Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 14 Jun 2013

Dilarang pakai cincin di jari telunjuk dan tengah.....



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات dan selamat menjalani ibadah di hari Jumaat, penghulu segala hari ini. Semoga segala amal ibadat kita diterima Allah. InsyaAllah.

Saya selalu mendengar kata orang bahawa kita tidak boleh memakai cincin dijari hantu atau jari tengah. Jadi semenjak mendengar perkara tu tak beranilah nak pakai cincin dijari tu. Kebetulan saya terpandang N3 ini. Jom kita lihat apa sebenarnya:


Berkata Ali radhiyallahu'anhu: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam melarang aku memakai cincin pada jari ini dan ini. Beliau berkata: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam menunjuk pada jari tengah dan jari sebelahnya (telunjuk)." [HR. Muslim]

Larangan memakai cincin pada jari tengah dan telunjuk adalah untuk LELAKI sahaja.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata :"Kaum muslimin telah berijmak akan sunnahnya lelaki memakai cincin di jari kelingking, ada pun wanita maka boleh memakai cincin-cincin di mana-mana jari-jari mereka. Dan dimakruhkan bagi seorang lelaki untuk memakai cincin di jari tengah dan juga jari yang setelahnya (jari telunjuk), dan hukumnya adalah makruh tanzih." (Al-Minhaaj Syarh Shahih Muslim 14/71)


src :lenggangkangkung-my.blogspot.com

14 ulasan:

makchaq berkata...

Salam kak Ani,

Rupanya selama ni makchaq pun salah faham la pasai larangan pakai cincin jari hantu & jari telunjuk tu...

Tapi kan kak Ani.makchaq sebenaqnya langsung tak pakai cincin.. rasa rimas..

izan mama mia berkata...

mmg tak boleh pakai cincin di jari tersebut....saya langsung xminat pakai cincin...rimas..geli pun ada..hihi

Kakzakie berkata...

Menakutkan gambar yg Kak Ani tepek tu hihi...

Kakak pakai juga cincin Kak Ani sebagai pemanis jari kan:)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam makchaq,

Itulah selama kak ani ingat semua orang tak kira lelaki atau perempuan tak boleh pakai cincin di jari tengah rupanya hanya untuk lelaki saja.

Pakai cincin macam dalam gambar tu, macam tok bomohkan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Izan,

Kak ani suka pakai cincin tapi dijari manis saja.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Tu gambar dari penulis asal blog berkenaan.

Kak ani suka pakai cincin tapi dijari manis saja.

Qhaifa Nur berkata...

Nur jarang pakai cincin...sebab pernah lupa mana letak...
kalau pakai dijari manis saja..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nur,

Maklong cincin kawin sentiasalah pakai kalau keluar rumah. Di rumah tak pakai,

Zaitun berkata...

Salam kak ani...saya kalau pergi jalan2 baru pakai cincin.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zai,

Betul tu. Kita orang dah berumur ni nampak manis sikit pakai cincin. Hi hi perasanlah tu

Tinta Lana berkata...

Salam.

Jadi..makruh hanya untuk lelaki ya mak long..

Kenapa ya lelaki makruh dipakai dijari kelingking n hantu..mesti ada sebab..

Aju Mohit berkata...

tq sebab berkongsi kak, ingtkan perempuan pun tak boleh pki cincin di jari tersebut

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Aju,

Sebelum baca N3 ni kak ani pun fikir begitu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Lana,


Tak pasti maklong nak menjawab kenapa makhruh hukumnya lelaki memakai cincin dijari tengah dan telunjuk.