Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 15 Mac 2013

"Aku adalah syaitan"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات dan salam Jumaat kepada kawan-kawan blogger semua. Saya ingin berkongsi kisah di bawah untuk dijadikan renungan kita bersama.

Kisah di bawah ini diambil oleh penulis asal daripada FB Pencinta Rasulullah(saw)

Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid menceritakan sebuah kisah seorang pemuda yang tidak mahu membeli kenderaan seperti unta dan haiwan-haiwan lain untuk memudahkannya ke masjid semata-mata kerana ingin mendapat ganjaran atas setiap langkah tapaknya ke masjid.

Pada suatu pagi hujan turun dengan lebatnya, pemuda itu ingin menunaikan solat subuh ketika itu lalu nafsunya berkata kepadanya agar menunaikan sahaja solatnya di rumah.

Dia bersetuju namun dia berasa sangat serba salah untuk solat subuh di masjid kerana kebiasaanya dia solat di masjid lalu dia bertekad untuk ke masjid. Dia mengambil sebatang payung lalu merentasi hujan lebat di subuh hari itu untuk ke masjid, namun malangnya dia terjatuh ke dalam lubang lalu habis basah semua jubah dengan lumpur-lumpur. Lalu dia kembali pulang ke rumah untuk menukar jubahnya dan berazam untuk lebih berhati-hati pada perjalanannya yang kedua sebentar lagi.

Setelah menyalin semua pakaiannya, untuk kali kedua dia pergi ke masjid meredahi hujan yang lebat dan kali ini dia lebih berhati-hati, dia berjalan dengan penuh berhati-hati termasuklah pada tempat yang dia terjatuh tadi namun dalam berhati-hati itu malangnya dia tergelincir di dalam longkang. Sekali lagi habis semua pakaiannya kotor dan basah. Dia kembali ke rumah untuk menukarkan pakaiannya, dia ingin menunaikan solat subuh di rumah sahaja namun dia berasa amat bersalah. Sekali lagi untuk kali ketiga dia meredahi hujan lebat untuk ke masjid.

Pada kali ketiga, dia berjalan dengan lebih berhati-hati dan penuh perhatian supaya dia sempat sampai di masjid dan solat berjemaah. Dia memerhatikan setiap halangan dan tempat-tempat yang dia tergelincir tadi agar tidak terjatuh lagi seperti sebelum-sebelum ini.

Namun dia sekali lagi terjatuh, tetapi pada kali ini ada seorang pemuda cepat mencapai tangannya dan menyelamatkan dia daripada terjatuh dan membawanya ke masjid. Dia berterima kasih kepada pemuda itu dan menceritakan bahawa dia sudah dua kali tergelincir dalam perjalanannya ke masjid sebelum ni.

Setelah selamat tiba di masjid, pemuda itu terus pergi dan tidak solat subuh di masjid itu. Pemuda yang ditolong itu berterima kasih kepadanya namun dia berasa hairan, siapakah pemuda itu ??

Lalu dia kembali mengejar pemuda yg menolongnya dan bertanya siapakah dia?
pemuda itu berkata: "Aku adalah syaitan"

Dia amat hairan dengan jawapan itu, mana mungkin syaitan menolongnya ke masjid sedangkan syaitan ialah makhluk yang jahat.

Lalu syaitan berkata: "Engkau tahu tak pada kali pertama engkau terjatuh dan bangkit untuk pulang dan meneruskan perjalanan engkau ke masjid, Allah telah mengampuni semua dosa kau."

"Pada kali yang kedua engkau jatuh dan bangkit untuk pulang dan meneruskan perjalanan engkau ke masjid, Allah telah mengampuni dosa semua ahli keluarga kau."

"Dan pada kali ketiga jika engkau jatuh dan bangkit untuk pulang dan meneruskan perjalanan ke masjid, Allah akan mengampuni semua dosa penduduk kampung ini."

"Aku tidak sanggup melihat Allah mengampuni dosa semua penduduk kampung ini oleh kerana itu aku membantu engkau ke masjid."

Begitulah kisah yang dinukilkan oleh Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid berkaitan dengan besarnya ganjaran-ganjaran ke masjid.

Semoga dengan kisah ini akan membangkitkan semangat kita untuk ke masjid dan beristiqamah solat jemaah di masjid.

Wallahu a’lam



src: didik-hatiku.blogspot.com

31 ulasan:

sal berkata...

banyaknya dugaan..tapi Allah menghadiahkan pula pahala di atas kepayahannya itu..subahana-Allah

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sal,

Akak teringat seorang ustazah yang mengajar kami mengaji, katanya, puan-puan semua ni banyak dapat pahala sebab selagi tak betul, selagi tu puan-puan berusaha membetulkan bacaan alquran puan-puan,

Maknanya apa saja yang kita lakukan Allah sentiasa beri kita ganjaran, seperti orang sekarang katalah beri inisiatif. Inisiatif dari Allah untuk dunia dan akhirat. Untungkan

pB berkata...

bestnya

Kakcik berkata...

Kadang2 kita tak ada alasan lain pun - cuma satu saja iaitu MALAS! Alngkah ruginya kita, kan? :(

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Acik Erna berkata...

Assalam kak ani.terima kasih kongsi cerita
disini

Etuza Ezawarna berkata...

akhirnya dia mengaku, menyesatkan...banyak tipu hela..nauzubillah

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

Assalamualaikum kak ani.. terima kasih sudi berkongsi =)

Marya Yusof berkata...

As salam Kak,

Marya baca rasa nak nangis... kalaulah kita nampak pahala yg gugur bertaburan dr langit menunggu kita berbuat kebajikan/kebaikan pasti ramai yg berebut-rebut membuat amal... tapi sebab kita tak nampak kita pun alpa... :(

Ibu Lala berkata...

Singgah sini kak.

MulutPayau berkata...

Asalamualaikum kak....
Terima kasih berkongsi cerita ni....

LYAfrina berkata...

tq for sharing kak..

izan mama mia berkata...

insaf baca en3 nie

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

pB.

Terima kasih singgah

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakcik,

Betul tu, kadang2 dalam nak buat tu pun boleh tertangguh2.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Acik Erna,

Sama-sama kita berkongsi apa yang baik.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Etuza.

Syetan ni dia boleh merupa bermacam-macam untuk menggoda kita manusia.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Cik Nah,

Sama-sama. Semoga ia memberi ingatan kepada kita yang syetan ni akan dengki sangat kalau kita dapat pahala dari Allah kan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Marya,

Memang kita ni kadang-kadang tidak tahu sesuatu yang kita nampak baik tu rupanya helah syetan untuk mempedayakan kita.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ibu Lala,

Terima kasih singgah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Lya.

Alhamdulillah seandainya ia memberi kita sedikit ingatan yang syetan ni tak pernah berputus asa menyesatkan kita.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Izan,

Alhamdulillah jika ianya memberi kesan kepada kita.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

MP,

Terima kasih.

Temuk berkata...

Assalam, Kunang-Kunang
Bagus cerita tu untuk kuatkan semangat bersolat di masjid. Kalau gagah semangat kita, insyaAllah, syaitan pun give up.

Semoga KK sekeluarga sihat sejahtera selalu.

nea lopah berkata...

salam..terima kasih atas perkongsian ini.

yan's cottage berkata...

salam mak long....

menarik info nie....insyaallah moga kita terlepas dari tipu daya syaitan durjana....

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Salam Cikgu Temuk,

Semoga kita tidak tergoda dengan segala helah dan taktiknya.

Semoga Cikgu sekeluarga sentiasa di dalam rahmatNYA

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waa;aikumussalam Neo Lopah,

Sama-sama semoga ianya memberikan kita sedikit ilmu betapa liciknya si syetan ni dalam menggoda kita.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Yan.

InsyaAllah, mudah-mudahan kita istiqamah dalam melakukan yang disuruhNYA dan meninggalkan yang dilarangNYA. Semoga dengan kita syetan tidak dapat menggodakan kita.

BUNDA a.k.a KN berkata...

Assalam KK , salam ukhuwah dan salam kenal dari KN..

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum...

Terima kasih mak long atas cerita dan perkongsian nie...bagus...

mselim3