Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 15 Februari 2013

Sakit-sakit Badan Tapi Hati Senang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Apa khabar kawan-kawan semua. Agak lama saya tak kembali menjengok blog saya ni. Terima kasih pada kawan-kawan yang singgah. Maaflah saya tak dapat nak balas balik catatan yang kawan-kawan tinggalkan di N3 sebelum ni. Nak jawab sekarang rasanya dah agak lambat.

Sebenarnya pada hari Sabtu lepas saya, suami dan sakinah bersama keluarga anak sulung saya Zulaikha ke Taiping. Kami memulakan perjalanan lebih kurang 7.30 pagi dari rumah, menempuh jem dan sebagainya. Nak buat macam mana dah tahu esoknya (Ahad) perayaan Tahun Baru Cina. Terpaksa membuat perjalanan ini.

Ke sana pada hari Sabtu tu kerana di tengaharinya ada majlis perkahwinan sepupu sebelah suami di Taiping. Pengantin lelakinya sepupu suami saya. Sepupu muda sebaya anak.


Saya bermalam di sebuah hotel di Taiping kerana pada hari Ahad esoknya selepas sholat zohor besan saya mengadakan kenduri doa selamat serta cukur jambol cucu kecik kami iaitu cucu saya.


Pekan Batu Kurau


Selepas majlis kenduri tu saya terus bergerak menuju ke Dungun melalui Lebuhraya Timur Barat. Terasa teramat jauh. Tapi saya terpaksa balik juga ke Dungun atas urusan keluarga yang tidak dapat tidak.

Satu Pemandangan di Lebuh Raya Timur barat

Tiba di Daerah Tanah Merah hari dah gelap dan dah maghrib. Cucu saya pula dah resah dan asyik menangis dalam kereta. Mungkin akibat terlalu lama dalam kereta. Akhirnya kami bermalam di sebuah hotel di Tanah Merah walaupun niat asal nak terus balik ke Dungun.

Esoknya, pergi sekejap ke Pasar Pasir Mas. Beli barang sikit-sikit. Tak berani nak ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur. Takut jem. Semasa tiba di Jeli pun iaitu di Bukit Bunga, saya tengok ramainya orang sedang membeli belah walau pun waktu tu dah hampir maghrib.

Dari pasir Mas kami terus bergerak pulang, waktu tu dah hampir waktu Asar. Kami berhenti sholat Jamak Azar dan Zohor di Masjid di jerteh.

Masjid Jerteh tempat kami berhenti sholat




Ini sebuah lagi masjid yang menarik perhatian saya.


Tiba di Dungun dah hampir jam 1.00 pagi. Kami melalui Lebuhraya baru untuk balik ke Dungun dari Kuala Terengganu iaitu Lebuhraya Kuantan Kuala Lumpur yang baru dibuka sehingga ke Dungun sahaja. Sepanjang perjalanan bermula dari Besut hujan jer.

Di Dungun kami tinggal sehari saja dan esoknya hari Rabu kami bergerak balik ke Shah Alam. Di Dungun pun tiap-tiap hari hujan. Seolah-olah musim tengkujuh.

Alhamdulillah kami selamat sampai. Tapi sehingga hari ini badan terasa sakit-sakit dan nak demam. Mungkin perjalanan yang jauh dan tak cukup rehat.

13 ulasan:

Nor Salmi berkata...

Jauh perjalanan tu Kak. Badan saya memang tak tahan kalau jalan jauh-jauh. Saya kerap juga ke Dungun jenguk anak yg sedang belajar di sana.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nor Salmi,

Anak belajar di UITM Dungun ker

Ibuhani berkata...

As salam k.ani.....jauh tu shah alam-Taiping - terengganu - shah alam! Tu yg sakit2 badan.

ariana berkata...

Assalam k.ani..cantik2 masjid yg disinggahi..
mmg kat Kuantan hujan je dr sblm CNY sampailah ke hari ini..
Slmt pengantin baru buat pasangan pengantin..

~Emaa Hasnah (^_^)~ berkata...

Assalamualaikum k.ani.sakit2 badan tp ati senang..dapat jumpa sanak saudara..saya pernah pegi kt.9jam dari manjung..memang penat n sakit2 badan =)

Linda Musa berkata...

jalan jauh memang penat...namun semua tue surely x kan rasa once jumpa sedara mara..hev a gud rest n recover soon :)

MulutPayau berkata...

jauhnya berjalan kak....kalau saya pun pasti lenguh2 badan jugak..
Tak pe kak, dah balik rumah tu..kena rehat cukup2 ya....

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ibuhani,

Rasa kepenatan yg teramat sangat. Tekak pun dah sakit. Kak ani minum air asam jawa ni harap2 tk melarat. Sejak akhir2 ni perasan sangat kalau sakit lambat sikit baiknya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalan Ariana.

Masjidnya memang cantik. sayangnya tempat sholat muslimah di tingkat satu, susah sikitlah nak naik bagi org yg sakit lutut seperti kak ani ni.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Emaa,

Yer betul tu, jumpa sanak saudara gembira sangat. Bilik kampong ni perut tak tahan sikit sebab asyik makan. Adik beradik bergilir2 jemput makan di rumah mereka. Allah sajalah yg membalasnya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Tulah, balik kampong ni seronok. Tapi sejak dah berusia ni tak tahan membuat perjalanan jauh. Tambah pulak balik sekejap macam ni. Penat dan letih sungguh.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

MP,

Memang. Mata tu nak pejam jer rasa. Nak golek2 jer kalau ikut penat. Tak larat nak buat kerja rumah. Dah tua gitulah badan dah tak boleh lasak.

nor laila berkata...

bila dah berjalan jauh mcam tu la...seronoknya dulu...sakitnya kemudian...tapi jauh berjalan luas pemandangan..