Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 14 Mei 2013

Masa Kecik Dulu Buat Lipstik - Senduduk



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria.



Gambar Ihsan google

Pada yang biasa duduk di kampong, mesti kenal pokok di ataskan. Malah yang duduk dibandar pun selalu atau ada kalanya terjumpa pokok-pokok renek ni tumbuh di antara pokok-pokok hiasan yang ditanam. Nama pokok ni pokok senduduk.

Rupanya pokok senduduk ni ada dua jenis, yang selalu kita tengok tu senduduk bewarna pink atau seakan-akan bewarna ungu.

Saya teringat masa kecik-kecik dulu selalu jadikan kudup bunga senduduk pink yang belum kembang sebagai lipstik dan buahnya dibuat peluru main tembak-tembak guna senapang buatan sendiri dari kayu.



Gambar Ihsan google

Menurut mereka yang mahir dalam perubatan tradisional, senduduk putih lebih berkhasiat dari senduduk bewarna pink tu. Antara khasiatnya ada yang mempercayai ia boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular.

Senduduk Putih merupakan sejenis tumbuhan yang sukar ditemui, tidak seperti senduduk ungu yang tumbuh meliar di merata tempat. Saya sendiri pun dulu ada menanamnya, tapi usianya tak lama, pokok tu mati.

Senduduk bewarna pink pula dipercayai boleh merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim. Selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit. Daun pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan dengan cara merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia. Air rebusan itu bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari faraj.

Bagi yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut. Daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut. Juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar. Juga dipercayai air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan bagi membasuh mulut untuk mengubati sakit gigi. dan lain-lain.

Tapi pada saya sendiri kalau pengubatan luaran saya berani mencuba, untuk diminum saya tak berani sebab badan masing-masing tidak serupa antara satu sama lain.

22 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

saya buat peluru dari buah senduduk...main tembak2..pistolnya dari buluh..isi buah senduduk,bila kena tembak habis baju jadi bitu..bertompok2..

Cikli berkata...

Ini betul-betul nostalgia. Di Kelate dipanggil buah keluduk

JUK DIN berkata...

wah! byk tul khasiat pokok senduduk ini,,

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Jadi kenangan juga buat kak.. buahnya dimakan. Yang selalu ditemui ialah yang pink.

inazamri berkata...

akak buatkan saya terkenang2 semasa dulu...saya mmg suka sgt petik bunga ni.khasiatnya br tau bila baca kt sini

~::Chenta::~ berkata...

Chenta pun pernah makan buah ni .. masa tu darjah 1 .. masa duduk di Terengganu dulu .. suka ikut abang & kakak main dalam semak ... buah ni mmg sedap dimakan .. tapi ssh nak dapat yang dah betol2 masak ..

^^

JunAina berkata...

Buah dia makan pun sodap...manis... Pas tu lidah, gigi, bibir jadi ungu.

Kakzakie berkata...

Betullah Kak Ani. Kalau utk luaran tak bimbang tapi utk minum masih takut.

Kenangan masa kecik kakak dulu makan buah senduduk yg dah rekah masak tau Kak Ani - memang bibir akan jadi maroon gitu hihi.... Budak sekarang agaknya boleh muntah kalau kita bagi.

yan's cottage berkata...

betul tu...yan pun sama macam kakzakie....suka makan buahnya tu...

Granny Hani berkata...

saya pernah makan buah yg seakan buah senduduk ni..sedap, manis dan macam buah berry gitu. Saya dah lupa namanya tapi yg saya ingat daun nya warna seakan putih dan ada di kawasan berpasir...bila tgok buah senduduk ni rasa teringat nak makan buah tu.

ibuintan berkata...

saya tak pernah lak jumpa senduduk yg berbunga putih tu

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

kena peluru buah senduduk tu pedih jugakkan!!

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Cikli,

kami di terengganu panggil buah keluduk jugak

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Juk Din

kak ani pun baru ni tahu khasiatnya. Tapi tentang rebus daunnya untuk mandi ibu2 yg dalam pantang memang selalu diamalkan. Daun ni dicampur dgn daun2 lain seperti daun mengkudu dan daun pandan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam kak Werdah,

Saya pernah temui senduduk putih ketika ke rumah kawan di Felda Belara di Terengganu. Dia beri keratan pokok ni pada saya tapi sayang pokok ni tak hidup lama.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ina,

Bunganya cantik kan. Agaknya kalau kita tanam dlm pasu mesti cantik. sekarang ni dah banyak bunga liar dan bunga hutan jadi hiasan di perkarangan rumah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Chenta,

Mungkin buah yg chenta maksudnya ialah buah kemunting. Pokok dan buahnya seakan-akan senduduk tapi dia tumbuh di kawasan berpasir terutama disebelah pantai timur.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Aina,

Masa kecik semua kita cuba. Tapi Alhamdulillah tahu pulak mana yg boleh dimakan mana yg tidak.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Bila kenang zaman kanak2 kita dulu bahagianya kitakan. Kita bebas bermain. Kerja kita main, sekolah ngaji quran. Tolong mak kerja rumah sikit2 dan jaga adik. Sampai masa makan mak panggil makan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Yan,

Itu yg maklong buat lipstik tu. Hi hi

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Cikgu hani.

Kak ani rasa buah yg cikgu maksudkan tu buah kemunting. Bila masak buahnya warna kebiruan dan rasanya manis. Di sebelah pantai timur saja rasanya pokok ni tumbuh. Mungkin dia memerlukan tanah berpasir.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ibu intan.

Kak ani pernah tanam. Tapi hayatnya tak lama. Pokok tu kawan kak ani yg tinggal di felda belara di terengganu yg beri. Pokok dirumahnya besar seperti pokok dalan N3 kak ani tu. Kak ani ada ambik gambarnya, nanti cari balik dalam komputer, mungkin masih ada.