Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 6 Januari 2013

Maklong





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.

Tahun ni usia saya makin bertambah. Dah lebih dari senja dah ni. Jadi saya rasa sesuai sangatlah kalau saya ubah nama saya dari Kunang-kunang kepada Maklong. Inilah panggilan anak-anak saudara semua kepada saya. Dan cucu-cucu saudara pulak panggil saya NekLong.

Dah lama saya sedar sebenarnya yang ramai rakan blogger saya terdiri dari mereka yang sebaya atau lebih kurang saja usianya dengan anak-anak saya, Kadang-kadang bila melihat usia mereka yang sebaya anak saya, saya rasa segan nak membahasakan diri saya dengan panggil 'Kak Ani'. Kalau KK boleh tahan juga, he he ......

Sekarang kunang-kunang dah terbang dari hidup saya. Saya mahu menjadi manusia yang berpijak di bumi nyata. InsyaAllah.

31 ulasan:

ibuintan berkata...

Assalamualaikum MakLong... sy nak terus panggil Kak Ani je .. boleh tak?

mana pulak senja tengok gamba masih Asar lagi tu... hehehe

ieja amieja berkata...

assalam kak..
setuju dgn ibu intan tu..hehe
bese la tu kak..ALLAH bg rezki duk atas muka bumi ni lg..jgn kita lupa diri sudah..cantik pemandangan kat belakang tu..^^

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat dan dalam redha Allah swt..

Kak masih boleh panggil Ani kan..umur kak melebihi umur Ani.

Norhaizan hakim berkata...

Saya pun kena pnggil Kak ani kerana sayapun dah ada anak2 dara yg besar panjang...mak long untuk yg lebih muda...

azi berkata...

Salam Kak Ani..
Nampak muda lagi Kak Ani ni tau...untuk saya sesuai dengan panggilan Kak Ani aja...:)

makchaq berkata...

Salam Kak Ani,
Makchaq kena pangil kak Ani, makchaq pun dah setengah abad...

Etuza Ezawarna berkata...

Banyakkan sabar, semoga Allah mudahkan urusan dan tenang dalam menghadapi hari2 mendatang...sayu pula membaca ni...

Tihara berkata...

as salam

saya baru nak berkenalan ni, saya terus panggil maklong yea :)

Syimama berkata...

Assalamualaikum... lama tak dtg bertandang. Faktur masa mungkin.

Kak Ani, semua orang bertambah tua, tiada yang bertambah muda...termasuk saya. Apapun .. kak Ani tetap sesuai untuk saya.

Semoga sehat sejahtera selalu.

Amie berkata...

Saya nak panggil Kak Long boleh tak... sebab rasanya Kak Long saya pun sebaya dengan KK.

Granny Hani berkata...

Kita sama2 meniti usia...Alhamdullilah kita masih boleh berblog di usia kita ni..

Mak Long berkata...

Waalaikumussalam Ibu Intan.

Ada org kata usia hajyalau angka. Tapi kalau dah sakit sana sini, warna hidup pun dah kekrahan2 nak maghrib, tersedar jugaklah.

Kakzakie berkata...

Tapi kakak rasa lebih selesa nak panggil Kak Ani sebab rasanya lebih kurang kak Long kakak aje...

Ann Ishak berkata...

saya nak maklong lah, rasa seperti memanggil makcik sendiri je...bolehlah mak long. selamat tahun baru 2013

Zaitun berkata...

Saya nak panggil kak ani juga sebab umur kita tak jauh beza.

Mak Long berkata...

ieja,

Tulah tua tak aperlah, asalkan Allah berikan kesihatan yang baik pada kak ani.

Sakit sikit sana sini tu biasalah kan.

Mak Long berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Rasanya umur kak werdah dengan saya kalau lebih pun tak banyak. he he

Saya pun suka panggil kak werdah terasa mesra walaupun kita belum pernah lagi bertemu.

Semoga akak sihat yer.

Mak Long berkata...

Norhaizan,

Panggillah panggilan yang Nor rasa selesa. Moga2 ikatan silaturahim terus berkekalan,

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Azi.

Alhamdulillah. Kalau orang kata nampak muda lebih dari 40 orang, orang kata nanti jadi betul. He he

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam makchaq.

Teruskanlah apa yang kita rasa mesra. Kak ani gunakan nama makchaq walaupun kak ani tahu makchaq lebih muda dari kak ani.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Etuza,

Semoga berada dalam kanduangan sihat sekeluarga/

Begitulah hari demi hari, usia berganjak dan anak-anak semakan membesar. Alhamdulillah dengan anugerah Allah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Syimama

Kak Ani pun sama. Kadang2 masa yang terluang untuk berblog agak terbatas ditambah dengan slownya internet.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Amie,

Okeylah tu panggil kak long. Kak ani pun memang kak sulong pada adik2 sebelah kak ani. Cuma disebelah suami kak ani jadi Che-ngah'.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Cikgu Hani,

Alhamdulillah dengan apa yang Allah kurniakan pada kita bahawa diusia ini kita mampu juga sama-sama bersaing dengan angkatan baru dalam menggunakan kemajuan IT.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussala Tihara,

Terima kasih singgah. Salam kenal dari maklong. Ada masa singgah2lah yer

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ann,

Memang Ann patut panggil maklong. Anak2 maklong pun lebih kurang dah baya Ann juga.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Alhamdulillah, tak aper. Nak panggil kak ani pun okey jer pada kak ani.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zai,

Silakan asal saja hubungan silatulrahim terus terjalin.

mselim3 berkata...

Assalammualikum....insaallah lepas nie kena panggil mak long lah...ok mak long....

mselim3

pls: Moga mak long sukses dalam apa jua bidang yang diceburi k...



mselim3 berkata...

Assalammualikum....insaallah lepas nie kena panggil mak long lah...ok mak long....

mselim3

pls: Moga mak long sukses dalam apa jua bidang yang diceburi k...



Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Selim,

Terima kasih. Alhamdulillah semoga kita semua di bawah rahmat kasihNYA,