Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 23 Jun 2013

Malam Nisfu Syaaban



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Panjang umur kita, insyallah tiba waktu maghrib hari ini dapatlah kita menyambut malam nisfu Syaaban untuk tahun ini.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“ Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi mungkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

13 ulasan:

NzA berkata...

semoga hari ini lebih baik dari hari2 yang ditinggalkan....

PakcikLie PCL berkata...

assalamualaikum Maklong, apa khabar? salam Nisfu Syaaban.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nor,

Mudah2an begitulah

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam, selamat nisfi syaaban juga pd PCL

Zaitun berkata...

Salam Nisfu syaaban kak ani.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zai,

Salam Nisfu Syaaban

Kakzakie berkata...

Moga buku baru ini memberi laporan yg lebih baik bila dibentangkan di akhirat kelak Kak Ani...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

InsyaAllah itulah harapan kita semua.

Myra Jay berkata...

Sama2 kita manfaatkan keberkatan di bulan Sya'aban ni..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Myra Jay

Mudah2an Allah berikan kita kesihatan yang baik untuk membolehkan kita tambah beribadat di bulan-bulan yang mulia ini.

LYAfrina berkata...

bmulah catatan baru dlm amalan kita

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Lya,

Betul tu. Maklong masih ingat masa kecik2 dulu bila malam nisfu syaaban suka ikut mak pegi surau atas masjid sebab malam nisfu syaaban selalunya mak masak lauk atau kuih dan dimakan ramai bersama jumaah lain selepas sholat isyak.

Masihkan ada keadaan begini di surau2 atau masjid2 di Terengganu?

ieja amieja berkata...

buku lama dah tutup, buka buku baru..dgn harapan moga hari2 yg mendatang lebih dimanfaatkan dgn kebaikan dan ketaqwaan kepadaNya..