Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 16 April 2013

Kopi Kawankan Karipap Panas




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita semua. Mudah2an diberikan kita dan keluarga kasih sayangNYA di dunia dan di akhirat. Amiin.

Agak lama jugak saya tak jengok rumah saya ni. Baiknya kawan-kawan semua, tuan rumah tak ada pun, sudi juga singgah. Minta maaflah saya juga dah lama tak BW ke rumah kawan-kawan semua, InsyaAllah saya akan kunjungi juga nanti,

Seperti tajuk N3, tak ada cerita sangat nak diceritakan sekadar nak berkongsi minum secawan kopi dan sepiring keripap sardin serta semosa ikan. Kebetulan pagi ni ada orang tempah semosa ikan dan karipap sardin. Jadi yang lebih tu saya makan sebagai sarapan pagi.

23 ulasan:

Irfa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Irfa berkata...

karipap inti sadin ke inti kentang tu?slmt memulakan hari ;)

ahmad humairi berkata...

Hidangan panas....menyegarkan minda...

❤Kamsiah❤ berkata...

kulit karipap dan samosa tu nampak garing dan tak berminyak..saya suka..:)

JunAina berkata...

Kak Ani sarapan air tangan sendiri puas hati...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Irfa,

Karipapnya isi sardin, yang semosa tu (3 segi) intinya ikan (ala terengganu).

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Cikgu Ahmad,

Apa pun kalau masak/buat sendiri memang sedap.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Selepas digoreng saja sejat dulu dalam tapisan, dah kering minyak baru saya letak dalam bekasnya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Jun,

Betul, masak sendiri sedap tak sedap kita mengikut citarasa kita terutama asam garamnya,

Zaitun berkata...

Salam kak ani...karipap dengan kopi memang sedap,kalau boleh kopi tu biar panas2 hehehe.

Kakzakie berkata...

Nampaknya samosa dan karipap kak ani masih lagi mendapat tempat penduduk di tempat kak ani - syukurlah..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai,

Kak ani pun sama kalau minum kopi atau apa saja minuman panas biar panas betul2 tak suka dicampur air suam.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Buat masa sekarang Alhamdulillah.

inazamri berkata...

saya suka karipap kentang dan inti sardin.

Ummi Kami berkata...

Assalamu'alaikum kak Ani...

Waduhhh..kalau makan bersantai petang-petang dengan suami dan anak-anak memang syahdu sekali....memang feberet Ummi ni.... :D

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

Assalamu'alaikum kak Ani...

sedapnya samosa ngan karipap sardin tu..kalau dekat boleh nempek nie..=)

BUNDA a.k.a KN berkata...

samosa...suka2..

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum...sedapnya ,,, karipap dengan kopi o....

sedap2...

mselim3

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum...sedapnya ,,, karipap dengan kopi o....

sedap2...

mselim3

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kak Nah,

Buat karipap tu akak sanggup setakat 3 cawan tepung jer, tak larat nak uli, semosa tak aper sebab beli kulit popianya. He he

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ummi,

Kak Ani ni bersantai petang ke pagi ker berdua jerlah, itu yang ada kat rumah ni.

Sekarang ni 2 anak duduk rumah sendiri, 2 lagi masih di U. Beginilah nasib orang yang dah berusia. Uuuh uuuh sedih

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

BUNDA,


2 minggu lepas semasa saya di ipoh, saya ada beli botok, goreng keledek dan karipap disalah satu gerai di Jalan Air Putih.

Sedap pulak karipapnya tu, garing, tak sedar makan hingga 5 biji. Harga 3 biji seringgit.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Selim,

Kopi O boleh lawan dengan apa2 jerkan, semua jadi.

Terima kasih singgah yer