Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 15 Mei 2013

Seiras Tapi Bukan Dia - Buah Kemunting



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria.

Memandangkan dalam N3 lepas mengenai pokok senduduk, saya ada juga kawan-kawan yang keliru dengan buah kemunting. Rupanya memang seiras sangat. Tapi dari segi rasa buahnya berlainan. Buah kemunting rasanya lebih sedap dan memang dimakan oleh kita/

Menurut apa yang saya perhatikan pokok ni tak pernah saya jumpa di sebelah pantai barat semenanjung ni, tapi senang ditemui di sebelah pantai timur.


Ini pokok kemunting yang pernah saya snap ketika saya bercuti di Cherating dalam tahun 2008. Gambar lama. Di bawah ni gambar-gambar pokok kemunting yang saya temui di google.



Gambar bunga dan buah kemunting - ehsan google


Ni pulak gambar buah senduduk. Memang lebih kurang sungguh rupanya

11 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

buah kemunting lbh besar,rasanya lbh manis...daunnya jugak berbeza...daun kemunting tak berbulu mcm daun senduduk

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Betul tu

JunAina berkata...

Akak kami org Perlis memang makna kedua2 buah tersebut.

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

Assalamualikum kak ani. dah lama xjumpa buah2 nie =)

gadisBunga™ berkata...

saya baru first time tengok buah kemunting ni maklong. teringin pulak nak rasa. :D

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Aina,

Sekarang ditempat kak ani masih ada pokok kemunting ni cuma rasanya budak2 sekarang dah tak berapa kenal buah ni terutama yg duduk dipekan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Cik Nah,

Di kampong kak ani masih ada cumanya sekarang kita dah tak masuk dalam semak seperti zaman kanak2 dulu tu yg tak jumpa. Hi hi

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

GB,

Buah ni sekarang dah susah nak dapat. Buah ni dah kira buah nadir.

Al-Manar berkata...

Kerana menyedari pokok ini akan pupus satu hari, dan juga untuk pengetahuan cucu cucu yang membesar di bandaraya KL, saya ada tanam beberapa pokok kemunting yang sudah mula berbuah. Tanah pantai kawasan rumah saya memang sesuai membesar tanpa baja pun.

Apa yang Kak Long tulis membuat saya berfikir menulis tentang pokok2 yang berada dalam kawasan, termasuk limau purut yang lama sudah berbuah dan terpaksa dipotong separuh kerana terlampau tinggi.

Salaam

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Al Manar,

Terima kasih sudi singgah di blog maklong.

Saya adalah anak Terengganu yang masa kecik dulu selalu merayau di semak2 kerana mencari buah kemunting.

Memang betul anak-anak yang membesar di kota raya ini tak kenal buah kemunting, bila terjumpa pun mereka enggan mencuba untuk merasainya.

Alhamdulillah dengan usaha yang tuan lakukan. Semoga pokok2 yang boleh dianggap buah nadir ni terus kekal dan dikenali oleh anak cucu kita.

shahrul nizam abdullah berkata...

Maknanya pokok ni suka garam mcm kelapa jgk la