Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 25 Mac 2013

Semoga Hidup Sentiasa Dalam Keberkatannya - sambung



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.

Semalam seharian kami anak beranak berada di Pucak Alam iaitu di rumah anak sulung saya. Tujuannya nak makan-makan anak beranak sempena birthday Inah. Sebenarnya birthday inah pada 23 mac tapi memandangkan semua orang tak dapat hadirkan diri pada hari Sabtu tu, jadi kami buatlah makan-makan ni pada hari Ahad.

Seronok tengok anak-anak saya berempat dapat berkumpul semua. Sayangnya tak ambik gambar sebab masing-masing sibok dengan hal masing-masing. Pada Inah. Meningkat lagi setahun usia awak.


Tulisan atas kek tu saya tulis kemudian

Tambah mengembirakan kebetulan adik suami dari Dungun datang ke Puncak Alam juga menjengok anaknya yang sedang belajar di UiTM. Memandangkan Sakinah dan Raihan (anak saudara suami yang di UiTM) akan mendudukan peperiksaan jadi kami adakan juga bacaan yassin dengan harapan Allah melimpahkan berkatNYA mereka berdua dan juga kepada kami semua.



13 ulasan:

Pen Biru berkata...

seronoknya makan ramai2 cmni..err..berapa umur Inah ni?

makchaq berkata...

Happy belated birthday Inah..

Seronok bila semua anak2 dapat kumpul kan kak Ani..
makan ke, apa ke.. berbunga ja hati kita seronok bila anak2 semua ada...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Cik Pen Biru,

Umur dia 23 tahun sedang belajar lagi.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Makchaq,

Terima kasih bagi pihak sakinah.

betul tu makchaq bila anak berkumpul semua, lupa sakit ker, penat ker masak untuk dia orang. Anak-anak ni pulak apa yang mak dia masak main sedap semua.

nea lopah berkata...

happy birthay Inah...semoga panjang umur murah rezeki.

Qhaifa Nur berkata...

hepi besday buat Inah....

dapat kumpul ramai2 memang seronok...

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam, salam ukhuwah...selamat hari jadi untuk inah...

izan mama mia berkata...

seronok dapat berkumpul meraikan hari jadi,..mg Allah lanjutkan usia beliau

Hanis Azla berkata...

Salam kak..

seronoknya berkumpul2 satu keluarga.. telan liur tengok kek tu he..he.. selamat hari jadi untuk inah.. semoga terus mendapat keberkatan umur dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..

Ibuhani berkata...

Sakinah ni anak bongsu k.ani ke.....

Ibuhani berkata...

Sakinah ni anak bongsu k.ani ke.....

insan marhaen berkata...

Memang seronok dapat kumpul ramai-ramai. Tapi kekadang rimaas dengan hiruk pikuk anak buah...

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

seronoknya dapat berkumpul ramai2 ye kak ani =)