Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 2 Februari 2013

Ahmad Aniq Hasan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga semua berada dalam keadaan yang baik sentiasa.

Lama sungguh rasanya saya biarkan rumah maya saya ini kesepian. Terima kasih pada kawan-kawan blogger yang singgah walaupun tuan rumah agak lama tak singgah menjengok. BW blog kawan-kawan pun tak terdaya saya buat lagi. InsyaAllah moga-moga saya akan mampu membuat BW blog kawan-kawan nanti.

Alasan lama tak singgah sini, pertamanya internet di rumah buat hal. Keduanya kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Adik kepada Ain Nur Kaisah dan Ahmad Nabil. Bayi lelaki yang berusia lebih kurang 12 hari pada hari ini telah dilahir pada 22 Januari 2013. Si adik ni merupa cucu ke 6 kepada nekma dan tokbah. Alhamdulillah atas rezeki dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kami.





Sekarang ni Ahmad Aniq Hasaan berada di Batu Kurau bersama ibunya yang balik berpantang di rumah opahnya di sana. Semoga ibu dan anak sihat walafiat.

19 ulasan:

ariana berkata...

Oh..comeynya., Ada org baru rupanya..Tahniah!

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..comelnya cucu..

~Emaa Hasnah (^_^)~ berkata...

Assalamualaikum kak ani. tahniah..comelnya baby =)

Nor Salmi berkata...

Bertambah lagi ahli keluarga.. Tahniah kak! Geramnya tengok Ahmad Aniq...

sal berkata...

tahniah kak ani..comelnya org baru..klu dah besar akan menjadi penghibur pd keluarga..amin..

MulutPayau berkata...

comelnya orang baru....tahniah kak..

makchaq berkata...

Comelnya cucu nekma dan tokbah.... Tahniah kak ani...

Menantu kak ani Batu Kurau kat mana? Musim durian best kat sana...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ariana,

Terima kasih. Seiring bertambahnya usia, bertambah juga zuriatnya. cucu ke 6.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Acik Erna,

Terima kasih.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Emaa,

Salam kenal dari kak ani. Alhamdulillah bertambah lagi sorang cucu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Nor Salmi,

tulah syukur ke hadrat Ilahi, bertambah usia bertambah bilangan cucu. he he

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Nor Salmi,

tulah syukur ke hadrat Ilahi, bertambah usia bertambah bilangan cucu. he he

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sal,

Terima kasih. Itulah juga harapan kami semoga menjadi anak yang baik dan soleh.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

MP,

Terima kasih.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Makchaq,

Terima kasih Makchaq,

Besan kak ani tinggal di Kurau Kecil.

Betul tu di sini banyak durian, tapi kesian bila dah banyak, murahlah pulak harganya, tak memberi kesan duti sangat pada orang yang mempunyai dusun durian seperti dulu-dulu,

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani.

Tahniah dapat cucu. Besan Ani duk di Anak Kurau ke Kurau Kecil. Kut2 dah berubah nama ke Ani. Lama betul kak tak ke sana..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani.

Tahniah dapat cucu. Besan Ani duk di Anak Kurau ke Kurau Kecil. Kut2 dah berubah nama ke Ani. Lama betul kak tak ke sana..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Rasanya anak kurau. Jalan ke sana ialah masuk jalan bersebelahan balai polis batu kurau.

nor laila berkata...

ada sesiapa nak bagi bayi tak...rasa nak beranak kecil lagi pulak dah..