaki saya selalu berdenyut dah hampir 4 bulan. Saya dah jumpa doktor di klinik dan pakar diabetes di klinik perubatan PPUM. Semuanya kata sakit tu disebabkan saraf saya.

Kata doktor pakar kaki tu, saya kena berpantang lebih banyak lagi untuk menjaga paras gelugos dalam darah.

Setiap kali saya ke klinik kaki ni hati saya selalu sedih dan seram sejuk. Mana tidak disini kita akan melihat suasana yang menyayat hati kerana kebanyakan yang datang ke sini semuanya menghadapai diabetes yang teruk sehingga menyebab kaki, jari kaki dan lain-lain bahagian waima ada yang dari lutut ke kaki dipotong. Saya perhatikan kebanyakan mereka taklah terlalu tua sangat, ada setengah tu masih bekerja lagi.

Ehsan google

Kebetulan terbaring bersebelahan katil saya semalam seorang lelaki india berusia akhir 40 an atau di awal 50 an yang telah dipotong ibu jari kakinya. Saya tanya dia bagaimana ianya terjadi. Katanya, mula asalnya dia nampak di ibu jari kakinya ada luka sedikit. Dia terus berjumpa doktor. Doktor berikan dia antibiotik tapi dalam masa 4 hari 'on antibiotic' kakinya dah bertukar hitam dan rosak dan terpaksa dipotong.

Doktor yang saya jumpa selalu nasihatkan supaya di semak kaki selalu. Katanya biarlah orang lain tilik muka mereka tapi orang diabetes kena tilik kakinya setiap hari.

"Penjagaan kaki amat penting bagi penghidap diabetes. Ini kerana, diabetes akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi lebih tinggi daripada normal. Lama-kelamaan, paras gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan saluran darah dan saraf dalam badan. Kerosakan saraf boleh menyebabkan kesakitan atau kehilangan deria rasa pada bahagian-bahagian badan dan boleh menyebabkan kaki tidak mendapat bekalan darah yang baik."

Untuk tahu sepenuhnya, silalah singgah SINI. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari artikel ini.

35 ulasan:

ummuaidan berkata...

salam maklong..
takut jgk dengar cerita potong2 kaki nie..take care yer...

Kakzakie berkata...

Kawan kakak ada yg dah kena potong pun Kak Ani. Dari bawah lutut kebawah. Dulu mula-mula kena dia terus pengsan dan dipotong pun masa dia tengah koma. Tak sangka sekarang dah boleh jalan tapi guna kaki palsu..

Ngeri bila fikirkan ini...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummuaidan,

Itu yang buat maklong ngeri dan bimbang bila tapak kaki mula berdenyut sakit. Tapi Alhamdulillah doktor kata kaki tak ada luka dan masih lembut.

Minta Allah lindunglah jangan sampai tahap tu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Itulah yang kak ani takut sangat. Biarlah minum air tanpa gula, kalau teringin sesekali dah lah, tu pun biar manis2 buah kata orang.

Kak ani ni pantang tengok pisangm tak boleh tahan. rupanya pisang tak elok untuk orang diabetes ni.

Semoga kakzakie diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.

ibuintan berkata...

salam kak Ani... ye la saya pun risau juga dgn penyakit ini, kencing manis ni dah jadi penyakit keturunan pula tambahan ahli keluarga sy pun ada penyakit ni


pisang memang pantang bg penyakit ni, arwah mak saya dulu tak gemar pisang tapi bila dah disahkan ada kencing manis kalau boleh hari-hari nak makan pisang... tp bila doc kata tak elok untuk kencing manis sy terus tidak belikan pisang untuknya... jaga makan ya kak

aby berkata...

Salam k hanim.
Baru2 kakak staya pun kena kes kaki hitam d sebabkan kencing manis. Kata doktor mmang tp potong. Tp doktor minta kakak pergi kesatu klinik d pucong yg pkar mngubat pnyakit kncing manis tu. Kkak saya pergi ke tmpat tu, cara pengubatan dia adalah dengan meletak ulat2 kt dalam balutan supaya ulat2 tu makan daging yg busuk. Hari2 kena pergi keklinik tu utk kerja2 mnganti ulat. Alhamdulillah setelah brbulan juga kakak berulang alik ketempat tu, sekarang dpt brjalan balik dan kaki tidak d potong

aby berkata...

pebetulan ...
Memang kena potong...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ibuintan

Memang betul org kencing manis kalau dapat pisang lupa diri. Sedap sangat rasanya. Memang takut bila kenangkan bab potong kaki ni.

Sama2lah kita jaga pemakanan kita terutama bila sejarah keluarga ada diabetes ni. Arwah mak ka ani ada kencing manis ni sehingga kena cataract tak nampak hingga kena operasyen.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam,

Kakak dah ok. Tapi geli jugak yer kenangkan ulat tu tapi lebih baik dari potong kaki.

Doktor dah cek kaki kak ani. Dia kata ok.

JunAina berkata...

Ujian buat kita sebagai hambanya. Demi kesihatan eloklah berpantang kak, selain rawatan moden cubalah jugak rawatan tradisional warisan nenek moyang kita. Paling penting kita berikhtiar.

Nor Salmi berkata...

Jaga kesihatan ye Kak Ani. Di samping perubatan moden Kak Ani tak cuba rawatan lain ke.. Arwah nenek saya dulu hampir-hampir kena potong kaki tapi alhamdulillah setelah cuba rawatan alternatif terus tak jadi potong.

LYAfrina berkata...

salam kak ani..moga kesiahtan k.ani sntiasa dlm keadaan terkawal ye.. mmg sedih apabila khilangan kaki....

MulutPayau berkata...

.mak sedara saya pun terpaksa dipotong kakinya krana kencing manis...

ainnoraini berkata...

ngeri la pulak bila dengar potong kaki ni..sedara saya pun kencing manis kene potong kaki..dari ibu jari...sekarang dah sampai kepeha...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Jun,

Memang ibarat kata orang mencegah lebih baik dari mengubat. Kadang2 sesuatu tu pasti berlaku cepat atau lambat, cuma harap kita perlambatan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nor Salmi,

Terima kasih. InsyaAllah sekarang ni nampaknya kena seriuslah kan.

Cara tradisional juga boleh diambil, InsyAllah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Lya,

InsyaAllah maklong akan cuba menjaga pemakanan sebaik mungkin. Sesuatu yang pasti terjadi seperti kerosakan saraf pada orang yang mengidap kencing manis memang selalu terjadi, cuma kita berusaha melambatkan proses kerosakan itu.

Apa pun jika Allah izin, semua boleh berlaku, kita hanya berdoa.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

MP.

Itu yang kita takut dan nak elakkan sangat. Kesian mak saudara MP tu her, mudah2an dia tabah dengan ujian dari Allah ni.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ain,

Tulah yang kak ani takutkan sangat. Bila dengar dari mereka yang terkena memang cepat sangat melarat kalau ada luka2 atau kudis dikaki.

Kena periksa kaki selalu.

Amie berkata...

assalamualaikum kak long,
moga segala ikhtiar yang dilakukan mendapat hail yang positif....

sal berkata...

terimakasih kerana mengingatkan..dah lama tak check...apb meningkat usia ni kak ani makan pun sgt berjaga..bnyk makan makanan asli spt buah2, sayur..sementara makanan proses dikurangkn begitulah juga dgn gula..kurang minum air manis..bnyk air suam

sal berkata...

terimakasih kerana mengingatkan..dah lama tak check...apb meningkat usia ni kak ani makan pun sgt berjaga..bnyk makan makanan asli spt buah2, sayur..sementara makanan proses dikurangkn begitulah juga dgn gula..kurang minum air manis..bnyk air suam

Queenie berkata...

Allahuakbar! seramnya saya baca citer ni kaklong...moga kaklong diselamatkan dari mengalami hal2 yg mengerikan tu ya...

ya, pisang merbahaya utk org diabetes...takyah la kaklong makan pisang lagi..pisang sekarang tak sedap la kaklong...tak rugi kalau tak makan pun...

izan mama mia berkata...

takutya...mg diabetis terkawal..

Tinta Lana berkata...

Assalamualaikum Maklong.. :)

Teringat pada seorg kenalan saya ini, ibunya juga menghadapi penyakit diabetes ini. Pada satu tahap, mata ibunya sampai kabur, mula2 sebelah saja, kemudian kedua2nya shingga terpaksa buat pembedahan untuk memperbaiki penglihatannya. Skrg ibunya perlu memakai cermin mata.

Dlm tempoh itu juga, kaki ibunya juga hadapi masalah sama spt lelaki india tu. Tpi tidaklah smpai kethp terpaksa dipotong, mula2 mmg doktor ada kemukakan kemungkinan terpksa dipotong, tpi setelah dirawat dgn teliti, lakukan rutin membersih luka dgn baik, alhamdulilah, semakin baik. Dan skrg, cuma jaga makan dan ambil ubat saja.. :)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Amie,

Maaflah lambat respon pada msg Amie.

Begitulah juga harapan kak ani semoga ia tidak bertambah buruk.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sal,

Betul tu Sal. Sekarang ni kena berjaga sungguh makan minum terutama yang manis2. Waima buah pun kalau yang manis tak boleh makan banyak.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Queenie,

Itulah kadang tu berdetik juga dihati, nampaknya sekarang ni segala penyakit yang singgah tidak ada jalan menuju sembok cuma jalan 'mengawal'.

Sedih juga sesekali fikir.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Izan,

Terima kasih

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Tinta Lana,

Terima kasih singgah.

Begitulah yang sangat dibimbangi oleh mengidap diabetes ni. Nasib tak baik boleh buta. Kalau sekadar cataract boleh dipasang kanta tapi kalau urat mata yang putus, masalah besar untuk memulihkannya.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikium Ani

Cerita tentang potong kaki ni memang merisaukan kak. Takut sangat ya lah orang ada diabetes ni itulah yang amat merisaukan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Betul tu kak. Tulah kadang2 rasanya biarlah tak makan sedap janji kaki tak kena potong.

Temuk berkata...

Assalam Kunang-Kunang
Kita berikhtiar, berbagai-bagai caranya. Allah juga yang menentukan. Ada doktor kata, kita perlu elakkan "stress" (mudah sebut, sukar nak buat!), sebab itu juga punca kepada pelbagai masalah kesihatan. Walau apa pun, semoga KK sentiasa di dalam lindungan-Nya jua.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,

Yerlah, kita dah bekeluarga dah bercucu ni kalau disuruh elakkan stress, rasa untuk 100% agak susah, maklumkan macam2 perkara perlu difikirkan.

Tapi apa pun kena jugalah berusaha menangani stress sedaya boleh bila ada.

Terima kasih atas doa cikgu pada saya.

Tanpa Nama berkata...

assalamuikum
hari ni bapa saudara sy kena potong kaki sbb kencing manis yg dia kena dh teruk sgt,kaki dh lebam n dr kata dh xblh bt apa2 dh kecuali dipotong utk selamatkn nyawa.Operation bt kt hospital tuanku jaafar seremban