Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 3 April 2013

Damai Bertandang Ke Nurseri Orkid



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga kebahagian sentiasa bersama kawan-kawan dan keluarga.

Pagi semalam selesai bersarapan pagi saya ajak suami ke sebuah nurseri orkid di Subang, Saya suka ke sini untuk mencari keperluan orkid, ianya agak dekat dan dah biasa ke sana.

Tiba disana saya disambut dengan ramahnya oleh si gadis kecik yang comel dan peramah ni. Mahir berbahasa Malaysia. Sebenarnya tujuan utama ke sana ialah untuk mencari mose bagi diletakkan dalam pasu orkid saya. Dah lama saya tak pedulikan orkid-orkid. Sekarang dah datang angin rajin ni.

Si genit ni sibuk rekomenkan saya baja. Pandai dia menyapa saya "auntie nak beli apa", saya terpikat dengan gayanya, dia mungkin baru berusia dalam lingkungan 7 tahun. Teringat cucu saya Eresya. Dia berceloteh tentang sekolah dia dan asyiklah dok usung mose yang saya beli serta ikut kemana saya pergi.

Saya minta izin dengannya nak ambik gambar bunga-bunga orkid di situ. Dia setuju, hasilnya saya dapatlah ambik gambar bunga-bunga orkid yang saya suka.

Pada mulanya saya berjanji dengan suami saya, saya cuma nak beli mose. Saya kata saya takkan beli orkid. Jadi dia tunggu saya dalam kereta. Tapi saya tergoda juga. Habis-habis ditahan selain mose akhirnya saya beli juga pokok vanda ni dengan harga rm14.00 dan 2 anak pokok phalaenopsis (ini nama jenis umum, tak tau atau lupa nama sebenar orkid jenis phalaenopsis ni) dengan harga rm5.00 sepokok. Nak beli yang dah berbunga rasa mahal rm40.00 sepokok.



Anak pokok phalaenopsis

Menurut wanita indon yang menjaga nurseri ni, anak phalaenopsis ni akan berbunga kemungkinan selepas masa setahun. Tak aper saya sabar jerlah.

Mose

Saya beli 3 bungkus mose dengan hargas rm5.00 satu bungkus, Sebungkus mungkin setengah kilo. Mose ni boleh membuatkan pokok orkid sentiasa lembab. Saya tak beli baja orkid sebab saya baru saja beli 2 hari lepas semasa ke pasar bunga di kawasan berdekatan stadium Shah Alam, nanti saya ceritakan kemudian. Di bawah ni saya letakkan gambar-gambar orkid yang saya ambik di nurseri tu.






Di atas antara bunga cattleya yang saya snap gambarnya. Kebanyakan orkid cattleya ni berbau wangi. Di bawah ni pulak orkid phalaenopsis yang beranika warna, cantik-cantik sangat warnanya. Sabar jerlah:


Ini gambar gadis genit tu, sayang tak nampak semua, saya suka dia





Di bawah ni pulak saya letak gambar-gambar orkid vanda dan mokara. Semuanya cantik membuat hati bagai digaru nak beli. Tapi mengenangkan yang kat rumah tak berbela, sabar, sabarlah wahai hati







rasa saya ini vanda jenis mokara, harga dia tawarkan pada saya rm18.00 sepasu.

Itulah kisah sepagi di Nurseri Orkid Hew di Subang.



25 ulasan:

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

wah seronoknya kak ani berkebun orkid..=)

Ibu Lala berkata...

Cantik la kakak.

ariana berkata...

Assalam k.ani..geram nya tgk bunga cntik2..
sy ni minat orkid,tp mood nk menjaganya tu, kdg rajin,kdg malas..huhu

Ibuhani berkata...

mose tu cm sabut ye k.ani? Saya guna sabut kelapa jer......

ibuintan berkata...

hehehe peminat orked memang selalu melanggar janji... janji taknak beli tu takde maknanya, semua akan tinggal janji bila orkid dah depan mata


saya pun suka phal sebab kembangnya lama

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Cik Nah

Kak ani sekarang ni dah kurang membelai orkid ni kerana tak larat, sakit lutut. Tapi sayang tengok mana yg ada.tu, jadi jagalah duka.

Bila.berbunga seronoknya rasa. Rajinlah balik sekejap.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ibu Lala,

Tu yg buat akak mungkir janji dgn abang. Tergoda. Lambat berbunga pun sabar sebab bila brrbunga puas lama mekarnya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ariana,

Memang cerewet jaga orkid ni sebab perlu dibaja 2 kali seminggu. Tapi kak ani tak ikut sangat. Kalau ada rezeki berbunga jugak dia

Syimama berkata...

Assalam. Lama tak berkunjung ke laman akak.

Orkid, memang minat. Dulu cuti 2th, sibuk berorked.. macam2, bila kerja semula hilang masa berorked.

Seronok bila tengok kudup nak timbul, mula la cakap2 dengan orked... he3

sal berkata...

suka tngok pokok orkid yg subur dan mekar...hehe hati pun senang..

❤Kamsiah❤ berkata...

salam
kak,wanita mana pun kalau tgk orkid berbunga cantik mcm tu,mesti kalah punya...mest beli jugak walau sepokok...

BUNDA a.k.a KN berkata...


ASSALAM,

MEMANG CANTIK BUNGA2 ORKID NI...CUMA ORANG YG BENAR2 RAJIN DAN BERSUNGGUH2 JER MAMPU JAGA DGN SEMPURNA POKOK2 ORKID NI..

izan mama mia berkata...

orkid mmg cantik..kalau yg berwarna meriah lagi cantik

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ibuhani,

mose ni bukan sabut menurut mereka yg tahu mose ni adalah rumpai laut. Dia sekali tengok macam kulit kayu yg lembut. Kalau mose yg bagus, bila lama dia dalam pasu orkid dia akan berwarna hijau macam lumut. Kalau yg kurang baik bila lam dia akan jadi hitam. Masa dah tukar warna tukar mose baru. Itu yg kak ani fahamlah.

Bila kita nak letak dlm pasu orkid kita rendam mose tu sekejap dlm air baja orkid yg dah dicampur air.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ibuintan,

He he betullah tu. Memang tak boleh pegang janji.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Syima,

Kalau nak ikut betul cara menanam orkid kak ani memang tak terikut. Cuma bila datang angin rajin tu baru ambik pusing sikit. Bila berbunga seronok.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sal,

Betul hati memang rasa seronok kalau dapat tengok orkid yg berbagai bentuk dan warna serta baunya.

Ada nurseri yg menanam orkid di pokok2. Bila kita confirm nak beli org jual orkid tu akan panjat pokok tu dan dia tolong semai dalam pasu. Bila masuk dlm kebun orkid begini rasa seperti bermimpi.



Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam.

Betul tu kam. Masa kak ani tengah gila orkid dulu mana tempat kak ani pegi jumpa nurseri orkid mesti singgah dan selalunya belilah jugak sepasu dua. Nasib baik dapat suami yg faham.

Tapi sekarang dah kurang he he. Sebab kalau boleh daya elak ke nurseri orkid kecuali bila ada keperluan dan jangan bawak duit banyak.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Bunda

Kak ani satu ketika dulu suka juga apa lagi teman2 tempat merujuk bila ada masalah orkid. Tapi sekarang tak larat sangat nak membelai orkid ni. Jaga2 gitu jerlah mana yg dah ada.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zan,

Memang puas kalau bunga yg ada tu hasil dari usaha sendiri, puas rasanya.

insan marhaen berkata...

Melihat orkid ini teringat abah IM yang pandai menanam orkid..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

IM,

Kawan2 orkid kak ani ramai juga lelaki. Jangan terperanjat mereka ni dari kalangan profesional tapi minat orkid mengalahkan isteri dia orang sendiri.

Sama dgn husband kak ani dia tak pernah kisah pasal pokok orkid kak ani. Tapi kalau berbunga dia puji. Bab tolong siram, mintak maaf. Syukurnya ajak pergi nurseri bunga dia ikut, nak duit beli orkid dia tak bising.

Zaitun berkata...

Saya pun macam kak ani tak boleh tengok orkid mesti nak beli...geram tengok bunganya yang bermacam bentuk dan warna.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zai,

Tu yang kak ani jarang nak ke nurseri orkid melainkan terdesak kerana keputusan baja selalu.

Kat pasar tani shah alam yang dekat stadium tu pun boleh rabak kalau singgah tempat orang indonesia yang jual orkid.

Ihsan KZ berkata...

Maaf nk tegur. bukan mose nama die. Tapi moss/lumut. Asalnya Dried Spagnum moss tapi kt malaysia ni dorang campur mcm2 dried moss kdang2 jumpa ranting pon ade dlm tu.