Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 30 Mei 2013

Sup ketam jus daun betik



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga Allah mecucurkan rahmatNYA kepada kita semua.

Dah 3 hari anak saudara suami saya dimasukkan ke hospital Asunta. Kata doktor dia terkena demam denggi.

Demannya tu dah berlarutan dari minggu lepas lagi. Hari Isnin hari tu saya terima panggilan telefon dari adik ipar (mak kepada yang demam ni) dari Dungun, dia beritahu anaknya demam dan minta tolong kami bawakan ke klinik sebab anaknya dah tak boleh memandu.

Tapi rupanya demamnya tu berlarutan. Akhirnya terpaksa masuk wad dan doktor di sana sahkan dia terkena denggi. Semenjak semalam hingga hari ini tak banyak perubahan, demam masih ada dan bacaan pellet darah merahnya semakin turun.

Macam-macam petua ada orang berikan, antaranya memberi pesakit minum/makan sup ketam. Kata orang lagi sup ketam nipah yang berkhasiat. Jadi sekarang ni sedang tunggu abangnya tiba dari Dungun membawa sup ketam yang dah dimasak.


Ehsan goggle

Ada juga kita dengar orang kata berikan orang kena denggi jus daun betik. Saya google memang ada yang berkata begitu.


Caranya ambik daun betik, daun sahaja jangan ada batangnya. Tumbuk mungkin blend pun boleh agaknya, jangan campur air. Masukkan dalam kain nipis dah perah airnya. Dapat dalam sesudu pun dah okeh. Bagi pesakit minum mentah-mentah macam tu. Rasanya memang pahit tapi fikirkan khasiatnya.

Semoga anak saudara saya ni cepat semboh. Amiin.

5 ulasan:

Marina Monroe @Nanie berkata...

Moga cepat sembuh
ikhtiar dari sedara mara, Alhamdulillah

zana fahmi berkata...

Harap dia dah semboh, kita merancang Allah yg tentukan. Baru tau juga daun betik utk org demam denggi.

ckLah @xiiinam berkata...

Semoga sembuh. Masa suami kena denggi pun saya buat sup isi ketam. Dia lemah sangat masa tu, nak ngopek kulit ketam pun tak daya.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Bila suami kena denggi dulupun kami berikan dia sup ketam, alhamdulillah cepat sembuh dengan izin Allah jua.

Ajuya Rashid berkata...

semoga cepat sembuh,....yang x demam pun terliur tgk sup ketam tu..hehe...salam kenal maklong