Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tinggal 2012 Selamat Datang 2013





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua rakan blogger.

Hari ini dah 1 Januari 2013. Kebetulan saya terlambat tidor hari ni. Tadi tengoklah sekejap kat TV Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri kita mengira detik tahun baru. Wah meriah betul nampaknya.

Tadi tepat jam 12.00 malam dapatlah dengar dentuman bunga api yang mungkin dinyalakan di Dataran Shah Alam, atau dari ICity Shah Alam (sebab di sana juga ada sambutan tahun baru) saya tak pasti.

Di Padang Merdeka Shah Alam pula Ustaz Azhar Idrus sedang berceramah. Selalunya kalau Ustaz Azhar berceramah, jemlah jalan tu dengan deretan kereta dan motosikal. Kuat sungguh pengaruh beliau.

Semoga tahun 2013 ini membawa segala kebaikan dalam hidup kita semua sebagaimana yang kita inginkan. Segala suka duka dalam tahun 2013 dijadikan sempadan dan tauladan untuk kita meneruskan hidup di maya pada ini.

14 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat sejahtera dan dalam redha Allah SWT.

Ya Ani nampaknya fenomena UAI terus semarak. Harapan agar kita dapat muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan dan apa yang hendak kita lakukan agar masa akan datang kita perbaiki apa yang kurang dan mohon sungguh-sungguh agar dipadamkan segala kesalahan.

Selamat Tahun Baru 2013 :)

aby berkata...

salam k hanim ...
klu tengok ust Azhar Idrus ni teringat wak masa kegemilangan ust haron din .. cuma I nizaman dia penyebaran tidak secanggih ust A . banyak persamaan dari isi kuliah dan sambutan nya ..

selamat thn baru utk k hanim juga .. utk sambutan kali ni, wak tk kemana ..sekadar tengok depan TV jer ..

Norhaizan hakim berkata...

Assalammualaikum kak ani...salam perkenalan...saya pilih kak Ani jadi teman blogger terbaru sempena tahun baru 2013!

MulutPayau berkata...

Asalamualaikum kak ani....
Selamat tahun baru kak...semoga hidup kita sentiasa dirahmati oleh-NYA....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

InsyaAllah, itulah doa kita selalu semoga Allah berkati hidup kita dan kita sentiasa di bawah lembayong kasih sayangnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Kak Ani tak pernah dengar ceramat ustaz azhar ni secara life tapi ustaz Haron Din tu adalah di masjid negeri pada hari Jumaat pertama setiap bulan selepas sholat maghrib.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zan,

Salam kenal dan terima sudi singgah dan jadi rakan blogger kak ani.

Kak Ani pun dah ke blog Zan dab dah follow.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Mudah2an tahun baru ni memberi kita keberkatan, kebahagian dan kesihatan yang baik, InsyaAllah.

Amie berkata...

Selamat tahun baru 2013 KK... moga 2013 memberi harapn baru agar hidup lebih sukses!

Nieda ramly berkata...

Selamat tahun baru juga untuk kak ani. Semoga kak ani sukses hendaknya.
terima kasih singgah di blog saya.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

SelamatTahun Baru 2013 juga untuk Amie sekeluarga.

Mudah2an tahun ini juga membawa segala kebaikan kepada kita.

Kunang-Kunang berkata...

Nieda,

Sama-samalah kita mengharap supaya tahun 2013 ni membawa keberkatan dalam hidup kita.

Kakzakie berkata...

Tahun baru 2013 tempat perumahan kakak tak terdengar bunyi mercun/bunga api. Kami tak ada sambut apa-apa pun. Biasa-biasa aje kak ani.

Kalau hijrah meriah sikit sebab ada ceramah/doa itu-ini.

Moga tahun ini lebih baik dari yg lalu buat kita semua.

nor laila berkata...

tahun baru..azam baru...