Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 6 Mei 2013

Berakhirlah Sudah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Dah terjawab segala penantian kita semua selama ini. Kepada yang menang tahniah dan semoga dapat menjalani tanggungjawab sebagaimana yang dijanjikan. Pada yang belum tercapai segala doa dan usaha semoga tidak putus asas.

Walaupun kehangatan pilihanraya dan beransur suam, saya nak juga abadikan sedikit sebanyak perihal pilihanraya ni di blog saya sebagai kenangan. Andainya panjang umur saya, 5 tahun lagi mengundi lagi, kalau tidak pun diabadikan untuk mereka yang masih tinggal.






Inilah pemandangan disekitar area seksyen 18 dan 19 di Shah Alam. Seperti tempat-tempat lain juga, dimeriahkan dengan pemasangan bendera dan banting oleh parti-parti yang mengambil bahagian.

Semalam saya ke tempat mengundi selepas sholat zohor. Selesai saja mengundi hujan turun dengan lebatnya. Naib baik Salam ikut sekali ke tempat pengundian, jadi dialah yang berlari mengambil kereta yang diletakkan agak jauh dari kawasan mengundi.


Bukti yang saya telah mengundi

16 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Berakhir sudah penantian lima tahun..

aby berkata...

Salam k hanim,
Alhamdulilah selesai dh crita ngundi.
Kali ni ngundi meriah kan. Siap ada kaler kt jari lg. Singgah lunch lps ngundi blh nmpak org2 kt sebelah meja jari brcalet biru

Ummi Kami berkata...

Assalamu'alaikum Kak, apa khabar.. :)

Lama menelan tersekatlah halkum,
Mati Tok Aji berlelah sampai;
Lima haribulan tamatlah hukum,
Menanti janji yang telah dimeterai.

azi berkata...

Salam kak Ani..

Semoga pemimpin yang kita pilih dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya ya, sayapun balik kekampung untuk mengundi...:)

ckLah @xiiinam berkata...

Selamat meneruskan tugas...

:)

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..mengundi sudah..keputusan pun sudah..teruskan aje kehidupan seperti biasa kan kak ani

Zaitun berkata...

Salam kak ani...semoga pemimpin yang menang dapat menjalankan tugas dengan mengikut syariat Islam.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semua penantian dah terjawab. Semoga yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan menjalankan tugas masing-masing

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Aby,

Sekarang dah mengundi tak boleh soroklahkan.

Kita dan jalankan tugas kita sebagai pengundi sekarang giliran orang yang menang pulak menjalankan tanggungjawab mereka dan tunaikan segala janji yang dibuat.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummi

Kelubi lebat dihujung dahan
Buah dipungut jual dipekan
Pengundi sudah buat pilihan
Mudah-mudahan tak mengecewakan

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

ckLah,

Kepada yang telah diberi kepercayaan, bukti janji-janji yang telah dibuat.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Acik Erna,

Yerlah, sebagai rakyat kita dah jalankan tugas kita. Sekarang pemimpin yang dipilih pulalah kena menjalankan tugas mereka.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zai,

Betul tu, jika amanah yang diberikan tidak dijaga dengan baik, jawablah disana nanti.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Azi,

Mudah2an begitulah hendaknya.

Ibuhani berkata...

Smoga negara kita makmur.....

Mohd Selim Zainal berkata...

Betul pru 13 dah habis...bersama2 lah kita menjaga agar negara kita yang tercinta ini aman dan damai.

mselim3