Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 20 Jun 2013

Cantiknya Kemboja Merah Tu!!!



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua.



Setiap kali saya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) saya selalu perhatikan bunga kemboja merah yang berkembangan di tingkat 1, bangunan parking yang dibawahnya terletak Bahagian Trauma dan Kemalangan.

Di tingkatan 1 bangunan tu ada "food court". Saya selalu berhenti untuk minum dan kadang-kadang makan disitu sebelum naik ke atas untuk mendapatkan kereta yang diparkkan di tingkat atas. Pada sesiapa yang tak biasa di sini, sebenarnya di tingkat 1 ni ada kopitiam, ada sup utara dan beberapa beberapa 'kedai' yang menjual makanan.

Ketika makan tulah mata saya selalu perhatikan kecantikan bunga kemboja merah ni. Setiap kali nampak bunga ni yang berkembangan hati selalu berdetak nak ambik gambar, tapi rasa segan pada orang-orang yang sentiasa ramai di situ.

Kebetulan semalam bila saya sedang minum di situ, dan orang pula tak ramai sangat, dengan tergesa-gesa saya snap gambar bunga ni. Memandangkan dahannya agak tinggi, walaupun dah di zoom gambar taklah jelas sangat. Apa pun saya hanya menggunakan hand/phone saja.

10 ulasan:

nor laila berkata...

CANTIK! SELALU TENGOK KEMBOJA PUTIH JE...

Queenie berkata...

memang cantik kemboja merah tu ya Kak Ani...selalunya kita jumpa yg warna putih dan kekuningan jer...
teringat zaman sekolah dulu, bila musim main capteh, bunga kemboja pasti jadi mangsa, kelopaknya yg liat dan tidak mudah pecah memang sesuai untuk dijadikan capteh heheh

moga kak Ani diberi kesehatan yg lebih baik dari masa kesemasa ya kak!

Che Mid berkata...

Moga hati kak Ani turut ceria bagai warna bunga dan sihat sebagaimana mekar sang kemboja.. Amin..

❤Kamsiah❤ berkata...

hehe..kak,terinagt bunga yg biasa tanam kat pusara..kemboja hehe..tp baias tgk kaler putih dan kuning ja

yan's cottage berkata...

salam Maklong....

dulu kita tengok kemboja nie..orang tanam kat kubur je kan...sekarang nie dah jadi hiasan di taman2 & mempunyai perbagai warna yg cantik2 kan...?

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nor Laila,

betul tu sekarang ni bunga kemboja dah macam warna dan bentuk, cantik semua.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Queenie,

Mungkin bunga kemboja yang pelbagai warna dan bentuk ni hasil kacukan bunga2 kemboja yang dibuat oleh pakar2 pertanian kita kan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Che Mid,

Mudah-mudahan kesihatan kak ani sesegar bunga2 diwaktu pagi. InsyaAllah, terima kasih doakan kak ani.

Semoga Che Mid juga diberikan Allah kesihatan yang baik.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Betul tu, kemboja warna terang-terang ni jarang ditanam di perkuburan.

Kemboja lembut putih kurang ni memang orang panggil kemboja kubur kan!!

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Yan.

Sekarang ni bukan saja kemboja ditanam sebagai perhiasan taman dan persisiran jalan tapi bunga-bunga hutan dan pokok2 hutan yang lain juga.

Walau pun dari hutan tapi semuanya cantik dan harganya mahal.