Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 2 Mac 2013

Alahai Semua Dah Naik,,,,,,



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Apa khabar semua.

Hari ni dah 2 Mac. Ada jemputan kawin dari seorang kawan lama hari ni. Majlis perkahwinan anak lelakinya. Tapi minta maaflah tak dapat nak menghadirkan diri ke majlis itu nampaknya. Jemputannya pun terlalu last minit melalui sms. Tak dapatlah saya nak mengadjust lagi perkara-perkara terdahulu yang telah ditetapkan.

Seperti biasalah, kalau hari Sabtu atau Ahad selalunya saya akan bersarapan di luar. Begitulah pagi ni. Selepas sarapan, terus ke pasaraya yang selalu melaung-laungkan yang barangan jualan di pasaraya mereka lebih murah dari tempat-tempat.


Ada rasa terkilan dihati bila melihat sesetengah barang yang memang saya arif harganya dah naik harga. Saya perhatikan terutama barang-barang dalam tin yang biasa saya beli waima minggu lepas pun saya ada membeli, dinaikkan harga dari 20 sen dan ada yang menjangkau melebihi 50 sen. Memanglah kalau kita tengok 20 sen - 50 sen, itu kalau kita beli satu, kalau kita beli dalam kuantiti yang banyak, banyak bezanya tuh. Aduuuh



Saya nikan kadang-kadang ada orang tempah semosa, jadi kulit popia sentiasalah ada dalam freezer saya. Hari ni bila saya nak beli, Ya Allah harganya melampong rm1.00 bezanya dari biasa. Eeeh, eeeh macam mana nak jual tu.


Tulah kan, kadang-kadang bila kita beli kuih muih atau makanan lain yang agak mahal harganya kita merungut, tapi macam manalah tak mahalkan!!!.


src: gambar kredit pada goggle

15 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

kdg2 tak kuasa nak bertekak dgn tokey2 kedai..ada ja alasan mereka naikkan harga..jgn bermimpi lah harga barang nak turun..:)

izan mama mia berkata...

harga makin naik...gaji tak naik2 pun..adoi laa....

Kakcik Nur berkata...

Bila ianya keperluan, mahu tak mahu terpaksalah kita beli juga... :(

Sri Mersing berkata...

Ada satu perkara yang selalu turun...

HUJAN!.... Seperti di rumah IM sekarang...lebat!

ainnoraini berkata...

mmg perasan pun harga asyik naik jer...tapi kene beli jugak...terpaksaaa..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Kenaikan harga barang ni memang terasa kan. Entah bila nak turun..mungkinkah?

sal berkata...

Assalam kak ani...betul kak , brg skrg naik melaambung..menakutkn..klu brg keperluan..trpaksa jugalah beli

Zaitun berkata...

Saya pun terasa mahal bila membeli barang2 dapur kat Giant tempohari.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Betul tu, baik dipasar basah atau pasar malam, kalau dah kata harga tu, harga tulah takkan kurang walau 5 sen. Tak guna tawar menawar.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Izan,

Pada kami orang pencen ni lagilah terasa. Tambah2 macam maklong ni pesara EPF mana ada mashuk

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nur (kakchik),

Yerlah mahal tak mahal dah keperluan!!!

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Seri Mersing (IM),

Hujan, rahmat tu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ain,

Dah keperluan hidup. Mahalpun terpaksa gak beli.

nor laila berkata...

barang-barang yang jadi keperluan utama cepat sangat naik...terpaksa juga beli...semoga bertambah pula rezeki nanti disebabkan harga barang yang meningkat sekarang...