Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 21 Februari 2013

Rindu Kaisah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Apa khabar semua. Saya kurang sihat sikit, selsema dan sakit kepala dah beberapa hari.

Kaisah cucu saya dah hampir sebulan berada di rumah opahnya di Batu Kurau. Emaknya, menantu saya berpantang di sana selepas bersalin anak ketiga. Lama tak jumpa Kaisah, rindu sungguh pada dia.

Tadi ketika tengok-tengok gambar dalam h/set saya, terjumpa beberapa keping gambar terbaru Kaisah sebelum dia ke Batu Kurau.




Tak ada dia sunyi rasanya rumah. Zulaikha pun jarang datang ke rumah semenjak 2 anaknya bersekolah. Tak ada orang nak lawan bergaduh. Gaduh mulutlah. Masa saya ke Batu Kurau baru-baru ni untuk kenduri cukur jambol adiknya sempatlah saya jumpa dia sekejap. Wah bukan main lagi, dia pun rindu agaknya, bila jumpa jer terus terpa dan dipeluk Teh Nahnya (Sakinah) dan saya lama-lama. Tak sabar nak tunggu dia balik


9 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

cumelnya...pipi tembam..rambut curly...

Kakcik Nur berkata...

Comelnya dia... macam nak cubit2 pipinya. :)

Semoga kesihatan Kak Ani segera kembali pulih sepenuhnya. Amiin.

Syira Qahira berkata...

salam

nenek rindu cucu ni...

sabar yea.. nanti baliklah tu..

Marina Monroe @Nanie berkata...

Salam KK,

Mana lah tak rindu, gambar cucu tersenyum mengamit untuk di peluk cuyn dan di gomoi2x..hik3x

Nor Salmi berkata...

Bukan main lagi manjanya gambar cucu. Manalah nenek tak rindu..

sal berkata...

Rindu dgn gelak ketawanya...

~Emaa Hasnah (^_^)~ berkata...

Assalamualaikum k.ani. Kaisah yg comel n pipi yg bambam mane xrindu kan..semoga k.ani segera sembuh.

ieja amieja berkata...

assalam k.ani..
bambam sungguh dia..rasa nak cubit2 pipi dia tuh..mcm tu lah kasih nenek..rindu menggunung bila x dpt jumpa..hurmm..nnt habis pantang mak dia leh k.ani gomol dia puas2..

nor laila berkata...

as salam, opah rindu cucu ye...sabar ye opah....bagi peluang opah Batu Kurau pula na...