Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 13 Mei 2013

Berbuah juga akhirnya




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ihsan google


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Walau dah 8 hari pilihanraya berlalu, namun hal mengenainya masih diperkatakan sana sini. Mudah-mudahan keadaan akan menjadi seperti biasa tak berapa lama lagi.

Memandangkan agak lama tak update blog ni, kali ni saya nak bercerita tentang pokok limau purut atau nama Botaninya Citrus hystrix DC. yang saya tanam agak bertahun-tahun, pokoknya besar, sayangnya bila berbuah, buahnya akan gugur bila sebesar ibu jari.




Sekarang ni dah nampak perubahan, adalah 2, 3 biji buah yang dah agak besar tak gugur. Harap-harap tu, buahnya membesar sebagaimana sepatutnya.

Saya tak tau sangat khasiat dan kegunaan buah limau purut ni. Daunnya memang banyak guna. Tak ada daun limau purut tomyam kita tak menjadi tom yam. Saya google nak tengok kegunaan dan khasiat buah limau purut ni, antara khasiat dan kegunaannya ialah buahnya dipotong kepada beberapa bahagian kecil, dikeringkan dan ditumbuk hingga menjadi serbuk, digunakan untuk melicinkan kulit.

Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

Pada yang ada pokok ni dan lebat buahnya bolehlah digunakan daripada membiarkan dia gugur ke bumi merana. Taklah membazir, rasanya orang jual buah ni agak mahal juga.

12 ulasan:

JunAina berkata...

Bila nak mandi tu ambik limau potong2 masuk dalam air buat mandi, segar je rasa badan.

Kakzakie berkata...

Paling senang pun buat air minum aje aromanya tak terkata sedapnya kak Ani..

❤Kamsiah❤ berkata...

belah dua dan letak dlm bilik mandi..berbau segar dan harum...
tp saya potong dahan yg berbuah..sbb bila berbuah ia dah tak membesar lagi..takat tu ja...
bila dipotong,makin byk dahan yg tumbuh...

pB berkata...

buat mandi , best tuuuuuuu


harum bau bilik air.

Zaitun berkata...

Salam kak ani...selain guna untuk buat tomyam boleh juga guna kalau masak ikan asam rebus atau kalau masak rendang saya suka masukan selain daun kunyit.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Jun,

Dulu ingatkan bila orang mandi berlimau jampi jer boleh mandi limau, rupanya mandi biasa pun boleh, hi hi

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kak zakie,

Kak ani tak tau pulak limau ni boleh buat air minuman. Boleh cuba nim di rumah adik di Dungun, lebat buatnya biar gitu jer.

Kadang2 orang mintak nak buat berubat. Beri free jer

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Betul jugak yer tak paya letak freshner. Asli

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

pN.

aar tulah ingat nak cubalah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai

kak ani juga letak daun limau purut untuk rendang dan masak asam ikan.

~::Chenta::~ berkata...

Salam Mak Long ...

Ajar la pulak cara tanam nyer ...
Bkn senang nak menanam ni .. Chenta belom lagi Berjaya ...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Chenta.

Maklong beli anak pokok, tanam biasa atas tanah depan rumah, lepas tu dia hidup subur, cuma berbuahnya baru sekarang yang lekat.

Yang dulu2 tu agaknya baru belajar.