Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 27 November 2012

Kaulah Racun Kaulah Penawar



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga sentiasa di dalam keberkatan Allah.

Lalat. Yang terbayang dimata kita berbagai jenis penyakit yang boleh dibawa oleh lalat. Rupanya disamping racun yang dibawa oleh lalat, dibadan lalat juga ada penawarnya. Kita mungkin dah lama tahu tapi kita masih ragu-ragu. Bukan ragu dengan hadis nabi tapi selera yang hilang nak minum atau makan bila melihat lalat dah masuk dalam minuman atau makanan kita.

Nabi Bersabda, "Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman kamu, maka celupkanlah ia, kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada obatnya (HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)

Dalam riwayat lain: "Sungguh pada salah satu sayap lalat ada racun dan pada sayap lainnya obat, maka apabila ia mengenai makananmu maka perhatikanlah lalat itu ketika hinggap di makananmu, sebab ia mendahulukan racunnya dan mengakhirkan obatnya" (HR. Ahmad, Ibn Majah)

Inilah diantara mu'jizat kenabian Rasulullah dari aspek perubaan yang harus ditulis dengan tinta emas oleh sejarah perubatan iaitu alat pembuat sakit dan alat pembuat ubat pada kedua sayap lalat sudah Baginda ungapkan 14 abad dulu. Dan penyebutan lalat pada hadits itu adalah bahwa air tetap suci dan bersih jika dihinggapi lalat yang membawa bakteria penyebab sakit kemudian kita celupkan lalat tersebut agar sayap pembawa ubat (penawarnya) pun tercelup ke dalam air.

Dan percubaan ilmiah moden pun sudah dilakukan untuk mengungkapkan rahsia di balik hadis ini. Bahawasannya ada kekhususan pada salah salah satu sayapnya yang sekaligus menjadi penawar atau ubat terhadap bakteria yang berada pada sayap lainnya. Oleh karena itu, apabila seekor lalat dicelupkan ke dalam air keseluruhan badannya, maka bakteria yang ada padanya akan mati.

Secara ilmiah didapati bahwa lalat mengeluarkan sejenis enzim yang sangat kecil yang dinamakan Bakter Yofaj, iaitu tempat tumbuhnya bakteria. Iaitu tempat tumbuhnya bakteria pembunuh dan bakteria penyembuh yang ukurannya sekitar 20:25 mili mikron. Maka jika seekor lalat terkena makanan atau minuman, maka harus dicelupkan keseluruhan badan lalat tersebut agar keluar zat penawar bakteri tersebut.

Maka pengetahuan ini sudah dikemukakan oleh Nabi kita Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dengan gambaran yang menakjubkan bagi siapapun yang menolak hadits tentang lalat tersebut.

Maaflah memandangkan artikel ni dalam bahasa Indonesia, saya dah gantikan sedikit sebanyak dengan perkataan dalam bahasa Malaysia.


Rujukan:Di Sini



Ahad, 25 November 2012

Nabil Masuk Hospital



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga sentiasa di dalam keberkatan Allah.

Ini adalah lanjutan kepada N3 saya yang menceritakan tentang cucu saya Nabil yang tak sihat. Dah dua tiga kali di bawa ke klinik, diberi ubat demam oleh doktor, tapi demamnya masih juga kejap baik, kejap datang balik.

Malam tadi dia nampak makin letih dan tak nak menyusu. Akhirnya mama dan abahnya bawa dia ke PPUM. Hasil dari ujian darah dan x-ray yang diambil darinya menunjukkan dia terkena jangkitan kuman di paru-paru. Sekarang ni Nabil di masukkan ke PPUM.

Harapan saya semoga Nabil cepat semboh.

Selasa, 20 November 2012

Kesian Nabil - Demam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.

Kesian dengan Nabil merengek jer sejak semalam. Dia demam dan selsema beberapa hari ni. Nabil yang saya ceritakan ni cucu lelaki saya yang pertama tu. Bukan Nabil Raja Lawak.

Usia Nabil dah menjangkau usia setahun satu bulan. Dah boleh bertatih tapi belum boleh bercakap. Tapi orang bercakap dengan dia, dia faham!!!



Kalau anak-anak tak sihat, kita pun susah hati. Semoga Nabil segera semboh.

Isnin, 19 November 2012

Berbudi Pada Tanah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Selamat berpuasa di bulan Muharam ni pada kawan-kawan yang berpuasa. Semoga kasih Allah sentiasa bersama kita.

Minggu lepas langsung tak masuk blog. Bukan sebab apa tapi sebab saya balik ke Dungun atas urusan keluarga. Selama berada di Dungun tak sehari yang rehat. Asyik ke sana kemari menguruskan perkara yang perlu diurus tu.

Dah rezeki kata orang, semasa nak balik ke sini, adik ipar berikan 3 biji mangga yang beratnya hampir 1 kilo gram untuk sebiji. Buahnya manis. Sayangnya dalam 3 biji adalah juga yang dah dirosakkan oleh perosak buah. Mungkin kerana buah ni tak dibalut sebab pokok ni dah tinggi kerana dah berusia.



Semoga Allah murahkan rezeki adik ipar saya dan pokok buah mangga ni terus berbuah dengan lebatnya. Beruntungnya orang berbudi pada tanah.


Jumaat, 9 November 2012

Kangkong Celur Saingnya Ikan Bakar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Cuaca sejak akhir-akhir ni sejuk dan nyaman. Semoga hujan yang turun hampir setiap hari memberi rahmat pada semua insan.

Hujan-hujan ni perut sentiasa rasa laparkan. Begitulah juga saya dan suami. Memandangkan di siang hari hanya kami berdua di rumah yang nak makan tengahari jadi bila rajin saja saya masak. Kebetulan semalam kurang rajin sikit jadi kami ke restoran ikan bakar di TTDI Jaya di Shah Alam untuk makan tengahari.

Menu tengahari saya semalam simple saja. Lauk utama sayur-sayur, ikan bakar dan sambal tumis udang. Sambal tumis udang pedas melanguk. Sebenarnya saya nak makan ikan pari bakar dan celur pucuk betik, sayangnya semalam tak ada pulak celur pucuk betik dan pari bakar. Ikan lain tu adalah seperti keli, talapia, cengcaru, ayam bakar dan lain-lain ikan termasuk siakap.



Sesudah makan ketika nak keluar dari restoran tu saya terpandang, alamak ikan pari bakar dah ada. Tak aperlah bukan rezeki saya semalam. Lain kali masih ada lagi.





Khamis, 8 November 2012

Jiwa Nan Lara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Sejuk udara sekarang. Maklumlah tiap-tiap hari kita menerima hujan. Musim monsun dah nak bermula. Semoga mangsa-mangsa banjir di seluruh negara bersabar dengan ujian Allah ini.

Pagi rasa nak berpantun, saja suka-suka. Tak ada makna apa-apa.

Perahu kolek mudik ke hulu
Sarat bermuat kayu belati
Bila teringat kisah nak lalu
Terasa pedih di dalam hati

Kolek berlabuh di hujung muara
Belati dipunggah ke atas batu
Jangan diikut hati nan lara
Luka kan sembuh seiring waktu




Rabu, 7 November 2012

10 Muharam - Banyak Peristiwa


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Gambaran Laut terbelah peristiwa Nabi Musa dan Firaun

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.

Diam tak diam kita dah masuk tahun baru hijrah 1434. Semoga di tahun baru ini Allah terus memberi kita keberkatan dalam hidup dan memberikan kita kesihatan yang baik untuk kita terus beribadat kepadaNYA.

Bila tiba mula muharam saya selalu terkenang bubur asyura. Selalunya bubur ni kita masak beramai-ramai. Dah banyak tahun saya tak merasa bubur asyura ni. Kami di Terengganu lain sikit bentuk buburnya.

Tidak lama lagi kita kuga akan menyambut 10 muharram yang mana banyak berlaku peristiwa besar yang mengubah sejarah manusia.

Kita semua tahukan ada peristiwa besar yang berlaku pada hari 10 Muharram. Di sini saya turunkan untuk tatapan kita semua. Ianya sekadar mengulangtayang apa yang dah diketahui saja:

Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.

Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.

Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.

Allah menjadikan Siti Hawa.

Allah menjadikan Syurga.

Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.

Taubat Nabi Adam diterima Allah.

Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.

Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.

Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.

Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun. Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

Inilah antara peristiwa besar pada 10 muharram yang telah berlaku, begitu juga dalam beberapa hadis riwayat Nu'aim bin Hammad menyatakan bahawa pembaihan Imam Mahdi juga berlaku dalam 10 Muharram!

KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".

Ahad, 4 November 2012

Murtabak Roti Canai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga hari ni memberi kebahagian pada kita semua.

Breakfast apa hari ni. Kalau ikutkan orang-orang tahu bab pemakanan dan keperluan tubuh badan kita ni katanya walaupun kita nak diet kita jangan lupa ambik breakfast.

Baru-baru ni kawan-kawan di FB seronok bercerita mengenai Murtabak Singapore yang dijual di Bangi. Bila membacanya teringat yang saya juga sering bersarapan dengan murtabak singapore ni di sebuah restoran melayu orang Johor yang menjual antara makanannya ialah murtabak singapore dan roti canai. Kata orang roti canai goyang. Rasanya restoran ni dikunjungi ramai kerana roti canainya yang ala-ala zaman 70an punya roti canai. Susah nak dapat roti canai macam ni sekarang. Selalu kalau kita tak tahu kita ingat ini roti boom. Sebenarnya tak.

Kalau hari minggu dan cuti am, penuhlah restoran ni terutamanya oleh pelanggan melayu. Kalau nak bungkus pulak beratur panjang.



Inilah rupa murtabak singapore yang dijual di restoran tu, selain dilawan dengan kuah kari diberikan juga source cili yang dicampur dengan hirisan timun. Saya suka cicah murtabak ni dengan source yang rasa masam manis tu. Tak muak sangat.



Di atas tulah dinamakan roti canai goyang. Lawannya dengan kuah dal atau kari. Dulu-dulu memang roti canai beginilah rupanya. Sekarang roti canai petak.

Khamis, 1 November 2012

Zikir Semasa Bekerja


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan, tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Walaupun mudah tetapi ramai yang gagal melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian. Punca atau sebab selalu terlupa berzikir adalah kerana lalai dan kerana tidak dibiasakan amalan berzikir.

Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)

Demikianlah amalan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah diucapkan.



Sumber: Tazkirah