Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 7 Mei 2013




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Hari ni orang Selangor dah mula kerja selepas semalam cuti kerana Selangor masih dalam gengaman parti lama.

Petang semalam saya bertandang kerumah seorang kenalan. Dia ni boleh dikatakan orang yang tahu tentang kegunan tumbuh-tumbuhan herba untuk kegunaan perubatan. Kawan saya bercerita tentang susahnya nak dapat pokok sepulih.

Kebetulan di rumah saya ada tanam pokok sepulih ni. Pokok ni asalnya pemberitan seorang kawan beberapa tahun yang lalu. Kata kawan saya cubalah biakkan pokok ni sebab pokok ni sangat bagus untuk perubatan

20 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Untuk penyakit apa ya Ani..untuk pengetahuan Ani buat masa ni dah hampir seminggu kak minum herba dari rebusan daun-daun dan akar-akar kayu. Ada pelbagai, seperti daun sirih, pucuk kelapa, akar-akar kayu x tahu pula..rasanya daun-daun kayu ni jika kita tahu kegunaannya eloklah kita amal minumnya kan.

Kalau tak tahu risau pula akan racun dan sebagainya.

Zaitun berkata...

Salam kak ani...saya biasa tengok pokok ini tapi tak tahu khasiatnya.

JunAina berkata...

Macam keluarga keladi ye pokok ni kak?

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

dulu ada tanam pokok ni, tak tau pula ada khasiatnya..ni pokok tu dah mati :(

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum KUNANG-KUNANG

Pernah lihat, tetapi tak punyai pokok sepulih ni. Baik untuk penyakit apalah agaknya.

Entah-entah "sepulih" boleh bantu pulihkan rasa sedih (atau marah) para calon PRU13 yang kalah, atau membuang rasa megah + keseronokan melampau para calon yang menang. Ceria selalu, KK.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kak Werdah,
Cik Nah
Zai
Jun
Cikgu Temuk.

Terima kasih pada sahabat semua.

Orang yang memberitahu khasiat pokok sepulih ni ialah seorang yang mengamalkan perubatan islam.

Antara kegunaannya, kata dia ialah untuk memulihkan rumah yang bermasaalah dan orang yang terkena penyakit yang berkaitan dengan makhluk halus.

Kamariah Awang berkata...

Salam kak ani... terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke matahati.

Kamariah Awang berkata...

Salam kak ani... terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke matahati.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ma,

Kita ni sesekali jer boleh singgah. doa saya semoga Ma sekeluarga gembira selalu yer

LYAfrina berkata...

rupanya pokok y dibuat hiasan ada khasiatnya.....

MulutPayau berkata...

Biasa jugak tgk pokok ni..ingatkan pokok hiasan jer....rupanya ada khasiat tersembunyi...

sal berkata...

bagus di tanam di rumah..hijau2 menyegarkan..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

MP,

Sebenarnya banyak pokok2 yang kita dok buang dari pasu2 kita tu pun ada khasiat cumat kita kurang tahu.

Pokok ni pun, dulu kawan yang beri sebab dia dah tak nak, dah jemu tanam pokok, masa tu pokok ni uzur sangat, saya jaga dan bajakan sekarang subur.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sal,

Memang pokok2 hijau ni menyejukkan mata memandang.

Ibuhani berkata...

Mak saya pun ada tanam pokok ni.....cantik daunnya buat diasan taman,

~::Chenta::~ berkata...

ooo ... baru paham ...
dulu umah mak Chenta pun ada pokok ni ...
tapi sememnjak ayah "dah membina umah baru" .. pokok ni dibuang ..
selepas dari tu memnag byk perkara yang berlaku ... semuanya (__ __) kuasa Allah ..

nurin nabilah jamil berkata...

Assalamualaikum.saya sedang tercari2 daun sepulih ni.dh 8 buah nursery kt sg buluh saya cari tk jumpa.utk rawatan buah pinggang nk 15 helai.

nurin nabilah jamil berkata...

Assalamualaikum.saya sedang tercari2 daun sepulih ni.dh 8 buah nursery kt sg buluh saya cari tk jumpa.utk rawatan buah pinggang nk 15 helai.

Hazrah berkata...

Dah jumpa ke? Tak silap rasa nya di rumah saya masih ada satu dua pohon. Dulu saya dah basmikan.

Hazrah berkata...

Bagaimana nak guna utk Ubat sakit Buah pinggang.