Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 5 Mac 2013

Peristiwa Di Timur Sabah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga kita semua di dalam perlindungan Allah.


Semenjak 9 Februari hari tu, kita dikejutkan dengan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu dan lain-lain daerah di Timur Sabah. Pada saya ia merupakan sesuatu yang baru. Huruhara di dalam negara.

Bagi kita yang lahir sama ada di ambang merdeka atau selepas merdeka mesti merasa terkejut dengan peristiwa begini. Apa lagi bila melihat ramai para pejuang kita yang terkorban. Rasa sedih begitu menyelinap di dalam kalbu.

Sebagaimana kita tahu kemuncaknya hari Sabtu lepas ada lagi pejuang kita yang gugur. Sedih melihat anak-anak yang masih kecil kehilangan bapa yang disayangi, ibubapa yang kehilangan anak tersayang dan isteri-isteri yang kehilangan suami tempat menumpang kasih.

Al-fatihah dan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban. Semoga Roh pejuang-pejuang yang beragama islam ditempatkan bersama orang yang dipilih oleh Allah swt untuk bersama dengan para syuhada.

Didoakan juga semoga pejuang yang sedang bertarung nyawa demi mempertahankan bumi tercinta ini dilindungi Allah dari segala mara bahaya. Amin.

Sama-samalah kita berdoa semoga keadaan ini segera pulih seperti sediakala. Semoga tak ada lagi pejuang kita yang terkorban



9 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

selama ni,tak amik kisah pasal 'sultan sulu'...siapa mereka,sultan yg benar2 'sultan' ke...pernah bg title Datuk kat artis2 tempatan,kan...

tp lps peristiwa berdarah ni..saya byk google mengenai 'sultan' sulu ni..siapa mereka..keturunan mereka...

Kakzakie berkata...

Kakak dapat merasakan pada masa ini doa seluruh penduduk Malaysia sama moga tidak ada lagi yg terkorban dalam penggempuran mengembalikan maruah tanah Sabah..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

kak ani juga begitu. masa kak ani masih bekerja dulu pun ada juga pensyarah yg dapat datukship dari sultan sulu ni, tapi kerajaan kita tak iktiraf jadi mereka tak gunakannya sebelum nama mereka.

Ada juga yg marah2 bila kita kata kita tak iktiraf datukship mereka tapi ramai yg faham.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Kita doakan yg terbaik. Semoga kedua belah pihak tak ada lagi pertumpahan dari maklumlah kita sesama muslim. Sedih sungguh, kalau ada udang sebalik mee alangkah frustnya.

Nieda ramly berkata...

semoga masalah ini berakhir dgn segara dan malaysia kembali seperti sedia kala.
Alfatihah utk perwira negara yg gugur.
selamatlah yg sedang berjuang

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nieda,

Mudah2an Allah lindungi mereka di sana dan permudahkan urusan.

nor laila berkata...

sejenak dikejutkan dengan berita yang menakutkan dan meyedihkan...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nor Laila,

Terasa macam mimpi saja, terlalu tiba-tiba. Semoga mereka semua dilindungi Allah selalu.

BungaTulip berkata...

Salam Mak Long,
doakan semua perwira kita yang berjuang di sana..