Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 1 April 2013

Dah 36 Tahun .....




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Seperti biasa saya doakan semoga kawan2 blogger semua berada dalam suasana yang gembira dan bahagia.

Hari ini iaitu pada 1 April 2013 genaplah 36 tahun ikatan perkahwinan saya dengan suami yang dikasihi. Dialah seorang insan yang sentiasa bersama saya dalam suka dan duka, dalam susah dan senang, dalam sakit dan sihat. Sebagai insan biasa kami juga tidak terlepas dari diuji dengan suka dan duka. Sudah lumrah hiduplah kan.

Alhamdulillah walau apa pun keadaan yang datang kami sentiasa mencuba sedaya mungkin untuk mengatasinya dengan mengukuhkan lagi ikatan dan rasa kasih dan sayang dihati kami. Saya berdoa semoga Allah sentiasa memberkati hidup kami dan mengampuni dosa-dosa kami.

Sekarang dalam usia yang semakin senja ditambah dengan kesihatan yang sudah mula menurun, harapan kami semoga kebahagian ini tetap menjadi milik kami ke akhir hayat. Kami sentiasa berharap semoga anak-anak dan cucu-cucu kami dilindungi Allah selalu. Seperti ibubapa lain kami juga sentiasa berharap semoga anak-anak dan cucu-cucu kami menjadi hamba yang soleh dan solehah

Semoga kasih sayang mereka kepada kami sentiasa subur di hati mereka terutama ketika usia kami yang sudah semakin hampir kepada penghujung ini.

45 ulasan:

Aju Mohit berkata...

assalamualaikum kak, alhamdulillah dan tahniah atas ikatan perkahwinan yg utuh ini, semoga akak dan suami diberikan kesihatan yang baik dan bahagia ke akhir hayat. amin

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Aju,

Terima kasih atas doa. Kak ani juga doa semoga Aju sekeluarga terus barbahagia.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani dan suami tetap berada dalam sakinah, mawaddah dan rahmah hingga ke syurga.Aamiin

makchaq berkata...

Salam Kak Ani

Alhamdulillah berkekalan dan masih bersama selama 36 tahun.

Makchaq doakan kak Ani sekeluarga diberikan kesihatan, berkekalan bahagia dan diredhoi Allah sentiasa

Irfa berkata...

36 tahun yang pastinya penuh kisah suka dan duka..pahit dan manis.semoga berkekalan hingga ke syurga.amin

izan mama mia berkata...

tahniah....36 tahun bersama menyulam cinta ..satu masa yang panjang,..tentu banyak kenangan bersama...semoga kekal ke jannah..amin

aby berkata...

Salam k hanim,
Kaifa ha lu ki ...
36 thn... Satu masa yg pnjngggg tu. Stuju dgn k hanim... Mase yg pnjang tu tk lari dari ujian2 yg di lalui. Semoga kekal brsama hingga akhir hayat

nea lopah berkata...

Assalamualaikum Mak Long. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke36. Semoga sentiasa sihat dan bahagia. Suka baca n3 Mak long.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak....
Tahniah dan selamat u/ tahun perkahwinan yg ke 36..,
Semoga kebahgiaan yg dikecapi berkekalan hendaknya....

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah
Semoga Kak Werdah sentiasa dalam kasih sayang Allah.

Terima kasih atas doa kak werdah kepada kami. Saya juga doakan semoga Kak Werdah dan suami sentiasa bahagia dan sejahtera.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Makchaq,

Alhamdulillah itulah rahmat yang Allah kurniakan kepada kami. Dalam tempoh yang panjang tu banyaklah juga suka duga yang kami alami.

Semoga Makchaq sekeluarga juga sentiasa berbahagia dan sejahtera.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

IRFA.

Terima kasih singgah.

Begitulah pemberian Allah pada kami, selama 36 tahun meneruskan hidup yang sentiasa ada duka dan suka. Namun Alhamdulillah, Allah sentiasa membuka jalan untuk kami meneruskan hidup.

Semoga Irfa juga dikurnikan Allah keberkatan dalam hidup

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Izan,

Terima kasih. Maklong pun bersyukur pada Allah atas kurnianya kepada kami sekeluarga.

Maklong doakan Izan pun diberikan rahmatNYA sentiasa dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Alhamdulillah, ana wa usrati be khoir. Kaifa haluka?.


Begitulah wak, banyak suka duka dalam mengharungi hidup ini. Syukurnya berapa banyak ujian yang Allah berikan, kasih sayang masih tersimpul kuat.

Semoga Wak sekeluarga terus berbahagia dan sentiasa mendapat restuiNYA.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Nea Lopah,

Terima kasih atas ucapan. Maklong doakan nea sekeluarga juga sentiasa bahagia.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam MP.

Terima kasih. Semoga MP sekeluarga juga sentiasa berbahagia. Amiin

aby berkata...

Salam kembali k hanim,
Lupa nk bg tau,
Abna asnani ana, sheila, besday dia pun harini.
Wak nk sebut 32 tk pasti, takat yg paling dekat salasuuna ... Angka genap jer.
Betul ke letak kan ana pd ayat yg wak tulis tu

Ibuhani berkata...

Waalaikumsalam wbt k.ani............happy anniversary! Smoga diberkati Allah SWT dunia akhirat

zulaikha megat berkata...

assalamualaikum mak long..saya ziarah kembali

selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 36..semoga terus berbahagia hingga ke syurga..

ainnoraini berkata...

alhamdulilah...
Semoga bahagia selama2nya..

Marya Yusof berkata...

As salam Kak,

36 tahun bukan tempoh yg singkat! Tahniah! Happy anniversary! Semoga bahagia seperti pengantin baru sentiasa... Barakallahulakuma..

ariana berkata...

Assalam k.ani..
Alhamdulillah dan tahniah.Happy anniversary buat k.ani dan suami..Apalah rahsia dan petuanya yg k.ani pegang bg mengekalkan kebahagiaan hingga kini..kalau sudi kongsikan lah dgn kami k.ani..:)

❤Kamsiah❤ berkata...

semoga jodoh kekal hingga ke hujung usia..
kak ani..saya tumpang seronok dan bahagia melihat pasangan yg tetap loving walaupun dah bercucu...

Mak Wardah berkata...

Alhmadulillah bangga dengan akak dan suami, semuga kekal sampai ke jannah.

Zaitun berkata...

Alhamdulillah semoga kekal dan bahagia buat selama2nya.

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

Alhamdulillah..36 tahun menyulam bahagia bersama. semoga kekal dan bahagia buat selama2nya.

nor laila berkata...

Tahniah puan...semoga jodoh akan berpanjangan....

Tuan Juhaida berkata...

Assalamualaikum kak.salam kenal.alhamdulillah,dah 36 tahun hidup bersama menempuh segala dugaan n cabaran yg pelbagai.moga allah berkati akak sekeluarga.sy tahun ni br nak masuk wed anniversary ke 10 hihi.jemput jenguk blog sy ya...sweetamieda.blogspot.com.tq

Temuk berkata...

Assalam, Kunang-Kunang
Tahniah! Semoga berpanjanganlah ikatan kasih-sayang itu sehingga akhir hayat. Semoga segala hajat dimakbulkan Allah.

yan's cottage berkata...

tahniah maklong....

moga berkekalan di dunia dan akhirat

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ibuhani,

Terima kasih doakan kak ani.

Semoga ibuhani juga sentiasa berbahagia dan hidup diberkati Allah selalu disamping anak-anak dan mereka yang di sayang.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Zu,

nama Zu sama dengan nama anak sulung maklong, zulaikha juga nama dan kami panggil dia Ju. Jauh pulak bunyinya kan,

Terima kasih doakan kami. Semoga Zu juga berbahagia dengan keluarga.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ainoraini,

Terima kasih doakan kami. Semoga Ain pun sentiasa berbahagian disamping keluarga.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Marya,

Terima kasih atas doa Marya. Kak Ani juga doakan semoga Marya sekeluarga sentiasa bahagia.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ariana,

Terima kasih. Tak ada rahsia cuma apa yang mengikat kami mungkin perasaan kasih sayang dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Kak ani doakan semoga Ariana sekeluarga juga sentiasa berbahagia.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Terima kasih doakan kami.

Semoga Kam sekeluarga juga terus berbahagia selama-lamanya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Mak Wardah,

Terima kasih sudi singgah.

Terima kasih juga doakan kami suami isteri. Semoga Mak Wardah juga terus berbahagia bersama keluarga.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zai,

Terima kasih doakan kami. Akak juga doakan semoga Zai sekeluarga terus berbahagia selamanya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Cik Nah,

Terima kasih doakan kami. Semoga Cik Nah sekeluarga juga diberikan Allah rahmat dan kebahagian selamanya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Tuan Juhaida

Salam kenal juga dari saya dan terima kasih sudi singgah.

Terima kasih atas doa tuan Juhaida pada kami. Semoga Tuan Juhaida sekeluarga terus berbahagia selamanya.

InsyaAllah akak akan singgah di blog Tuan Juhaida nanti.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,

Terima kasih doakan kami. Saya juga berdoa semoga Cikgu Temuk terus berbahagia disamping keluarga.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Yan,

Terima kasih doakan maklong. Semoga Yan juga diberikan Allah rahmat dan bahagia di samping keluarga.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nor Lai,

Terima kasih atas doa Nor pada kami, Maklong juga doa semoga Nor sekeluarga hidup aman bahagian selamanya.

Al-Manar berkata...

Salaam

My belated congratulations - an email following

Al-Manar berkata...

Salaam

My belated congratulations - an email following