Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 18 Januari 2013

Ucapan Syukur Dan Takjub Pada Nikmat Allah S.W. T



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Keterangan Ayat:

Daripada Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w, bersabda maksudnya: ”Sesiapa yang melihat sesuatu yang mengagumkan, maka hendaklah dia membaca ayat di atas. Nescaya dia tidak akan memudaratkannya” (HR Ibn Sunni).

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah, amatlah dituntut ke atas setiap individu yang merasa kagum terhadap nikmat Allah yang dianugerahkan kepadanya seperti kebun, tanah, rumah, harta, keluarga dan anak-anaknya agar membaca doa ini. Semoga dipelihara Allah daripada segala bencana.

Al-Imam Abu Muhammad al-Qadhi al-Hussein menceritakan dalam kitabnya al-Ta’liq Fil Mazhad bahawa pada zaman dahulu seorang nabi yang merasa kagum dengan bilangan umatnya yang ramai lalu sekelip mata seramai 70,000 umatnya telah meninggal dunia. Lantaran itu Allah s.w.t telah mewahyukan kepadanya “Jika kamu meminta perlindungan Allah dengan membaca doa seperti di atas tentulah Allah akan memelihara mereka”.


src: Dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran (Us. Hj. Zahazan Mohamed)





11 ulasan:

Nor Salmi berkata...

Terima kasih kak atas perkongsian ini. Kadang-kadang kita terlalu leka dengan nikmat Allah hingga lupa nak ucap syukur..

Temuk berkata...

Assalam. Bila teruja dengan sesuatu yang mengagumkan, atau dengan sesuatu yang kita perolehi, kita jadi lalai akan siapa yang mengadakannya untuk kita. Terima kasih berkongsi apa yang telah dibaca.

shameel Iskandar berkata...

Terima kasih kak atas perkongsian. Syukur kepada Allah kerana dapat membaca entry kak yg sekali gus mengajar erti syukur kpd Maha Pencipta. Insya-Allah, nak cari juga buku ni..

Acik Erna berkata...

Terima kasih kak ani

abu muaz berkata...

t.kasih satu ilmu untuk saya malam ini.

NzA berkata...

Terima kasih kak ain di atas perkongsian ilmu...

sal berkata...

perkongsiaan ilmu..terimaksih..bermanfaat untuk kita semua..amin

Queenie berkata...

masyaAllah..semoga penulis entri ini dirahmati Allah atas perkongsian ini...amn amin ya Rabbal alamin..

MulutPayau berkata...

terima kasih atas perkongsian ni kak...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya. aamiin.

Apabila kita ucap “MasyaAllah, La hawla wa la quwwata illa billah” kita mengiyakan kekuasaan dan qudrat Allah dalam melakukan apa jua kemungkinan mengikut iradahNya.

Dengan itu kita sentiasa sedar kekurangan diri dan dilindungi Allah daripada berasa sombong dan ujub.

nor laila berkata...

InsyaAllah akan saya jadikan sebagai amalan seharian...