Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 13 Jun 2013

Makan Mangga Dan Jalan-jalan Ke Padang Besar




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Didoakan semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat.

Semasa menziarahi sahabat saya yang kehilangan ayahdanda tersayang pada hari Ahad baru-baru ni saya bermalam di rumah adik ipar saya di Taman Alma, Bukit Mertajam.

Alang-alang dah kesana, adik ipar saya ajak kami jalan-jalan ke Padang Besar. Memandangkan dah lama simpan hasrat nak ke sana lagi, kami setuju dan berjanji nak balik ke Shah Alam pada pagi Selasa.

Kami kesana dengan kereta adik ipar, satu kereta saja. Rupanya di Padang Besar ni kalau bukan hari minggu iaitu, Jumaat, Sabtu dan Ahad tempatnya sangat lengang. Pakaian dan lain-lain keperluan hanya di jual didalam kedai-kedai dan di dalam pasar. Berbeza sekali pemandangan dihujung minggu dan waktu cuti sekolah, semua kawasan dipenuhi dengan gerai yang menjual bermacam-macam barangan dari makanan sehinggalah kain-baju dan segala nikanya lagi.

Memandangkan kami tiba dah waktu makan, kami makan dulu digerai yang terletak ditingkat bawah pasar. Makanannya, lauk nasi: ikan siakap stem, telur bungkus dan kailan goreng ikan masin. sayangnya gambar kailan goreng tak jelas sangat.



Sebagai pencuci mulutnya saya makan pulut mangga dan suami makan pulut durian. Kedua pencuci mulut ni pulutnya dicampur dengan santan mentah



Air minumannya air kelapa dan air mangga, gambar air kelapa tak ada

Nak tahu berapa harga makanan kami ni, bersama lauk di atas, kami makan 3 nasi kosong untuk 4 orang dan 3 biji air kelapa. Jumlah kesemuanya ialah RM108.00. Jadi bila ke Padang Besar berhati-hati bila nak memesan. Pada saya, saya rasa harga ni mahal sebab makan pun digerai sahaja bukan direstoran. Ada kawan kata mereka sebab kita tak pandai cakap loghat Kedah atau Perlis.

Selalunya kita makan di Lembah Klang ni dalam restoran lagi dengan menu yang lebih kurang, kadang-kadang tu tambah daging masak merah, ikan siakap yang lebih besar, siap dengan tom yam, cuma tak ada pulut durian dan pulut mangga, harga lebih kurang rm70-80.00 sahaja lebih kurang.

Rakan-rakan orkid selalu cerita pasal beli orkid di Padang Besar. Saya pun cubalah juga, memang betul di salah satu gerai orkid yang saya singgah ada menjual orkid. Kebanyakan mereka menjual orkid vanda dan orkid-orkid hutan yang lain. harga saya rasa tak murah. Sempat juga snap beberapa gambar orkid yang ada di situ.







Di bawah ini pokok-pokok orkid yang saya beli. 3 pasu cattleya, 2 pasu dendro mini dan satu pasu vanda yang bunganya bewarna putih dan purple di atas tu. Saya beli semua yang tak berbunga atau belum berbunga atas sebab untuk menjimatkan duit Harganya hampir separuh dari yang dah berbunga.



Saya juga beli mangga yang dijual berhadapan dengan Universiti Malaysia Perlis. Geram tengok buahnya yang hampir sekilogram sebiji tapi harganya pun boleh tahan antara RM9.00 hingga RM12.00 1 kilo.

25 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

mahalnya harga makanan...mereka mmg amik kesempatan pd org luar..
org kata,harga kain baju yg diletak tanda rm40...kita berkeras minta diskaun...dia akan turunkan sampai harga rm15...kena bertegas dan 'ugut' mahu beli di gerai lain...

Kakcik berkata...

Assalamualaikum Kak Ani.

Tempat2 tumpuan macam tu, bila diaorang tengok orang luar je, bukan2 harga yang dia orang letak, kan? :(

Amie berkata...

Assalamualaikum Kak Long,
memang mahal harga makanan tu macam kat restoran je... kalau kami 5 beranak dengan harga tu boleh makan di pizza hut atau secret recipe ...
Oh! lawa2 bunga orkid tu...

JunAina berkata...

Awal2 tu bila akak cerita pasal makan saya dah dapat agak mesti mahal. Kat Padang Besar tu memang mahal sangat makannya. Peniaga lain kat situ pun pernah bergaduh denga peniaga makanan kat situ sebab mahal.

zana fahmi berkata...

Mahalnya Mak Long? kena tanya harga dulu baru boleh order tu.
Nak buat mcmna, benda dah lepas kan.
Pulut mangga tu terlior zana tengok.

Al-Manar berkata...

Memang rasa tertipu bila tidak berpatutan

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Tulah mereka ni ambik kesempatan sungguh. Tulah rasanya lain kali saya tak singgah dah tempat makan ni.

Hari tu saya tak beli baju tapi saya beli 2 kilo beras pulut sebab nampak beras pulutnya cantik.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Tulah orang kata ikut sedap mulut jer meletak harga.

Hari tu sungguh pun suasana agak sunyi tapi gerai2 penuh.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Amie,

Itulah silapnya peniaga2 ni, suka ambik kesempatan. Tak berkat rezeki kalau buat macam ni.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Jun,

Tulah, puas agak hitung, berapa ringgit sebiji kelapa muda, berapa ringgit segelas air mangga dah macam harga hotel.

Nak kaya cepat.

ieja amieja berkata...

assalam ..singgah pagi
mungkin dia tahu k.ani pelancong luar tu yg dia tekan tu..
buah mangga tu mmg menggiurkan..abg selalu beli pun sekilo 10 -12 gitu..janji manis dan sedap kan ,,

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zana,

Kerana pulut mangga tulah yang kami singgah. Di KL/Shah Alam ni susah nak dapat.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Al Manar,

Tulah ralat rasanya, kalau berpatutan dengan apa yang kita makan, bukan kisah sangat. Kita sedia bayar.

yan's cottage berkata...

salam Mak long...

jauhnya Maklong berjalan...sampai ke padang besar lagi...memang mahal barang2 kat sana...nak pula tengok orang cakap lain dari diorang.

nor laila berkata...

AS SALAM...MEMBALAS ZIARAH...LAMA TAK SINGGAH SINI...WAH-WAH PUAN DAH BUAT BLOG TUDUNG YE....CANTIK-CANTIK! MACAM BUNGA-BUNGA ORKID JUGA CANTIK-CANTIK!....SEMOGA BERJAYA...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Yan,

Kebetulan maklong menziarah ayah sahabat maklong yang meninggal, jadi memandangkan dah dekat dengan Padang Besar tu, kami singgahlah.

Tak baik dia orang buat macam tu kan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Nor Laila,

Terima kasih singgah. Kedua2 blog tu dah lama tak di updatekan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ieja,

Waalaikumussalam,

Itu yang tak kena tu. Kita ni sama2 dok kat malaysia ni. dia orang ni orang siam ker orang malaysia.

Dah ke sini pulak tanyanya!!!

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam,

mahal2 juga makanan kat situ...
peminat bunga orkid yer..

Aine Ainun berkata...

saya x sampai lagi padang besar, teringin nak keana nanti....

mahalnya....kalo restoren logik jugak..
Nampaknya kena hati2 bila kesana nanti..mekasih sharing kak..=)

Ibu Lala berkata...

suka mangga. sedap...dah lama x makan kat luar.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam BUNDA,

Tulah tak sangka begitu pulak jadinya.

Maklong memang suka bunga orkid.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

AA,

Maklong dah sampai 3 kali ke sana tapi dalam jarak masa yang jauhlah.

Betul tu, dia orang ni nak mengenakan kita...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ana (Ibu Lala)

Makan di rumah memang bagus terutama dari segi kesihatan dan kebersihan yag memang kita pasti.

QasehnyaRania berkata...

ke padang besar mmg kena behati2