Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 16 Januari 2013

Buah Perah Petai Jeruk



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.

Tiba-tiba fikiran teringat kepada buah perah. Terkenangkan kesedapannya. Sekarang begitu sukar nak mendapatkannya.

Teringat masa kecik-kecik dulu suka sangat makan buah perah yang telah direbus atau dijeruk. Selalunya buah perah ni dijeruk dengan biji petai. Pada saya memang sedap sangatlah rasanya.


Buah Perah - Gambar ihsan google

Ini rupa buah perah tu. Rupanya tu kalau silap pandang macam kumbang besar. Kumbang yang selalu hinggap di pokok gajus, pokok jambu golok kata orang kampong saya. Buah perah ni kulitnya tebal tapi bila dah dijeruk beberapa lama atau direbus berjam-jam dia jadi lembut kita boleh gigit saja untuk membuang kulitnya.

Pokoknya nun tinggi diawan. Menurut apa yang saya baca dari vikipedia, katanya buah perah yang sudah cukup tua atau matang akan gugur ke bumi. Buah ini akan meletup dan berderai di udara sebelum jatuh ke bumi. Faktor angin memainkan peranan yang cukup penting dalam proses pengguguran buah ini. Haiwan seperti kera atau monyet juga boleh membantu proses penggugurannya.

Buah ni terkenal di Pahang. Tapi kami orang Terengganu juga kenal dengan buah ni terutama orang-orang lama dulu ramai yang suka makan buah ni. Budak2 sekarang tak taulah sama ada mereka tahu atau tidak wujudnya buah ni.

Pada saya rasanya seperti makan buah berangan, itu pada sayalah. Menurut khabarnya buah ni tak boleh dimakan banyak sangat terutama pada mereka yang tidak biasa memakannya. Kalau dimakan berlebihan ia boleh menyebabkan pening kepala, istilah senang 'mabuk'.

Sekarang ni bila balik ke Terengganu pun dah susah nak dapat. Mungkin di Pasar Payang ada, sebab di sana tu semua mak nenek ada dijual. Terutama kuih-kuih tradisional Terengganu.


Petai Jeruk - Gambar ihsan google

42 ulasan:

Kakzakie berkata...

Kalau petai tu sah kakak tahu sebab kebun bapak kakak pun banyak petai Kak Ani. Tapi buah perah ini kali pertama kakak tahu dan nampak... Mungkin di Johor tak ada atau ada tapi kakak yg tak tahu..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani,

Kak tak pernah lihat pokok perah ni walaupun pernah makan buahnya yang direbus. Itupun bukan direbus sendiri tetapi jiran mak yang bagi masa mak masih ada. Tinggi pokoknya ya. Budak2 sekarang rasanya tak ramai yang tahu atau sukakannya

Amie berkata...

Alahai Kak Long.... saya yang mak budak ni pun baru hari ini tahu ada buah perah, kalau Kak Long tak tunjuk saya tak tahulah sampai bia-bila. Tq for sharing!

inazamri berkata...

buah perah?ni pestime tgk n dengar la kak

makchaq berkata...

Sala kak Ani
Tadi ke blog Amie, tengok epal bidara (makchaq tak pernah tengok)
Mai blog kak Ani tengok buah perah, pun makchaq tak pernah tengok, apa lagi la makan.. Mak mertua makchaq pernah sebut pasai buah ni, tapi makchaq tak pernah tengok.. teringin pulak nak rasa..

Marina Monroe @Nanie berkata...

Salam,

Tak pernah jumpa dan dan pernah makan seumur hidup.

~Emaa Hasnah (^_^)~ berkata...

Assalamualikum..pernah dengar nama buah tu..tp xpernah tngok..salam kenal=)

ariana berkata...

Asmkm.sy pernah dgr buah perah tu, tp blm pernah makan..
Mmg suka sgt pg pasar payang trengganu, mcm2 ada, tp sy kalsu g psr payang mesti beli jala mas ngan rojak kerateh..:)

gadisBunga™ berkata...

buah perah ni first time saya tengok, rasa dah tentu tak pernah.

tapi petai jeruk tu kalau ada dalam fridge hari hari saya akan balun dengan nasik!

aby berkata...

salam k hanim ..
tk pernah nampak buah perah ..
petai .. konfom tau ..
sbb selalu juga makan ..

ibuintan berkata...

pernah dengar tapi lom pernah makan.. cantik bentuk buahnya

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Rasanya disebelah pantai barat ni mungkin buah ni tak ada kot atau ada nama lain.

Di Pantai Timur masih ada dijual tapi anak2 tak nak cuba.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah
Semoga Akak sihat yer

Saya pun tak pernah tengok buahnya. Saya rasa buah ni buah hutan.

Di dungun pun susah nak dapat cuma sesekali boleh jumpa.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Amie,

Mungkin buah ni ada di sebelah Pantai Timor saja sebab kami orang Pahang, Kelantan dan Terengganu peringkat baya kaklong ni rasanya kenal buah ni, tapi golongan muda mungkin tak tau.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ina,

Tak aper sekurang2nya kita dah tahu dan boleh bayangkan rupanya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Makchaq,

Waalaikumussalam. Mungkin buah ni tak ada disebalah pantai barat dan semenanjung. Seperti buah sukun, dulu kak ani tak kenal buah sukun sebab di sebelah kami tak ada.

Dah datang KL baru kenal.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Nanie,

Manalah taukan kalau kebetulan ke Pantai Timur cuba tanya buah ni selalunya ada dijual di pasar-pasar.

Buah ni bermusim.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Emaa,

Waalaikumussalam. Salam kenal juga dari kak ani. Terima kasih sudi singgah.

Mungkin lain tempat lain namakan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ariana,

Anak saudara kak ani yang tinggal di Kuantan kata ada jual disana tak taulah pulak kat pasar atau kak mana.

Kak ani suka juga singgah Pasar Payang tu, tapi bab baik tangga yang tak larat. jadi selalunya kak ani cari makanan atau keperluan dapor di sebelah bawah saja.

Kat atas tu jual tembaga, batik, songket kan.

Rojak kateh memang best. Kak ani pun suka.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

GB,

Dah tahu namanya tu, kalau kebetulan ke pasar2 di Kelantan ker, Terengganu ker atau Pahang cuba cari.

Tapi menurut katanya buah ni bermusim.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Wakm

Bila wak ke Pahang seperti Temerloh tu, cuba wak tanya dia orang.

Katanya di sana ada dijual.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ibuintan,

Mana tau satu hari ada rezeki boleh cuba.

Rupanya tu ada orang geli sebab seperti kata seseorang, buahnya tu mengingatkan dia kepada lipas.

Memanglah rupanya tu tak glamor sikit. He he

Acik Erna berkata...

assalam kaka ani..caik pernah dengar buag ni gtapi tak pernah makan..tengok petai jeruk punndah selera kakani

ibundo berkata...

tak pernah makan buah perah tapi petai tu feveret.

Aishah Jahirah berkata...

salam...
saya pernah dengar buah perah,tp tak pasti rupanya mcm mana.mgkn kecik2 dulu pernah tgk...wah petai jeruk sedap tu makan ngan nasi n ikan kering/masin.

LYAfrina berkata...

kat sini ada buah perah..tp harganya mahal..tp mmg sedap.. rasa lbh krg gak dgn buah berangan..

Pen Biru berkata...

assalam..singgah dan follow sini :)

insan marhaen berkata...

Catatan ini buat IM teringat semasa kecil di kampung kelkahiran IM - Slim River.

Dan juga teringat RnR Perah di Banjaran Titiwangsa....

Ibuhani berkata...

hehehe....saya ni buknlh budak muda tp saya pun x pernah tgk n makan buah perah ni!

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Memang buah ni jarang orang kenalkan. Tak aperlah sekurang-kurangnya sekarang boleh bayangkan rupanyakan. He he

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kak Pah,

Terima kasih. Mungkin namanya di sini lain agaknya. Petai tu nama universel.

Seluruh malaysia kenalkan. Petai jeruk memang best.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Aishah,

Sekarang sekurang-kurangnya dah boleh bayangkan rupanya kan.

Mana tahu ada rezeki bertemu pulak dengan buah betul.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Lya,

Di Terengganu memang ada. Tapi tak tau pulak mahal harganya kan. Tapi sekarang ni petai jeruk pun mahal.

Petai jeruk di terengganu lain sikit rasanya dengan petai jeruk belah sini,

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Pen Biru,,

Waalaikumussalam, terima kasih sudi singgah dan sudi jadi rakan blogger saya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

IM,

Dekat Slim ada ker. R&R Perah tu kat mana pula yer.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ibu hani,

Agaknya memang di sebelah pantai barat ni tak ada atau kalau ada mungkin jarangkan.

Tak aperlah sekurang2nya dah boleh bayangkan rupanya kan. Mana tau kebetulah ke pantai timur besok terjumpa buah perah ni.

Nor Salmi berkata...

Ala Kak, kecur air liur saya tengok perah tu. Saya ni orang Pahang, memang suka sangat makan perah ni..

NzA berkata...

saya pernah makan buah perah tu kak ani..sedap sgt...masih terasa lemak2nya tu......

nea lopah berkata...

salam... saya suka sangat buah perah ni. memang sedap sangat.

nor laila berkata...

belum pernah jumpa dan apatah lagi memakannya kak...

Tanpa Nama berkata...

rm 15/ kg tapi sebab teringin nak makan beli saja...dulu org jual 5 ringgit seratus biji...huhu buah ni bermusim kalau masa buah-buahan tempatan ada aadalah muncul buah ni haha

Tanpa Nama berkata...

sape berminat nak beli buah perah yg belum masak/proses, boleh email saya rm9 sekilo. khlis81@gmail.com