Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 26 Mei 2013

Jalan-Jalan Ke Cameron Highland

big>

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Sekolah dah mula bercuti selama 2 minggu. Mesti ramai yang bawa anak-anak makan angin di cuti sekolah ni. Selamat bercuti pada semua kawan-kawan.

Hari Khamis minggu lepas saya dan keluarga jalan-jalan ke Cameron Highland selama 3 hari 2 malam. Di sana kami menginap di Hotel Rosa Passedena di Brinchang, Ini merupakan kali kedua kami menginap di sini. Tak banyak benda yang nak diceritakan sebab ramai orang dah tahu apa yang ada di CH ni. Jadi saya letakkan gambar-gambar yang saya snap di sana.






Kalau ke CH mesti tak sah kalau tak ke Ladang Strawberry walaupun setiap kali pergi ke sana ke ladang strawberry Al-Mashoorlah yang kami singgah. Ladang ni milik orang islam dan terletak di Kampong Sedia. Bila ke sini mesti nak pekena aiskrim strawberry dan strawberry coklat.










Sebagai orang yang sukakan bunga. Saya snap juga gambar bunga-bunga yang ditanam atau tumbuh di sepanjang jalan yang dilului.










Semasa di Ladang Strawberry Al Mashoor juga saya nampak deretan pokok-pokok kecik kektus. Semuanya menarik.








Seperti kebiasaan selalunya dalam perjalanan turun dari CH kami akan singgah di Teh Kiosk untuk minum teh, Harganya memang mahal, tapi saja nak relaks dan bersantai di sana sekejap sambil memandang keindahan ladang teh yang terbentang luas.






Tuan tanah bersama suami dan cucu di Teh Kiosk

15 ulasan:

Saadet Yamak berkata...

Selamun aleykum; çok güzel bir gezive çok güzel yerler. :)

Selamun aleykum; perjalanan yang sangat bagus dan tempat-tempat yang sangat bagus. :)

Türkiye'den selamlar.

http://translate.google.com.tr/#tr/ms/

JUK DIN berkata...

salam.. sudah 2x sy ke CH. 1st time gi mmg sy dok di Hotel Rosa Passadena tu..cuma parking susah la kat Brinchang tu. Kalau di Tanah Rata senang sikit. Mungkin akan ke sana lg 5 thn dari sekrg.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

JUK DK

5 tahun lagi satu jangka masa yang panjang

sal berkata...

seronok tengok bunga dan buah2 yg dijual ..segar2...
klu pegi sana..sya suka beli jagungnya yg sgt rangup

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan kalau kite nak ke sana elakkan musim cuti sekolah, sebab jalan jem teramat-amat teruk, hari ahad kelmarin ada sebuah waja plet KL berasap enjin dia dan terlanggar dek land rover yang ada cop CH tu... kesian kat pasangan tu... pas ni kalau nak kesana saya dan isteri cadang elakkan cuti sekolah, semua tempat jem, parking semua penuh., mujur jalan disekitar Tringkap dan Brincang sudah agak elok berbanding beberapa bulan lepas sebab dah di resurfacing, nak makan pun kena tunggu orang lain bangun baru ada tempat duduk., apa pun royal lilly apartment memang ok.. terima kasih buat semua yang melayan saya dan keluarga dengan baik... hanya allah yang membalas kebaikan kalian...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Hari Ahad berikutnya dalam perjalanan balik dari Padang Rengas, kak ada hasrat nak naik ke CH tapi berubah bila dah jumpa madu dijual di tepi jalan..selepas beli patah balik ikut Simpang Pulai.

JunAina berkata...

Pergi berehat kat CH memang sesuai sangat, cuaca pun sejuk.

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum...Mak long,

Bestnya dapat jalan2 bersama2 keluarga kan...

mselim3

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Saadet,

Waalaikumussalam, thank you for dropping by.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sal,

Aar jagung banyak dijual di sana, selonggok rm10.00 ada dalam 5 atau 6 biji tapi kak ani tak beli.

Sayur pun tak beli, cuma beli t-shirt yang ada gambar strawberry buat kenangan cucu-cucu.

Beli kledeknya yang manis bagai ditabur gula, manis sungguh. Buah-buahan sikit dan jus strawberry serta teh, dah kata ke CH.

Selainnya berehat jerlah

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Tanpa nama.

Terima kasih singgah.

Betul sebagaimana dicatit. Saya pernah ke sana musim cuti sekolah. Teruk. Sebab tu kali ni sengaja ke sana sebelum sekolah cuti dan tidak sepenuhnya pada hari minggu.

Nasib baik sebab dah tak ada anak yang bersekolah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Memang banyak madu yang dijual oleh orang asli di tepi-tepi jalan ketika mendaki ke CH melalui Simpang Pulai.

Tapi saya tak beli sebab takutkan ketulinannya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Jun,

Memang CH tempat yang menjadi pilihan kak ani kalau betul nak berehat. Tempatnya nyaman. Tapi tulah elakkan musim cuti sekolah.

Akak tak berapa seronok ke genting terlalu mata duitan rasanya. Hi hi

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Selim,

Berjalan-jalan ke sana dengan seorang anak kebetulan dia bercuti semester dan seorang cucu.

Cucu tu mengamuk2 nak ikut. Mulanya tak berani nak bawak takut menangis tapi Alhamdulillah Mah Tehnya ada dia okey jer

Marou Apple Hijau berkata...

fuh seronoknya.. teringin nak pergi cameron lepas tengok pic ni