Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 4 Januari 2013

Siapa suamimu di syurga nanti?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami-isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah SAW, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah SWT. Waullahu a’alam.

Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin

Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.

Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.

Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin

Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu

Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain

Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani



src: 4ayesha.blogspot.com

11 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

siapa tak mengidam syurga...:)

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

betul. betul, betul tu

Kakzakie berkata...

Kalau boleh kakak nak bersama suami kakak sekarang di dunia dan akhirat Kak Ani..

ieja amieja berkata...

klu blh dunia akhirat nak bersama2 kan kak..siapa yg x nak msk ke syurga..harap2 amalan di dunia ni diredhai olehNya..

sal berkata...

Allah hu Akbar...Allah maha pemurah dan penyayang..mohon padaNya agar rajin2 mengerjakan suruhan dan perintahNya serta bersama di syurgaNya..amin..

makchaq berkata...

Semoga Allah ampunkan segala doasa dan redhakan kita jadi penghuni syurganya...
Doa makchaq jugak semoga makchaq dapat bersama dengan pakchaq sampai ke syurga

che mid berkata...

Apa pun kak, kita kena pastikan yang diri sendiri masuk syurga..selagi nyawa dikandung badan, tak boleh mencari redha Allah utk ke syurga

aby berkata...

salam k hanim ..
selalunya isteri senang masuk syurga ..
tp suami .. klu gagal memunaikan tanggung jawab tuntutan terhadap tanggungan nya ...
lambat utk kesyurga ..
bermakna .. akan dineraka la sementara wktu tu.
tu yg wak takuti ..

ibundo berkata...

salam ani. Semuga Allah menempatkan kita dan keluarga di dalam syurganya.. amin..

insan marhaen berkata...

Muga IM dan ibu_suri akan beertemu di akhirat nanti di tempat yang sebaiknya...

MulutPayau berkata...

kalau boleh nak bersama dunia dan akhirat...