Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 25 April 2013

ACL



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga sihat sejahtera selalu.


Semalam saya ke PPUM lagi. Bukan untuk saya tapi untuk menemani anak bongsu saya Salam berjumpa dengan pakar otopedik di sana. Ini appointment keempat dia dengan pakar berkenaan.

Doktor otopedik dah pasti yang lutut alam cedera, anterior cruciate ligament (ACL) dia koyak. Memandangkan setelah membuat fisioterapi pun masih tidak berubah Salam perlu menjalani pembedahan untuk mencantum balik ACL yang koyak tu. ACLnya koyak ketika pertandingan silat di sukan SUKMA dulu mewakili negeri Selangor.

Sedih juga bila melihat kos pembedahan menjejah hampir RM10,000. Saya berdoa semoga UIA (tempat Salam belajar) bersedia membiayai kos pembedahan ini kerana penyertaan Salam di sukan berkenaan pun dengan izin UIA. Kalau sebaliknya kenalah kami membiayainya sendiri.

17 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

demi anak...kita mak ayah sanggup buat apa ja,kan..hatta terpaksa bergolok bergadai..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Betul tu. Tak nak anak giat dalam sukan tak boleh jugak. Tapi bila cedera susahnya diri dia dan kitalah. Tak aperlah redha jerlah

ainnoraini berkata...

semoga dipermudahkan segala urusan dan harap2 salam akan sembuh seperti biasa...

Jgn risau ye kak ani...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ain,

Terima kasih atas doa ain untuk Salam.

Zaitun berkata...

Semoga Salam cepat sembut dan insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zai,

Terima kasih atas doa Zai tu

Ati Masrif berkata...

salam kak ani,

semoga segala urusan akan dipermudahkan Allah..amin!

semoga salam juga kuat semangat dan jangan putus asa

kak ani, semua yg berlaku pasti ada hikmah dari Allah. jangan risau dan susah hati. Salam di duga kerana Allah sayangkan salam.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Mudah-mudahan segala urusan untuk rawatan anaknda Salam tu dipermudahkan Allah..aamiin

yan's cottage berkata...

sama2lah kita berdoa moga di permudahkan segala urusan....dan moga anak mak long cepat sembuh...

ساريده سنين berkata...

semoga cepat sembuh...

BUNDA a.k.a KN berkata...

assala, malang tak berbau...semoga dipermudahkan segala urusan..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ati,

Terima kasih. Itulah juga harapan kami semua.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah
Semoga Akak sihat yer

Terima kasih atas doa kak werdah pada salam khasnya dan kami amnya.

Semoga urusannya berjalan lancar

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Yan

Terima kasih atas doa yan tu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Saridah,

Terima kasih sudi singgah di sini dan terima kasih atas doa saridah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

BUNDA,

Terima kasih akak ucapkan atas doa bonda pada Salam,

Al-Manar berkata...

Salaam to you,

I hope UIA sees it fit to help out in this case.