Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 19 April 2013

Makan Bila Saya Lapar



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga sihat sejahtera selalu.

Semalam hari Khamis saya ada temujanji dengan doktor di PPUM bagi penyakit kecing manis dan darah tinggi saya. Temujanji saya jam 9.00 pagi. Tepat 9.00 saya dah ada di saya. Jam 10.00 pagi lebih kurang saya dipanggil berjumpa doktor.

Pertemuan kali ini tidak berapa menyamankan hati. Doktor kata, berat saya naik, saya dah tahu tadi masa timbang di bilik nurse tu. Result ujian darah hari Khamis lepas pun naik.

Lepas beritahu perkara-perkara di atas, doktor tu cek pulak tekanan darah saya. Dia tanya "pagi ni dah ambik ubat ker belum". Saya jawab "belum, sebab tadi saya keluar awal dari rumah tak sempat sarapan".

Dia bising, bacaan tekanan darah saya 179/100. Saya diam jer. Tak taulah kenapa. Mungkin kerana sehari dua ni saya kerap sangat makan gulai daging yang mana perkara ni terlalu jarang saya lakukan. Saya teringin sangat. Inilah hasilnya. Doktor tu membebel lagi.

Dia tanya lagi, "ada makan manis ker". Saya jawab "tak malah saya tak makan tengahari, malam pun ambik roti jer. Tapi saya ambik heavy breakfast." Seperti selalu dia ugut saya kalau next appoinment bacaan gula masih tinggi jugak, saya mungkin kena injek insulin 2 kali sehari. Doktor tu kata jangan skip makan pada waktu-waktu tertentu, mesti ikut masa makan. Okey, saya anggok.

Kali ini banyak ubat kena tambah pengambilannya. Saya frust jugak. Saya bukan tak berpantang, malah selera makan saya tak ada. Jadi bila saya terasa lapar, saya makanlah. Itupun bukan dalam jumlah yang banyak. Doktor mesti tak percaya, ada doktor pernah kata pada saya "dinding batu tu takkan jadi dinding kalau tak disusun batu batanya". Terpulanglah.

Akhirnya saya balik rumah dengan membawa satu beg penuh ubat-ubatan untuk tempoh 2 bulan. Nasib baik aya guna kad pencen suami, kalau bayar beratuslah harganya. Saya tau ubat-ubat di PPUM kebanyakan yang ori.


Memandangkan saya tidak mengambil apa-apa sarapan pagi tu, selepas ambik ubat saya singgah di Secret Recipes di tingkat bawah bangunan utama PPUM. Saya minum secawan cuppacinno dan makan sekeping karipap ayam serta semangkok besar mee laksa di situ. Meenya sedap, yerlah harga patut dengan mangkoknyalah. Sayangnya puas dicuba mee laksanya saya tak dapat habiskan. Waktu tu jam dah hampir 12.00 tenghari.

10 ulasan:

Nieda ramly berkata...

ada org mkn banyak tapi tak gemuk2 tapi ada org mkn sikit badan cpt naik...

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

Assalamualaikum k.ani. kata org minum air rendaman asam gelugur boleh kurangkan tekanan darah tinggi n air rendaman kulit kayu manis boleh kurangkan kencing manis..(guna air panas)=)

che mid berkata...

Bila dah masanya.. dua penyakit tu macam suka sangat nak menjengah.. jaga diri kak..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nieda,

Betul, kadang2 org kurus makan boleh tahan banyak tapi badan maintain jer.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Cik Nah,

Insyaaah saya akan cuba.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Che Mid,

Terima kasih.

aby berkata...

salam k hanim ..
dalam usia yg makin lanjut ni, satu satu penyakit menyinggah kan ..
apapun doa wak agar kesihatan kak sentiasa baik .. kita ikut nasihat doktor agar pnyakit beransur pulih

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Terima kasih atas doa wak tu. Semoga wak sekeluarga juga dalam keadaan baik.

MulutPayau berkata...

semoga kesihatan akak bertambah baik...jaga diri ya kak....

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

MP,

Terima kasih atas mu dik