Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 9 April 2013

Klinik Rawatan Kaki



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga kebahagian sentiasa bersama kawan-kawan dan keluarga.

Saya baru tiba ke rumah dari PPUM. Pagi tadi kira-kira jam 7.30 pagi dah bergerak dari rumah. Appointment dengan "Footcare Klinik" sepatutnya jam 8.00 pagi. Memandangkan bergerak dari rumah dah lambat ditambah dengan sepanjang perjalanan di Lebuhraya Persekutuan jem, akhirnya saya tiba di Klinik Rawatan Kaki pada jam 9.00 pagi ke atas, saya tak pasti waktu yang tepat.

Ini adalah appointment kali ke 4 bagi saya di klinik ni. Menunggu hampir 1 jam, baru nama dipanggil. Di bilik berkenaan, macam-macam ujian kaki yang dilakukan, Nasib baik kaki saya tidak ada masalah dari segi luka atau bengkak.

Masa berjumpa kali kedua dulu saya disarankan supaya membeli kasut khas untuk pesakit diabetes, saya tak beli. Jururawat tu kata kalau saya tak juga gunakan kasut tu, saya terpaksa terus ke klinik rawatan kaki ni walaupun saya tak ada masalah kaki.


Inilah rupa kasut tu. Kena gunakan kasut begini untuk mengelakkan kemalangan pada kaki seperti tersepak dan disepak oleh orang. Rupa kasut ni tak lawa tapi memakainya selesa. Dah beli dan memakainya hampir 6 bulan. Harga nak mencecah hampir rm200.00. Apa nak buat demi kesihatan belilah juga.

Nak dijadikan cerita, semenjak dua menjak ni dah lebih 2 bulan agaknya,tapak kaki kiri saya asyik berdenyut. Sakit, seolah-olah ada bisul mengangkut nanah di dalamnya terutama bila berjalan. Bila saya tekan tempat yang sakit, saya tak rasa sakit. Langsung tak ada kesan bengkak atau lebam.

Jadi perjumpaan kali ni saya beritahu masalah saya ni. Jururawat di situ beri saya appointment untuk berjumpa doktor pakar mengenai masalah kaki ni. Semasa pemeriksaan tekanan darah dikaki, test deria rasa dikaki, semua okey. Maknanya saraf kaki saya masih baik. Alhamdulillah.

Untuk rawatan sehingga tarikh berjumpa doktor, jururawat di klinik tu mencadangkan saya membeli stokin khas untuk pesakit diabetik. Jururawat tu dah warning saya, katanya harga stokin ni andara RM50 hingga RM500.00.


Menurut orang kedai tu stokin yang berharga RM500 leih ni bagus. Antara yang bagusnya ialah menurunkan bacaan gula, menghilang bengkak di kaki dan lain-lain masalah kaki. Dengan tak ada tanda muka terkejut, saya beritahu saya nak stokin berharga RM52.90.

Nak sihat punya pasal tak aperlah, belilah. Di klinik kaki ni begitu menginsafkan sangat bila tengok pesakit yang datang ada yang tidak berkaki lagi. Sama ada kaki tinggal sebelah atau tak ada kaki.

28 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Risaunya tentang kaki ni kan, bila ada diabetes. Kak baru sekali cek kaki, dinasihatkan juga pakai kasut seperti itu, walaupun kak beritahu kak tak boleh guna kasut sebaba akan dapat cengkam. Lagi pula kak dinasihatkan oleh otopedik menggunakan kaut ortho yang boleh tahan juga mahalnya RM350

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah.

Sekarang ni pergerakan saya pun dah agak terbatas kerana sakit tapak kaki ni.

Rasa bimbang tu ada. Sebab saya pernah dengar cerita, malah saya tengok sendiri pun, ada sorang tu dia rasa sakit di lengan, di luar memang tak nampak apa tapi rupanya di dalam lengannya tu dah menanah.

Doktor terpaksa belah buang nanahnya. Bila lihat seolah2 lengannya tu, seolah2 kita belah belakang ikan cengcaru sumbat tu. Ngeri sangat.

Kerana tak tahan, saya kadang2 ambik ubat penahan sakit juga.

pB berkata...

Mak Long ,


lawa kasut tu.
Tentu selesa memakainya.

pB pun tengah doh cari kasut yang sesuai dengan tapak kaki pB ni ..

Kakzakie berkata...

Kalau ikut mata kakak cantiklah kasut itu Kak Ani. Nampak selesa betul termasuk kalau driving taklah penat kaki.

Kerana diabetic ke kaki jadi sakit Kak Ani. Moga dgn stokin/kasut semua tu beransur sembuhlah hendaknya.

Ibuhani berkata...

Waalaikumsalam wbt. Rupanya cam kasut Scholl. Saya pernah nmpk ada kedai kt hsptl jual kasut tu.....hrp k.ani jg kesihatan ye. Kencing manis ni kn byk pantang. Do take care ye k.ani!

Norhaizan hakim berkata...

Begitulah kalau dah tak sihat, poket pun sakit sama! Jaga kaki elok2 ya mak long.

❤Kamsiah❤ berkata...

akak ada amik Mecomin (Live well) tak....bagus utk saraf...harga pun under rm100 utk 3 kotak..

Zaitun berkata...

Salam kak ani...Kalau untuk kebaikkan mahal pun tak apa...duit boleh cari hehehe...

Didalam rumah saya sentiasa menggunakan slipper untuk mengelakkan luka atau jangkitan walaupun saya bukan pesakit diabetes.

Situs Top Info berkata...

kunjungan perdana gan..
salam kenal dan sukses terus..

Ummi Kami berkata...

Salam manis dari Ummi... :D

Semoga kesihatan di dalam kesejahteraan berpanjangan...amin :D

ieja amieja berkata...

assalam kak ani..
bersyukur atas kesihatan yg Allah beri pada kita yg masih sempurna fizikalnya kan kak..berbanding dgn org yg ALLAH dah uji dgn ujian yg lbh berat..semaoga akk diberikan kesihatan yg baik dan berpanjangan..

makchaq berkata...

Kalau ada kencing manis memang kaki la yang depa suruh jaga sangat kan..

Tak pa la kak Ani.. mahai sikit (setakat kita mampu).. yang penting kesihatan..

BUNDA a.k.a KN berkata...

Assalam, kalau yang takder diabetis ni bolih ke buat test kaki kat situ, rasa macam bagus jer ...tak tahu plk selama ni ada klinik rawatan kaki...spa kaki tu tahulah..

apa pun harap2 ML akan beransur pulih..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

Assalamualaikum kak ani. semuga ksihatan kak ani kmbali sprti sediakala.walau pun kasut tu mahal..tapi janji kaki ok xpew..duet bolh cari kan..yang pnting kesihatan kita..=)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam pB,

Kasut tu memang selesa tapi memandangkan semenjak bersara ni maklong dah tak pakai kock shoe (betul ker ejaannya kock ni, pandai sebut jer). Jadi kaki mungkin dah kembang, kurang selesalah sikit mula2 tu.

Semoga pB sekeluarga bahagia selalu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Maaflah lama baru kak ani respon pada semua nota kawan2. Sejak akhir2 ni bizi sikit.

Kasut tu memang selesa tapi tulah dah lama tak pakai kock shoe rasa sakitlah sikit kaki. Lama2 okey jugak.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ibuhani,

Dulu masa Kak ani ler ada juga kak ani kasut Scholl. Terutama ketika mengandung selalunya akak akan pakai selipar (sendel) scholl sampai anak dah 2 tahun kasut masih okey.

Sekarang pun guna sendel scholl tapi dah tak pakai kock shoe semenjak berhenti kerja ni. jadi dah 5 tahun tak pakai kock shoe mesti kaki dah kembang. Bila disuruh pakai kasut ni walaupun lembut, agak kurang selesa jugak.

Jadi kak ani guna bila nak ke hospital jer, takut nurse atau doktor kata tak ikut nasihat. he he

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zan,

Memang pun, sekarang ni kalau orang bukan kerja Kerajaan lagi parah kena beli ubat sendiri.

Barang-barang macam ni mahu tak mahu kena bila jugakkan.

Semoga Zan sekeluarga sentiasa bahagia.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

InsyaAllah akak akan cuba cari. Terima kasih Kam.

Sekarang ni ada juga kak ani ambik ubat saraf, lupa pulak namanya yang direkomenkan oleh ahli farmasi yang akak beli,

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zai,

Betul tu, kasut saya tak kisah sangat sebab masa kerja pun kita beli yang lebih kurang jugak harganya, cuma bila stokin berharga rm500 rasa ralatlah pulak, tapi kalau terpaksa dan tak ada pilihan, InsyaAllah akak beli jugak.

Samalah dengan kak ani, sentiasa berselepar bila dalam rumah. Kalau ikutkan nurse di klinik rawatan kaki tu suruh cari selepar/kasut yang bertutup terutama bila memasak.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Situs,

Terima kasih singgah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ummi,

Terima kasih atas doa Ummi untuk maklong. Semoga Ummi terus bahagia bersama keluarga.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam eija,

Memang beruntung lagi nasib kak ani ni jika dibandingkan dengan mereka yang tak berkaki kan. melihat mereka ni lagi kita kena tabahkan hati sebab orang lain lagi teruk dari kita.

Terima kasih doakan kak ani, semoga eija sekeluarga bahagia selalu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Makchaq,

Betul apa yang makchaq tulis tu.

Doktor selalu nasihat kak ani, dia kata minta maaflah nak cakap, kalau orang lain tiap2 hari menilik muka dicerminta, orang yang ada diabetes ni sentiasalah menilik kaki. nampak lain terus dapatkan rawatan dan nasihat.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussan Bunda,

Rasanya klinik rawatan kaki ni hanya untuk orang yang ada sakit diabetes saja. Sebab kami ke sini atas arahan doktor.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Cik Nah,

Betul tu, bila terdesak duit bukan alasanlah lagi kata orang. Terima kasih doakan kesihatan kak ani.

Semoga Cik Nah juga diberikan Allah kesihatan yang baik.