Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 30 Disember 2012

Gelisah............


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





 Maksudnya : “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia. (HR: Abu Dawud) 


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan blogger semua.. Semoga di akhir-akhir tahun 2012 ni kita semua diberikan Allah kesihatan, keberkatan untuk meneruskan hidup mendatang.  Esok hari terakhir kita berada di tahun 2012.  Bertambah lagi usia kita.  Yang senja dah nak maghriblah pulak jadinya. Yang remaja mungkin dah merangkak ke alam dewasa dan begitulah seterusnya.

Jangan risau tengok tajuk N3 saya kali ni.  Biasalah kita manusia tak boleh lari dari perasaan risau. Begitulah juga saya. Cuma bagaimana cara kita menerima risau tu saja berbeza, Sebagai orang islam tentu kita ada cara-cara bagaimana nak mengendalikan kerisauan yang melanda kita.  Banyak bersabar dan ingatlah Allah sentiasa akan menolong kita. Antaranya amalkan doa di atas semoga Allah ringankan apa saja penangunggan kita yang mengelisahkan hati.

Mari kita cuba fahami apa itu kerisauan atau kegelisahan.

Gelisah ialah hati yang tidak tenteram, merasa khuatir, resah, tidak tenang. Kata Saidin Ali karramallahu wajhah: "cemas atau risau adalah lebih sukar dari kesabaran."

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masu'd didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa.  Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu'd, "Saudara, berikanlah pada ku nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwa ku tidak begitu tenteram, jiwa ku sentiasa gelisah, fikiran ku juga selalu kusut."

Ibnu Masu'd berkata, "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa mu, hendaklah kamu bawa hati mu mengunjungi 3 tempat ini:

Pertama - tempat orang membaca al-Quran sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat al-Quran

Kedua - Majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah

Ketiga - carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas."


src: Tazkirah


Khamis, 27 Disember 2012

Sebuah N3 Tanda Simpati



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Khabarnya banjir di Kuantan dah reda sikit tapi di Terengganu sedang marak. Kesian. Sama-samalah kita doa supaya musibah ini cepat berlalu.

Jom kita tengok salah satu insiden yang mencemaskan ketika banjir di Terengganu iaitu di daerah Penarik. Di sini saya tepekkan turutan gambar seorang pemuda Khairi Said yang sedang menunggang motosikal tiba-tiba ditarik arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri untuk ke tempat kerja. Menurut sumber ini adalah di kawasan sawah terbiar dah bertukar menjadi lautan air.




Sayangnya usaha dia untuk menyelamatkan motorsikalnya gagal. Tak aperlah, harta benda boleh cari, janji nyawa sendiri selamat. Semoga Allah permudahkan mereka yang terlibat dan tabah dengan ujian Allah ni.

Daun Pandan, Kadok dan Limau Purut



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ini sebahagian daripada pokok pandan yang saya tanam ditepi pagar rumah saya. Pokok ni dah melarat membiak. Semasa mencantas pokok bunga kertas tempoh hari saya cantas sekali pokok pandan yang subur di bawahnya, yang tinggal sikit2 nilah. Tak aperlah, InsyaAllah nanti dia membiak lagi terutama di musim hujan ni.


Syukur saya dengan tanah yang tak seberapa boleh jugaklah saya semai pokok-pokok yang saya selalu guna ni. Setiap kali saya terpandang orang membeli daun pandan sepokok yang entah berapa harganya, saya selalu rasa kesian, kalau duduk dekat rumah saya, datanglah ambik, saya beri percuma saja.




Begitu juga dengan daun limau purut ni. Kadang-kadang saya kesian tengok orang yang bermuka kecewa bila nak beli daun limau purut menjelang raya tapi daun limaunya dah habis. Ringan jer mulut saya nak beritahu yang dirumah saya ada pokok limau purut, ambiklah, saya selalu mencantasnya dan buang.



Inilah pokok limau purut saya. Ketinggiannya, tinggilah dari saya sikit. Ada berbuah, tapi bila buah dah sebesar ibu jari kaki jer, ia gugur. Tak sempat membesar, mungkin kerana saya tak pernah letak baja. Pokok ni saya tanam dalam kawasan rumah saya.



Ini pulak pokok kadok. Pokok ni sekarang membiak di sepanjang pagar rumah saya. Dulu saya tanam sebatang jer dalam pasu bunga. Tapi memandangkan tabiatnya yang suka menjalar tak dapatlah saya nak kawal.




Bentuk daun kadok sangat serupa dengan daun sirih. Bezanya daun kadok ni berbau wangi bila kita mengoyakkan sikit daunnya dan hidup baunya.

Saya tanam pokok kadok ni kerana setiap kali saya nak memasak bubur lambuk di bulan Ramadhan susahnya saya nak dapat daun kadok. Rasanya tak pernah pulak saya lihat dijual di pasar. Jadi saya tanamlah sendiri. Pucuk kadok ni kalau dicelur dan makan dicicah dengan sambal belacan, sedap.

Saya pernah tanam pokok kunyit, tapi selepas tak berapa lama biasanya pokok tu mati. InsyaAllah saya akan cuba lagi, Pokok tu mati agaknya kerana kerap sangat ambik daunnya. Merajuklah tu agaknya.

Selasa, 25 Disember 2012

Kait Rambutan di Slim River



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Nampaknya sekarang musim buah menjadi sungguh di tempat kita nikan. Di mana-mana saja kita nampak orang menjual durian, rambutan, manggis, langsat dan lain-lain yang sewaktu dengannya.


Hari Selasa lepas saya ke rumah adik di Kampong Seri Kledang di Slim River. Dah lama dia dok telefon suruh saya datang ke rumahnya sebab katanya durian sedang luruh dan rambutan sedang masak.

Tapi saya ni susah sikit nak berjalan jauh sekarang ni sebab teman hidup saya ni kurang sihat sikit nak memandu jauh. Tapi hari Selasa tu, barulah kami dapat ke sana. Lama jugak saya tidak ke sana. Selain kerana buah-buahan, datang ni pun lebih kepada nak jumpa adik saya suami isteri dan anak-anaknya.

Apa nak buat, kebetulan durian dah tak ada sangat. Dan rambutan pun dah tinggal yang tinggi-tinggi. Anak saudara saya Hakim yang berusia 14 tahun tulah dok mengaitnya. Nak panjat kerengga banyak, akhirnya dapat lebih kurang sebaldi ni. Cukuplah Kim.

Alhamdulillah dapat rasa buah ramburan segar dari pokok.




Akhirnya dah kenyang makan rambutan di bawah pokok, saya kumpul-kumpul baki rambutan yang dikait oleh Hakim, ini rambutan yang dibawa balik ke Shah Alam. Satu baldi besar jugalah.


Sekarang ni saya tak berapa boleh makan durian atau rambutan atau apa saya buah-buahan seperti langsat, duku dan yang sewaktu dengannya kerana bila saya makan buah-buah tu di siang hari, dimalam hari saya akan diserang krem kaki yang teruk dan sangat sakit rasanya bergilir-gilir dari kaki kiri ke kaki kanan dan begitulah sebaliknya sehingga menjelang subuh. Jadi sekarang ni kalau saya makan pun saya makan sekadarnya saja tak ikut selera lagi.

Jadi dengan tak ramai orang di rumah sekarang ni rambutan satu baldi tu berhari-hari jugalah nak menghabiskannya. Tunggu anak-anak balik.



Kawan blogger yang ke 300


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan yang singgah. Semoga berada dalam suasana riang dan sihat selalu.

Alhamdulillah, nampaknya saya dah ada 300 orang kawan blogger yang sudi singgah di blog saya yang tidak sepertinya ini. Terima kasihlah kawan-kawan semua.

Sayangnya kawan blogger yang ke 300 iaitu Norazhani Azhar, tidak dapat saya mengunjung balas ke blognya kerana saya tidak mempuai URL beliau. Yang saya dapat cuma ini


Jadi pada Norzhani Azhar, kalau sudi dan ada kelapangan singgahlah yer. Terima kasih sudi singgah di sini.

Isnin, 24 Disember 2012

Semoga Orang Kuantan Tabah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan yang singgah. Sekarang setiap kali mendengar berita di TV mesti ada berita mengenai banjir diberitahu. Banyak dah tempat yang banjir seperti beberapa tempat di Kelantan, Terengganu dan yang juga Pahang terutamanya Kuantan.


Kesian orang Kuantan, semoga tabahlah dengan dugaan Allah ni. Menurut apa yang diceritakan di Facebook, selepas hujan tidak henti-henti selama 13 jam, bandar Kuantan kini dilanda banjir.

Banjir kilat di Kuantan yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi menyebabkan banyak kenderaan terperangkap dan jalan raya sesak teruk. Banyak jalan-jalan ditutup termasuklah juga Teriminal Bas Makmur. Bas-bas terpaksa menunda perjalanan.

Khabarnya sehingga jam 1.00 petang hujan masih belum berhenti. Belum serek kata orang Terengganu. Adik saya ada di Kuantan, semoga dia sekeluarga amnya dan semua orang Kuantan khasnya dilindungi Allah dari perkara-perkara yang tidak diingini.





Beberapa gambar menunjukkan banjir di kuantan - sumber facebook

Isnin, 17 Disember 2012

Alhamdulillah Dan Terima Kasih Atas Doa Kalian



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima kasih kepada kawan-kawan semua atas doa yang dipanjatkan kepada cucu saya Muhammad Al Falah. Alhamdulillah dan syukur kerana sekarang Falah dah ada di rumahnya di Puncak Alam. Semalam Falah dah keluar dari PPUM. Keadaan dia beransur pulih.




Kedua-dua gambar semasa di Wad Pediatrik, PPUM


Sabtu, 15 Disember 2012

Sebuah Wasiat



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Sekadar menjadikannya panduan dan amalan kita bersama. Semoga dengan itu kita diberikan ganjaran pahala kepada kita. Hendaknya kita lakukan semua itu hanya kerana Allah.

Jumaat, 14 Disember 2012

Semoga Allah Sembohkan Falah Yer.......



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan yang singgah. Semoga diri dan keluarga kawan-kawan semua berada dalam kesihatan yang baik.

Bagi saya pulak nampaknya sekarang ni lepas seorang, seorang cucu-cucu lelaki saya masuk hospital. Mudah-mudahan Allah pulihkan kesihatan mereka seperti sediakala.


Terbaring di Wad Pediatrik PPUM

Beberapa minggu lepas cucu saya Ahmad Nabil masuk hospital kerana jangkitan kuman di paru-paru. Sekarang Alhamdulillah dia dah beransur sihat selepas 5 hari berada di wad.

Sekarang ni cucu saya Muhammad Al Falah sedang dirawat di Wad Pediatrik PPUM. Dia dimasukkan ke wad berkenaan pada pagi Rabu baru-baru ni. Dia kena Bronchitis. Untuk meredakan sakitnya, dia kena buat Neb dan sedut kahak setiap hari.

Saya perhatikan Falah kerap diserang selsema dan lelah (asma), mungkinka ini kerana dia dilahirkan tidak cukup bulan. Mungkin anti-bodynya tak kuat. Sungguhpun begitu Alhamdulillah pembesarannya okey sebagaimana sepatutnya iaitu membesar mengikut usia. Dia juga aktif dan sentiasa senyum. Terhibur hati melihatnya. Rindu kalau tak tengok beberapa hari.

Sehari sebelum dia dimasukkan ke Wad, saya menjaganya sebab maknya dah habis cuti tahunan terpaksa juga pergi kerja. Ni menjaga Falah di hospital nampaknya cuti tanpa gajilah maknya. Tak aperlah, anak. Duit boleh cari, anak tak ada galang gantinya.



Falah sebelum sakit



Rabu, 12 Disember 2012

Rabu Yang Kelu Ke16 - Jangan Menanam Kalau Tak Ada Kudrat Nak Maintain....Bina Semak Tepi Rumah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ






Hasil cantasan


Indahnya Wanita Solehah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan yang singgah.



indah matanya
membuat sejuk hati setiap yang melihat
lembut ucapannya
membuat perkataannya santun di dengar

perempuan sholeha selalu melihat apa yang halal untuk di lihat

perempuan sholeha adalah seorang perempuan
yang sedari kecil sudah berbakti pada orang tua
perempuan sholeha adalah seorang perempuan
dimana dia berbeza dengan yang lain,,,
kerena dia bisa menjaga harkat dan martabat nya
sebagai seorang perempuan

wanita sholeha di ibaratkan seperti perhiasan yang ada di dunia
wanita yang paling indah,,,,
wanita yang cerdas,,,,
wanita yang punya akhlak baik,,,

selalu ia mendekatkan diri kepada allah swt
selalu menjaga kehormatannya

jika ia di pandang suaminya ,,,, ia dapat menyenangkan hatinya,,,,
bisa menjaga amanah suaminya,,,, ia pun mempunyai kesabaran yang tinggi,,,,
ikhals menerima apa yang diberikan,,,,, dan selalu tersenyum dan membuat tersenyum suaminya,,,,

tak kala suami merasa lelah ,,,, ia seakan membuat rasa itu hilang,,,
maka perempuan sholeha adalah seorang bidadari dunia yang di nantikan,
di sebut-sebut namanya di surga yang kekal,,,

Selasa, 11 Disember 2012

Mengidam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga sentiasa di dalam keberkatan Allah.


Setiap kali saya melihat atau makan roti canai berbentuk bulat ni saya sering terkenang satu peristiwa lama. Kisah ni dah lama berlaku iaitu ketika saya mengandungkan anak ketiga saya iaitu Dzulkarnain. Kiranya dah 28 tahun dululah.

Masa tu saya tinggal di Selayang Baru. Tak tau pasal apa, saya teringin sangat nak makan roti canai bulat ni, iaitu roti asal-asal dulu kita kenal sebelum kita kenal roti canai petak.

Jadi satu hari ketika di sebuah restoran mamak, saya beritahu suami saya minta dia beritahu mamak restoran tu untuk buatkan saya roti canai bulat. Suami saya keberatan, dia kata pelik tak pernah orang buat. Jadi saya sendiri yang beritahu mamak tu. Dah siap tak makan di restoran tu, tapi dibungkus untuk makan di rumah.

Tak taulah apa sebabnya, hari tu Cik abang merungut, katanya minta yang pelik-pelik. Tak tau kenapa, angin saya pun masa tu tak berapa baik. Ketika Cik abang saya masih membebel, saya ambil bungkusan roti canai tu dan saya buang melalui tingkap kereta. Suami saya terdiam. Masa tu air mata saya berjurai. Dan mulai saat tu sehingga saya bersalin, saya tak pernah sebut lagi pasal roti canai. Apa lagi memakannya.

Nak jadikan cerita, bila Ain dah pandai menyebut makanan yang dia nak makan, dia suka sangat makan roti canai. Mana-mana restoran yang kami makan, dia akan minta roti canai, Waima ketika makan di KFC pun dia minta roti canai. Hingga budak KFC tu beritahu "dek kat sini tak ada roti canai".

Itulah tabiat orang mengandungkan. Minta sesuatu yang boleh dimakan tak apalah. Jangan minta yang tidak-tidak.

Mengidam dikatakan berlaku kerana perubahan hormon pada awal waktu mengandung, menjadikan selera ibu menurun. Jadi pada ketika ini, ibu akan teringin untuk makan apa yang terlintas dibenaknya. Mengidam juga dikatakan ada kaitan dengan nafsu. Jadi rasanya ibu yang mengandung perlulah banyak bersabar. Anggaplah ini merupakan ujian Allah s.w.t, Begitu juga pihak suami.

Ada orang kata tabiat terlalu mengikut hati ini akan memberi kesan kepada anak-anak apabila dilahirkan kelak. Ibu yang sabar dan tabah akan melahirkan zuriat yang tingi jatidirinya. Manakala sikap ibu yang terlalu "memanjakan" diri dikhuatiri kelak anaknya menjadi "spoil". Wallahuwa'lam.

Rabu, 5 Disember 2012

Berjurai-jurai lebatnya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga sentiasa di dalam keberkatan Allah.

Sekarang ni boleh dikatakan tiap-tiap hari kalau tak petang, pagi selalunya hujan dan kadang-kadang diikuti kilat dan guruh. Nampaknya banyak daerah dan kampong terutama di sebelah selatan semanjung mengalami banjir. Semoga mereka yang terlibat ni bersabar dan dikuatkan semangat oleh Allah.

Begitulah hujan. Bagi saya pula kebelakangan ini saya perhatikan orkid-orkid saya banyak yang berbunga. Mungkin kerana sebahagian dari pokok-pokok ni menjadi subur di musim hujan terutama orkid hutan.

Antara yang mengembirakan saya bila beberapa pasu orkid cymbidium finlay yang saya tanam dalam dua tiga pasu berbunga agak lebat. Daunnya pun hijau dan subur. Paling saya teruja dan seronok kerana antara yang berbunga tu ialah yang dibawah ni. Berjurai-jurai bunganya melebihi dari kebiasaan. Selalunya spike yang keluar maksimum pun 2 sahaja. Sehingga sekarang bunga-bunga ni masih segar.


Yang ini juga berbunga

close up bunga cymbidium finlay

Ada lagi orkid lain yang dah mula mengeluarkan spike. Mudah-mudahan spike-spike ni tahan tak busuk atau gugur bila ditimpa hujan.