Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 16 Februari 2013

Manusia dan Buah-buahan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus
Jagung membungkus bijinya yang banyak
Sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang
Pohon pisang kalau berbuah
Hanya sekali seumur hidupnya

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat tetapi di dalamnya ada biji yang berduri

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut
Tetapi umbinya tetap putih bersih

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang
Tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili
Semakin tua, semakin pedas

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis
Buah manggis boleh diteka isinya dari bahagian bawah buahnya


src:4ayesha.blogspot.com

15 ulasan:

Amie berkata...

Nak jadi sengkuang....

❤Kamsiah❤ berkata...

nak jadi epal...kulit cantik..isinya manis..:)

al-lavendari berkata...

cantik thamsilan ini .. terutamanya jangan jadi seperti gajus tu, jadilah seperti jagung.

tapi ada juga pepatah yang kata jangan jadi seperti jagung, makin berisi makin tegak.

sal berkata...

betul kak..nasihat yg sangat berguna kpd ank2 kita..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Begitulah sepatutnya kita memerhatikan ciptaan Allah dan membuat perbandingan dan teladan. Sesungguhnya Allah mencipta semuanya tidak sia-sia.

Temuk berkata...

Assalam. Seronok pula cerita buah elok, buah tak elok tu. Teringat pula ada orang tak sukakan buah hati, sebab bimbang dia jadi perosak jantungnya.

ckLah @xiiinam berkata...

Cantik...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Amie,

Sedapnya sengkuang yang dimakan segar macam tu dan dicicah dengan sejenis sos, Sos tu sekarang tak pernah jumpa lagi.

Semoga kita jadi insan terbaik kan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Epal selain cantik dan molos kulitnya, ianya amat berkhasiat.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Saudara Al,

Pandai dia orang ni relatekan manusia dan buah-buah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sal,

Budak2 sekarang kalau kita kata gitu, dia akan jawab gini dan minta penjelasan kenapa kita kata benda tu begitu dan beginikan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Betul tu Kak semua yang dijadikan Allah ada feadah gunakan kepada kita seandai kita memahaminya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,

Bijaknya manusia kan. Apa yang ada di sekeliling dijadikan contoh dan perumpamaan.

Tapi tak semua buah hati boleh menjadi perosak jantung, ia juga boleh jadi penawar kepada jantung.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

ckLah,

Alhamdulillah dah berblog balik.

nor laila berkata...

sangat terkesan ke sanubari...