Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu Oh Jerebu



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Macam mana keadaan kesihatan kawan-kawan semua dalam keadaan yang berjerebu ni, terutama kawan-kawan yang tinggal di kawasan yang sedang teruk dilanda jerebu seperti di Johor dan Melaka.

Beberapa daerah di Johor baru saja diisytiharkan dharurat. Mudah-mudahan berakhirlah jerebu ni dengan segera.

Sebenarnya kita yang di Lembah Klang ni pun terlibat sama. Pagi tadi ketika bangun dari tidor untuk bersholat subuh saya terhidu bau hangit. Risau juga bimbang ada benda yang terbakar, maklumlah malam tadi ada anak-anak dan cucu yang bermalam di rumah saya. Masing-masing merungut banyak nyamok. Bimbang juga, maklumlah mereka gunakan ubat nyamok yang dibakar tu kerana ubat nyamok yang dispray tu dah tak jalan.


Pagi tadi ketika membuka pintu rumah lebih kurang jam 9.00 pagi untuk ke kedai berhampiran bagi membeli bahan mentah untuk dimasak lauk tengahari ni, terperanjat saya bila terlihat suasana yang agak kelam.




gambar disnap depan pokok orkid saya, kelam

Setiap tahun kita menghadapi keadaan macam ni. Semoga cepatlah jerebu ni berlalu. Pagi tadi saya terasa sakit kepala loya dan seakan-akan sesak nafas.



Saya tak taulah betul atau tidak, saya minum air kosong banyak-banyak dan saya beli tembikai. Jadi pagi tadi kami sekeluarga makan tembikai untuk hilangkan rasa tekak yang tak berapa nak sedap ni.


6 ulasan:

azi berkata...

Kat Kedah ni pun jerebu jugak..kena kurangkan aktiviti luarkan.. nasib baik bunga orkid akak masih segar bugar lagi...:)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Azi,

Ada jugak yang layu, nak siram sangat takut melecur pulak.

Al-Manar berkata...

Memang membimbangkan. Sudahpun tiba dipantai timur.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Al-Manar,

Dulu kita tak pernah dengar jerebut di pantai timur melainkan 'joong' (mendung)bila musim tengkujih,

Hanya pada Allah kita memohon dapatlah kiranya melepaskan kita semua dari kejadian ini.

~::Chenta::~ berkata...

Mak Long,
Harapnyer sihat sekeluarga ..

Alhamdulillah .. keadaan semakin reda kini ...

Myra Jay berkata...

Tembikai org kata panas-kalau batuk takleh mkn tembikai..

Penang pun jerebu 2-3 hari ni, alhamdulillah pg td hujan lebat, hilang la jugak jerebu