Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 4 Februari 2013

Lempeng Dan Sardin Goreng Berlada



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.

Breakfast apa pagi ni. Saya pulak selepas sholat subuh tadi terasa sangat lapar. Mungkin sebab malam tadi makan gitu-gitu saja.

Akhir saya ke dapor, teringin nak makan lempeng.



Sarapan nostalgia. Zaman persekolahan dulu, tahun 60an/70an kalau mak masak lempeng atau jemput-jemput bawang sebagai sarapan, mesti perut rasa kenyang sehingga waktu rehat.

Kalau makan roti tak tahan sangat kenyangnya. He he perut anak kampong. Tak biasa makan roti dan mentega sebagai sarapan. Sayang anak-anak sendiri tak pandai menikmati lempeng. Kalau jemput-jemput tu mereka suka sangat.

Masa sambong belajar ke peringkat lebih tinggi selepas SPM dulu, mengelabah sangat-sangat bila boleh dikatakan tiap-tiap hari dewan makan asrama menghidang roti, telur separuh masak, butter dan kaya/jem. Perut dah biasa dengan makanan yang berat-berat seperti nasi dagang atau nasi lemak. Paling tidak pulut gaul nyior (kelapa).

Sebagai penambahan kepada kesedihan ketika sarapan, bila tiba waktu makan hanya beberapa hari dalam seminggu kami dihidangkan nasi, selebihnya kami diberi makan roti cicah kari atau sandwich roti. Masalah sama timbul, perut biasa makan nasi waktu tengahari. Kalau sesiapa yang sama-sama belajar di sini dalam tahun awal 70an tahunlah di mana tempat tu.

Bila dah bekerja kebetulan berpeluang bekerjasama dengan orang kuat tempat saya belajar ketika itu, bila saya ajukan soalan kenapa kami diasak dengan roti boleh dikatakan setiap hari, dengan gelak orang tu jawab, dia nak anak kampong (kebanyakan sebilangan besar pelajar dari kampong) belajar hidup moden.

Dah lebih 2 minggu saya cuba mengamalkan minum segelas cocoa collagen bersama sarapan saya. Tak tahu nak kata apa kebaikannya, tapi badan terasa ringan sikit sejak minum cocoa collagen ni.


Saya tertarik untuk mencuba selepas membaca pengalaman seorang kawan blogger kita yang menceritakan kebaikan yang dialaminya sendiri hasil dari minum cocoa collagen ni. Memandangkan dia tak ada kepentingan peribadi ketika menceritakan pengalamannya saya ingin mencubanya dengan harapan badan akan terasa lebih sihat terutama lutut saya. Mudah-mudahan Allah perkenankan harapan saya ni.

30 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Agakbya kakpun sama, suka sarapan yang agak pedas tak suka yang manis dan suka yang heavy, jadi bila tengah hari kurang sikit makannya.

Kak seperti nak cuba jugalah cocoa collagen tu Ani.


Kakzakie berkata...

Kakak tak kisah Kak Ani sarapan apa pun boleh aje, tapi lempeng kosong cecah sambal sardin sampai sekarang kakak pun suka. Anak-anak kakak pandai dan suka juga tau.

Kakak minum soya collagen yg kotak dia pink tu Kak Ani...

❤Kamsiah❤ berkata...

sedapnya makanan dulu2...bahan2nya ringkas dan cara nak buat pun mudah,kan...sayangnya anak zaman skrg kurang menyukainya...(anak2 saya la tu)

izan mama mia berkata...

hr ni sarapan lempeng juga tapi terlajak hangit..huhu

ainnoraini berkata...

sedap tu kakani..saya pagi2 klu bekfes suka mkn mcm tuu..mkn plk dgn empeng..,

Hanis Azla berkata...

salam kak ani..

aduhai.. sedapnya lempeng cicah sambal sardin.. siap terbau2 dah ni he..he..

makchaq berkata...

Lempeng cecah sambal sardin /kari /sambal bilis memang all time favourite.. anak2 makchaq pun suka..

Makchaq pun tak reti makan roti ngan butter dan seangkatannya.. kalu roti cicah kari/sambal boleh pulak.. anak2 pun sama..

NzA berkata...

tiba-tiba pula teringin nak makan lempeng + ikan sardin...esok kena masak juga la untuk sarapan...

Skrg ni saya cuba amalkan pengambilan kolegen dari rumpai laut. Alhamdulillah rasa bisa2 sendi dh kurang.....

~Emaa Hasnah (^_^)~ berkata...

Assalamualaikum kak Ani. In Sya Allah dengan izinNya badan jd segar dan ringan..kalau saya makan lempeng cicah kuah kari.(xkira kari apa)kecik2 dulu selalu kalau mak buat kari hari ni, dah tau besok pagi mesti sarapan cok kodok atau lempeng cicah kari..dan anak2 memang suka makan lempeng tok buat sbb emaanya xpandai buat lempeng yang macam tok buat =)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam kak werdah,
Semoga akak sihat yer

Menurut apa yg tertulis diblog tu, selepas dia minum cocoa collagen ni tak berapa lama, jari kakinya yg dah lama tak boleh digerakkan, Alhamdulillah dah boleh bergerak.

Bila diberi pada ibunya yg terpaksa menggunakan tongkat utk berjalan dah boleh berjalan tanpa tongkat. Tu yg saya nak cuba.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Di shah alam ni ada satu restoran yg jual lempeng. Ada lempeng kelapa, lempeng pisang dan lempeng ubi kayu.

Nampaknya ramai org makan, kambat pegi habis.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Samalah dgn anak2 kak ani tak suka lempeng tapi jemput2 bilis atau apa2 jer perencahnya, suka pulak tu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Izan terma kasih singgah.

Masak lempeng ni apinya perlahankan saja. Kenyangkan makan lempeng ni.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ain,

Lempeng makanan org lama. kenyangnya bertahan.

Kak ani kalau masak asam pedas pun sengaja simpan untuk esoknya sebab nak cicah lempeng atau jemput2.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Hanis,

Makanan org dulu2. Lempeng ni cicah kuah kari atau kuah asam pedas pun srdap.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ada sorang anak kak ani yg no 3, masa usia dia dlm 5 tahun, dia selalu kejutkan kak ani waktu tidur malam mintak masakkan lempeng. Dah anak nak makan, mengantuk macam mana pun bangun jugaklah buat lempeng utk dia.

Tak banyaklah buat dlm 2 sudu tepong jer. Lepas tu buatkan milo segelas. Dah kenyang tidor semula.

Herannya tu sekarang dah anak tiga tak suka pulak lempeng.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

NurNZA,

Dah betpeluang masak lempeng dan roti sardin. Cicah sambal bilis pun sedap.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Emaa,

Kak ani pun kalau masak kari atau masak asam pedas jer mesti esoknya masak lempeng.

Pada kak ani kuah kari/masak asam semalam tu, sedap bila disimpan utk esok harinya.

LYAfrina berkata...

salam kak..

sedapnyer makan lempeng+sardin... lg2 mkn pns2 mmg terangkat la..

owhh..rupanya dulu kak ani pnh duk kat dungun ye..tahun 60an tu dh lama sgt..skarang dh byk sgt perubahan

JUK DIN berkata...

biarpun dididik dgn cara mat salleh tp makanan melayu jugak yg sy suka sbb ia mengenyangkan. di kelate ni sampai 3x mkn nasi sehari...

Nieda ramly berkata...

awet muda juga tak collegen ni kak?

Queenie berkata...

salam kak ani..

anak2 saya semua pandai makan lempeng... janji ada yg pedas2, kalau lempeng manis depa kurang sikit..

mudah2an kak ani terus sehat ya....

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam lya,

Maklong memang org Dungun jadi memang selalu balik kecsana tu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Juk Din,

Terima kasih luangkan masa singgah.

Saya org Trengganu. Breakfast mesti yg kenyang2 dan berat.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nieda,

Insyallah mudah2an sihat dan dapat bergerak cergas. Muda pun nak jugak. He he. Cucu dah 6 org Nieda.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Queenie,

Lempeng ada jugak org cicah gula. Org Terengganu jer kot. Seronok kan tengok anak2 makan apalagi kalau masak macam Queenie, bestnya tengok.

sal berkata...

lempeng..
dari dulu dan selamanya, klu tak berkesempatan nk beli, buat lempeng..menyelerakan ditambah dengan adanya sambal ..anak2 pun suka..

Mohd Selim Zainal berkata...

Sedap makan lempeng dengan sardin...
kayu pekena ubi dengan kopi o pun kaww jugak....kena ujan2 pehh...sedap makan...mcam makan kat kg..

mselim3

Linda Musa berkata...

saya minum gak cocoa collagen tue..alhamdulillah..rasa energetic sangat bila amik... :)

nor laila berkata...

memang sedap...