Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 11 Mac 2013

Nasi Lemak Ikan Kembung Celup Tepung



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Diharap semuanya baik.

pinggan mangkok yang caca marba

Hari Sabtu lepas Salam balik rumah kejap. Sekarang ni dah tak boleh balik setiap minggu. Banyak kerja katanya.

Jadi bila dia balik kejap hari tu, saya masaklan nasi lemak. Dia memang suka nasi lemak yang saya masak, dia kata nasi lemak mama sedap. He he anak sendiri memang macam tu kan, yang mak masak juga yang sedap.

Seperti biasa kami orang Terengganu ni masak apa pun kecuali nasi minyak mesti nak ada lauk ikan. Jadi kenalah juga gorengkan ikan tongkol untuk Abahnya. Selalunya ikan tongkol ni selepas digoreng akan dimasakkan sambal cili tapi memandangkan sambal bilis dan ayam goreng sambal dah ada, tak adalah saya masakkan lagi sambal lada ikan.

Kebetulan ada pulak ikan kembong kat rumah, jadi saya goreng pulak ikan tu celup tepung. Licin semua. Kat rumah ni bab meratah ikan memang suka semua. 2 orang menantu saya yang bukan orang Terengganu pun dah masuk kelab sekali.

ikan celup tepung



14 ulasan:

inazamri berkata...

baru perasan...tak penah sekalipun ina goreng ikan kembung salut tepung.Biasa makan dikedai je.kalau kt umah masak sdiri tak penah teringat nk buh tepung..cuma garam kunyit je selalu.nk try la buat sdiri nnt

ibuintan berkata...

saya pun dah selalu juga menggoreng ikan kembung salut tepung ni tapi saya guna tepung segera ala2 tepung KFC tu... sedap diratah begitu saja

nor laila berkata...

singgah malam....as salam...baru tahu yang puan kita ni orang T'ganu...mesti sedap ikan goreng tepung tu...kat sana kan terkenal dgn ikan tu...meratah macam makan KFC je kan...yang ini KFF...

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam, salam ukhuwah dan salam kenal,

biasalah tu air tangan ibu tu jugak yang sedap...

Temuk berkata...

Assalam, Kunang-Kunang
Kelazatan masakan ibu memang tak boleh anak-anak nafikan.

Tongkol (=tuna,chicken of the sea) memang amat saya gemari. Masa sekolah di kampung, amat biasa kami makan tongkol kering, digoreng atau masak lemak. Dengan nasi lemak atau nasi dagang, memang ikan ini "superb"!

nea lopah berkata...

sedap nye...terliur saya. share lah resepi.

azi berkata...

kak ani..
saya cukup suka masakan Terengganu...kalau kesana, saya akan makan puas2 semua masakan untuk lepas gian...

p/s mesti sedap nasi lemak yang Kak Ani masak kan...lagipun masakan ibu adalah yg terbaikkkk...saya tengok ikan celup tepung tu pun rasa sedap.. anak2 saya pun suka ikan celup tepung ..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ina,

Cubalah. Tapi dirumah maklong kami ratah jer bukan makan dengan nasi.

Maklong guna tepung beras, letakkan kunyit tepung dan garam. Kalau letakkan air kapor sirih tu lagi sedap. Lebih rangup.

Lawannya cili source.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ibu Intan,

Kak ani selalunya goreng dengan tepung beras, campur kunyit dan garam sikit. Kalau rajin masukkan sikit air kapur sirih.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Nor Laila,

Maklong pun suka juga merayap malam2 kat blog kawan, cuma kadang tak tinggalkan jejak.

Maklong memang orang Terengganu tapi dah menetap di sini semenjak remaja lagi sebab ayah kerja di sini.

Di dungun tu cuma ada ipar duai, adik beradik sendiri dah merata2 sebab mereka tak membesar di Terengganu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam BUNDA,

Salam kenal juga dari Maklong.

Maklong sendiri pun dah tua2 ni ada lagi masakan ibu yang maklong kenang. Siapa lagi nak kita ingatkan, itulah tangan yang menyuap kita.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,
SemogaCikgu sekeluarga sihat sentiasa

Betul tu, saya masih teringat masakan mak saya. Begitu juga dengan gulai itik mak mertua saya. Walaupun saya selalu menolong dia didapor bila balik kampong, tapi gulai itik atau ayam saya menggunakan rempah kampong tak menjadi sesedap gulai dia.

Kami orang terengganu memang suka ikan tongkol. Sekarang dipasar bila sebut ikan tongkol ialah ikan yang bewarna hitam. Di sebut tuna ikan tongkol yang berbelang2.

Tapi pada kami orang terengganu kami makan ikan tongkol yang berbelang. Ikan tongkol tu yang mahal berbanding ikan tongkol hitam.

Masak nasi dagang tanpa gulai ikan tongkol memang tak ajilah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nea lopah,

resepinya senang saja. Sama dengan kita menyediakan tepung untuk menggoreng pisang iaitu, tepung beras, kunyit powder, garam dan kalau suka air kapor sirih tu.

Kalau untuk goreng celup tepung ni jangan cari ikan yang terlalu berisi seperti ikan kembong yang bulat, tapi cari yang leper atau ikan selar kuning. Baru sedap.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Azi,

Ikan celup tepung tu elok kalau dapat ikan yang tak berisi sangat sepeti ikan kembong leper tu, jangan yang bulat ataupun ikan selar kuning. Sebab kalau banyak isi rasa 'muak'.

Semasa dikampong selalu kalau ada kami goreng ikan bilis segar celup tepung, tapi sekarang dah susah nak dapat ikan bilis segar yang besar.