Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 5 Mac 2013

SIAPAKAH BIDADARI SYURGA?




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.  Semoga kita semua di dalam perlindungan Allah. Saya tertarik dengan kisah mengenai bidadari yang dituliskan berdasar kisah-kisah dari Al-Quran dan hadith yang saya temui diSINI.

Bidadari syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga.

Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.

Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.

Salah satu hadith mengenai bidadari:

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)



src: khalifahalhidayah.blogspot.com

13 ulasan:

nor laila berkata...

singgah malam...As salam..SUBHANAULAH..

Queenie berkata...

subhanAllah...

kita adalah bidadari yg boleh dilihat...moga tidak mensia2kan penghormatan ini...

izan mama mia berkata...

bidadari... mg kita kekal jd bidadari suami di syurga..in shaa allah

S..U..D..@..I..S berkata...

tubuh dr kain sutera pakaian warna hijau, masyaallah sikat dpd emas....Allahuakbar..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Seronok baca kisah bidadari syurga ni.. Harapnya dapatlah kita menjaga diri agar tidak menderhaka kepada suami.

yan's cottage berkata...

salam kenal...singgah follow sini....

Kakzakie berkata...

Allahu robbi... bila baca ini terasa malunya dgn bidadari syurga itu Kak Ani. Melihat tingkah laku kita di dunia ini... Muhasabah diri kakak nak istiqamah jadi isteri yg terbaik.

Temuk berkata...

Assalam, Kunang-Kunang

Bila ustaz di surau menyentuh tentang bidadari syurga + keistimewaannya, kaum bapa semuanya senyum-senyum simpul. Taklah boleh nampak atau tahu macam mana reaksi kaum ibu di sebalik tabir... Semoga KK dan famili sihat sejahtera sentiasa.

UmmiKami berkata...

Assalamu'alaikum dan salam ziarah dari UmmiKami :D

insan marhaen berkata...

Bagaimana dengan bidadara?

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

semuga kita menjadi ketua bidadari buat suami di syurga..in shaa allah..

Etuza Ezawarna berkata...

subahanallah sangat luar biasa ..kepada isteri di dunia jadilah bidadari sepatutnya dalam rumah tangga...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk

Cuba baca N3 saya yang ini

http://kerdipanrohani.blogspot.com/2011/05/cemburukan-bidadari-di-sorga.html