Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 12 Mac 2013

Sejadah Dan Kurma dari Mekah?????



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Mesti dah lunch nikan. Saya belum lagi sebab tadi ambik sarapan berat sikit. Kenyang hingga sekarang.

Pagi tadi selepas sarapan bergerak ke Giant seksyen 18. Nak beli barang sikit. Giant buka awal bisnessnya sekarang.

Selepas ke Giant terus ke MAIDIN Mart pulak yang terletak tak jauh dari situ. Tujuan nak beli sejadah. Dua tiga hari ni tergerak hati nak tukar sejadah baru. Dah lama tak beli sejadah, rasanya paling akhir beli sejadah semasa mengerjakan umrah dalam tahun 2009. Sejadah beli di Mekah.


Sejadah dibeli di MAIDIN

Di atas tulah 2 bidang sejadah yang saya beli di Maidin Mart, Seksyen 19, Shah alam. Niatnya satu untuk saya dan satu untuk abahnya.

Bertahun lamanya tak beli sejadah kerana ada dibeli masa mengerjakan umrah dan ada yang dihadiahkan oleh saudara mara dan kawan-kawan yang menunai umarah atau haji.

Sekarang ni nampaknya hadiah-hadiah yang kawan-kawan berikan dari mekah dah jarang mereka bawa balik sejadah. Selalunya kalau saudara mara atau kawan yang rapat dengan kita, mereka hadiahkan jubah atau lain-lain cenderahati, sebab kata mereka di Maidin banyak dijualkan sejadah yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan. Jadi tak perlulah beli di Mekah sebab susah nak bawa balik. Tapi bagi saya pulak 'value'nya berbeza antara sejadah Maidin dengan sejadah dari mekah atau madinah.

Saya pernah terserempak dengan kawan yang nak ke Mekah sedang membeli banyak sejadah di Maidin. Saya tanya nak buat aper sejadah banyak sangat tu, dia kata nak hadiahkan pada kawan2 bila balik dari Mekah nanti. Terkedu saya, niat baik tapi cara tak betul rasanya.

Pada saya biarlah sekadar cincin besi asalkan dianya memang dari Mekah atau Madinah kerana ianya datang dari tempat para ambiya' yang penuh keberkatan. Begitu juga dengan kurma, biar dapat rasa sebiji dua asalkan ianya memang kurma yang dibeli di tanah suci berkenaan.

29 ulasan:

aby berkata...

Salam k hanim,
Stuju sngat tu. Klu setakat cndrahati dr 2 tanah suci tu, bnyak yg dijual secara bungkusan atau dlm ikatan. Tk prlu yg mahal2 asal ianya d beli dr sana utk yg dtg ziarah.
Utk info tk hanis, klas dip dh brmula, tngah terkial kial dlm pmblajaran bahasa arab ni

Sue @ Nenie berkata...

Assalamualaikum Kak...Salam ukhuwah...Sedekah seposen yang ikhlas lebih afdal dari seringgit tapi kurang ikhlas.... ^___^

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Wak,

Tahniahlah, dah berdaya sambung ke diploma. usuluddin jugak ker atau syariah. kak ani nampaknya tak sambong dah, sekarang ni ikut kelas dimasjid jerlah. Semoga berjaya yer wak.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam sue,

Betul tu, nawaitu kena betul.

Salam kenal dan terima kazih sue.

Granny Hani berkata...

nak tergelak jugak, beli awal2 kat maidin..? Hmm entah pergi buat haji tu balik ke tidak..Ajal maut tak siapa tau..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Cikgu Hani,

Tulah, terlupa barangkali.

Ibuhani berkata...

As Salam k.ani. Ada pulak org mcm tu ye.....saya pun br dpt sejadah dr mekah. Siap dgn begnya skali....

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ibu Hani,

Niatnya baik, tapi tulah tak ker dah berbohong jadinya. Itu yg kak ani maksudkan. Berilah cenderahati sekadar kemampuan dari segala segi. Ingatan dan doa yg perlu.

Alhamdulillah rezeki tu.

nor laila berkata...

siggah petang..as salam..

nor laila berkata...

singgah petang..as salam..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani,

Kakpun dah lama tak beli sejadah, banyak terima hadiah bila saudara2 balik haji atau umrah.

Memang pernah dengar ada yang buat begitu Ani. Harap2 kita tak ikut buatlah ya. Nak beri biarlah yang termampu janji ikhlas.

Linda Musa berkata...

stuju...biar susah sket nak heret bagai kat sana..asalkan benda dari sana..masa g umrah dulu, the agency forced us to buy from their agen kat sini..order je kata nya..xpayah nak pk beli kat sana/pegi sana fokus kat ibadah bukan shopping..but somehow, saya x ikut cakap dorg sbb pk x mau org yg kita bg buah tgn tue nnt kecewa kalau tahu..pastinya dorg mengharapkan sesuatu dari sana..biarlah bende tue ada tag made in china or any others country...as long as benda tue kita beli dari sana then its more than enuf cause kita x de menipu dorg..sekadar pandangan :)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nor Laila,

Singgah sajalah nampaknya. Nak ajak minta petang pun jauh, he he

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,
Semoga Akak dikurniakan Allah kesihatan yang baik yer.

Apa yang tersirat dari apa yang nak saya katakan ni kak sebenarnya ialah. dengan cara itu tak ker kita dah berbohong sedangkan kita ke sana untuk membersihkan hati dan diri dari dosa.

Kalau dah awal lagi berniat begini, apa jadinya, tu yang kita takut.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Setuju dengan Linda,

Biarlah cenderahati yang kita berikan betul2 dari sana tak kiralah apa pun yang termampu.

Kak Ani dulu pun semasa menunaikan haki, masa tu trend orang beri sejadahlah, selesai jer urusan haji sekembali dari Mina, baru started membeli, semua tu akak pos.

Jadi masa balik tak adalah berunduh2 bawa barang. Air zam-zam pun akak kirim dari sana.

Tapi bila umrah pada tahun 2009 trend dah berubah, jadi beli jer cenderahati yang difikirkan berguna untuk saudara mara dan kawan-kawan.

UmmiKami berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani :)

Memang besarlah hati kalau mendapat pemberian yang datangnya tulen dari negeri para ambiya'....Ummi sendiri mengharapkan untuk ke sana suatu hari nanti...insyaAllah...:D

che mid berkata...

salam, kalau orang bagi sejadah kena cium dulu sejadah tu, bau maidin ke bau Makkah.. gurau ya kak..

Aine Ainun berkata...

ermm...

betul tu kak, nawaitu kita..=)

Saya rasa kalo dapat mkan kurma dr mekah je da syukur sgt2, dapat merasa buah tangan dr sana...

kalo niat kita betul nak memberi, walopun sikit, berganda2 kita dapat kan..=))

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummi,

InsyaAllah mudah-mudahan tercapai impian Ummi tu nanti, cuma ketikanya saja kita tak tahukan. Semoga dalam jarak terdekat.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...


Che Mid,

Tak aperlah kita ambik yang positif dan bersangka baiklah kan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Aine Ainun,

Mudah2an kita dan sahabat sekeliling kita jujur dengan apa yang disedekah dan dihadiahkan.

Zana Ariana berkata...

Asmkm K.Ani..terkejut jg sy baca ada org mcm tu rupanya ye..
Walau pun sekecilmana, sptutnya biarlah yg betul2 dibeli di Tanah suci sbgai cenderamata buat semua..kalau tidak, baik tak payah beri..huhu

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani :)

xsangka orang macam tu pun ada..kita menziarah bukan mengharapkan buah tangan kan..cukup sekadar dapat merasa air zam2, buah kurma sebiji dua serta mendapat keberkatan dan doa dari sahabat yang menjadi tetamu Allah..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Salam Ariana,

Kak ani dah dua tiga kali jumpa kejadian ni. Malah masa kak ani nak mengerjakan haji dulupun disebuah kedai menjual peralatan haji menawarkan buah kurma dan sejadah tapi kak ani tolak.

Bukan sejadah saja malah tasbih pun. Taoi tak aperlah niatnya bauk cuma caranya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Cik Nah,

Begitulah keadaannya. Rasanya ianya adalah utk menyenangkan.

yan's cottage berkata...

betul tu maklong....kalau nak beli cenderahati dari mekah cari yang betul2 dari mekah bukan dari negara lain.....

Mohd Selim Zainal berkata...

Betul tu Mak Long...

mselim3

pls: Pemberian yang ikhlas itu adalah yang utama..kalau nak beli kat mydin xperlah...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Yan,

Yang kita kata ni barang tu langsung tak masuk tanah suci mekah atau madinah tapi dibeli di Malaysia, disimpan sehingga balik dari Mekah dan hadiahkan kepada sahabat handai kononnya dari Mekah.

Di Mekah tidak ada apa-apa. Dia adalah pusat perniagaan yang kebanyakan barang dagangan datangnya dari negara2 lain, dijual di situ.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Selim.

Kalau berterus terang barang2 tu dari Maidin contohnya tak aper, tapi jangan senyap jer dan penerima mengandaikan barang tu dari 2 tanah suci berkenaan.