Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 26 Februari 2013

Doa Di Hari Bertuah Ini


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Di hari yang berkat ini genaplah usia hamba mu ini 60 tahun ya Allah. Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak dan cucu-cucu ku yang sangat mengharapkan belas rahmat Mu. Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah mereka. Hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

src: asal dari SINI

23 ulasan:

Acik Erna berkata...

amiin..semoga doa2 kak ani dimakbulkan
selamat hari lahir kak ani..

makchaq berkata...

Selamat Hari lahir kak Ani, kawan makchaq pun ucapkan selamt hari lahir, dia pun sama tarikh dengan kak ani..

Semoga doa kak Ani dimakbulkan. Makchaq pun doakan kak Ani sentiasa dirahmati dan diberkati Allah..

Linda Musa berkata...

Happy Birthday acik...selama ni dok taip kakak skali bila baca entry ni sebaya dgn ayah saya...smoga terus berkarya dan semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi untuk selamanya..amin

~Emaa Hasnah (^_^)~ berkata...

Amiin..Selamat hari lahir k.ani. semoga sentiasa berada dalam Rahmat Allah disamping keluarga tersayang :-)

Marina Monroe @Nanie berkata...

AsSalam KK,

Selamat Hari Lahir yg ke 60, moga apa yang dihajati dikabul Allah swt. Aamiin.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Selamat ulang tahun kelahiran. Semoga diperkenankan Allah segala permohonan. Juga semoga Ani sentiasa dikurniakan keberkatan pada umur yang dianugerahkan.. Aamiin

anitaare berkata...

Amin..moga selamat dunia akhirat kak..:)

Aine Ainun berkata...

Amin...=)

sal berkata...

Amin....selamat hari jadi kak Ani..moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati akak ani dan keluarga..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Acik Erna,

Terima kasih

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Makchaq,

Terima kasih, begitulah harapan kak ani.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Linda,

Terima. Tulah yang suruh panggil Maklong tu, maklong dah ada cucu.

Terima singgah yer.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Emaa,

Terima kasih banyak2 atas doa Emaa tu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Puan nanie,

Terima kasih, semoga MM juga dikurniakan Allah kesihatan yang baik. InsyaAlah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah.

Terima kasih. Begitulah harapan saya. Semoga Kak Werdah diberikan Allah kesihatan yang baik.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ita,

Terima kasih.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

AA,

Terima kasih.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sal,

Terima kasih banyak.

QasehnyaRania berkata...

amin semoga doa maklong dimakbulkan

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Qaseh,

Terima kasih yer.

izan mama mia berkata...

amiin..moga doa kita diperkenankan

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Izan,

Terima kasih, Mudah2an Allah makhbulkan doa kita semua, Amiin.

nor laila berkata...

AAMIIIIN...