Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 9 Jun 2013

Demam



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ehsan google

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Didoakan semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiah.

Saya baru tiba di rumah jam 12.00 tengah malam tadi dari PPUM. Saya tolong bawakan menantu saya ke PPUM sebab demam panas dan bintik-bintik merah di seluruh badan. Dia dah ke klinik tapi nampaknya belum diizinkan Allah lagi.

Seperti biasa doktor akan buat ujian darah. Kami menunggu keputusan ujian darah hampir 2 jam, hasilnya, Alhamdulillah bukan demam denggi, jadi tak adalah bermalam di PPUM.

Anak saya susah nak hantar suaminya berjumpa doktor di PPUM sebab anak keciknya tu tak ada orang yang sanggup. Sebabnya terlalu lasak, langsung tak boleh diam sekejap, jadi semua orang tak sanggup menjaganya. Kesian

Tiba di sana kelihatan ramainya orang di Bahagia Truma dan Kecemasan PPUM. Bermakna ramainya orang sakit.

14 ulasan:

Pengasas berkata...

Salam,
Semoga Allah sembuhkan segera. Aamiin.

Aishah Jahirah berkata...

musim demam sekarang ni mungkin sebab cuaca gak....saya pun masih soksek2 selsema....:)

Ummi Kami berkata...

Salam akak...

Semoga kita semua dijauhkan dari segala bala bencana dan sentiasa beroleh kesejahteraan...amin

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum kak.
Sekarang ni cuaca tak menentu dan demam sering berlaku. Moga semuanya dlm pemeliharaan Allah.

Acik Erna berkata...

Semoga cepat semboh menantu kak ani

MulutPayau berkata...

Semoga menantu akak cepat sembuh...

Nor Salmi berkata...

Mungkin cuaca yang tak menentu sekarang ni antara puncanya. Moga menantu Kak Ani cepat sembuh.

Aine Ainun berkata...

musim demam kak, anak saya pun demam..

inazamri berkata...

didoakan menantu kak ani segera sembuh

Tinta Lana berkata...

Assalamualaikum.

Maklong, baru ni saya ke hospital putrajaya..ya, ramai org sakit rupanya. Macam2, di hospital kan ada bnyk jenis kaunter, bergantung pda penyakit apa yang ada. Dan, saya tgk setiap kaunter, jumlah manusia sama je banyaknya...

Zaitun berkata...

Semoga menantu kak ani cepat sembuh.

ckLah @xiiinam berkata...

Cuaca pun panas sangat sekarang ni.

Moga cepat pulih demamnya ya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih kepada semua kawan2 yang menitipkan doa untuk menantu saya.

Alhamdulillah dia dah okey sekarang.

Maaflah saya tak dapat respon satu2 pada ulasan kawan2, InsyaAllah bila kelapangan saya akan BW ke blog kawan2 semua. InsyaAllah

NzA berkata...

Semoga cepat sembuh....InshaAllah.