Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 31 Oktober 2012

Singgah Dan Lihatlah Yer

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Pagi ni tak dah berapa kali line internet putus. Tapi dek rindu nak berblog saya gagahkan juga. Singgah blog kawan-kawan mana yang terkejar, yang tak sempat singgah tu, InsyaAllah bila ada line, akak singgah nanti.

Lama akak tak cerita pasal orkid di rumah ni. Penyebabnya ialah kerana tuan punya diri tak berapa ambik kisah sangat dengan pasu-pasu orkid yang bergantungan kerana sebok buat semosa yang ditempah. Alhamdulillah nampaknya tempahan walaupun tak banyak adalah sentiasa. Jadi ini diutamakan dari pokok-pokok orkid kesayangan tu. Siram tetap juga siram.

Hari Ahad lepas, mata dah tak tahan tengok pokok-pokok yang bergantungan tu tak diberi makan, jadi pagi tu saya pun membajalah pokok-pokok tu. Masuk jer ke dalam taman senonek tu terpandang, rupanya ada orkid yang berbunga, nama entah dah lupa. Tapi tak aperlah kita nikmati jerlah kecantikan ciptaan Allah ni.





Alhamdulillah walaupun tak dijaga dan dibelai dengan baik, kehendak Allah menjadi juga. Bunga yang diatas tu saya tak ingat bila menanamnya.

Selasa, 30 Oktober 2012

Keinginan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Dah lama sangat rasanya saya tidak singgah di rumah maya saya ni. Apa lagi membuat N3 baru.

Di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha pada kawan-kawan semua walaupun hari raya aidiladha dah 4 hari berlalu.

Di hari yang mulia ni, saya percaya ramai kawan-kawan yang melakukan korban. Mesti merasa puas dengan apa yang telah dibuatkan. Tahun ni saya dan suami tidak melakukan korban walaupun khabarnya adik-adik ipar saya di Dungun berpakat membeli 2 ekor lembu untuk ibadat korban. Sayangnya kami diberi tahu di saat-saat terakhir saja, jadi tak dapatlah nak ikut bersama. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih dan dipanjangkan umur di tahun mendatang mudah-mudahan dapatlah hendaknya kami sama-sama melakukam korban.

N3 kali ni tak ada apa yg istimewa. Cuma saya nak berkongsi tentang satu makanan yang begitu nostalgia dalam hidup saya. Tiba-tiba rasa teringin untuk menjamahnya semula.



Sebenarnya setiap kali saya melihat jagung yang dah terrelai isinya seperti dalam gambar di atas saya akan terkenang makan biji jagung rebus bersama kelapa parut yang dah dicampur garam dan gula. Rasa teringin tu datang bila terkenangkan zaman kanak-kanak dahulu dimana mak saya selalu merebus biji jagung ni berjam-jam lamanya dan bila biji jagung tu dah empok ia akan digaul dengan kelapa untuk kami adik beradik makan sebagai sarapan pagi.

Mak saya rebus biji jagung beri kami makan sebagai sarapan pagi ni bukan kerana kami miskin dan tak ada makanan, tapi memang di Terengganu makan isi jagung yang di rebus empuk ni perkara biasa. Hanya orang-orang yang rajin macam mak saya saja akan memasaknya sebab kerjanya sangat remeh dan memakan masa yang panjang. Saya rasa sekarang ni di Pasar Payang Kuala Terengganu mungkin masih ada yang menjualnya.

Untuk melepaskan rasa teringin tu, saya gaulkan jagung dari tin dengan kelapa parut yang dah di gaul dengan garam dan gula


Inilah biji jagung dalam tin yang dah
saya gaul dengan kelapa, garam dan gula


Rasanya tidaklah sama dengan apa yang mak saya masak. Makan biji jagung rebus mak saya ketika itu akan membuatkan saya kenyang sehingga habis tempoh sekolah. Indahnya saat tu...

Mengimbau nostalgia begini akan membuat saya rindu pada arwah mak dan ayah. Al fatihah untuk mereka berdua, semoga Allah masukkan mereka dalam golongan orang-orang yang solihin dan sodhigin. Amin...

Sabtu, 20 Oktober 2012

Hari Yang Mengembirakan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.

Makin lama makin kurang saya singgah di sini. Apa lagi nak BW blog kawan-kawan. Maafkan saya. Semoga kawan-kawan masih sudi singgah di sini. Masa yang terhad menjadi waktu untuk ke sini makin jarang. Ditambah lagi dengan internet yang suka hati dia jer, kejap datang kejap pergi. Tapi seperti kata dalam lagu Tetty Kadir tu, benci tapi aku rindu. Jadi cuba jugalah walau pun kejap-kejap hilang dan terpaksa taip balik.

Kali ni saya nak catat tentang Majlis konvokesyen Nursakinah sebagai kenangan. Tal ada niat lain. Pada 18 Oktober baru-baru ni kami meraikan Majlis Konvokesyen Sakinah di PICC. Alhamdulillah segala-galanya berakhir dengan baik, Saya dan abahnya saja ke sana, adik-beradik yang lain tak ada kelapangan, kesian inah.


Dengan abah




Memandangkan giliran Sakinah disesi petang, jadi sementara tiba waktunya, kami duduk-duduk di 'indoor garden' PICC. Udaranya nyaman dan sejuk mata memandang dengan hutan buatan tu. Udara yang sejuk tu hasil dari air-cond yang dipasang.




Pemandangan kehijauan hutan di 'pndoor garden' PICC


PICC dari kejauhan


Beberapa gambar yang saya sempat rakamkan untuk kenangan suasana di dalam PICC semasa Majlis Konvokesyen Sakinah.






Gubahan2 bunga dan patung beruang yang cantik-cantik
dijual untuk dihadiahkan kepada para graduan


Saya yang sukakan bunga-bungaan ni memang teruja sangat melihat gubahan-gubahan hand banquet yang cantik-cantik ni. Rasa nak beli banyak-banyak untuk Sakinah tanda gembiranya saya pada hari ini.

Selasa, 9 Oktober 2012

Syahid Sebelum Berperang




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Sejak akhir-alhir ni saya jarang-jarang dapat masuk ke blog sendiri apa lagi nak BW ke blog kawan-kawan. Internet ni kejap ada, kejap hilang. Tak taulah masalah berlaku di rumah saya saja atau orang lain pun mengalaminya juga. Nak siap N3 ni pun berapa kali terpaksa berhenti dan start balik.

Hari ni bermulalah peperiksaan PMR. Semoga anak-anak kita yang menduduki peperiksaan berkenaan mendapat kejayaan yang cemerlang. Mak bapak mesti tak putus-putus berdoa semoga anak-anak diterangkan hati oleh Allah untuk menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

Bercerita tentang peperikssan, saya terkenang keadaan kelas bahasa arab yang sedang saya ikuti bersama rakan-rakan di salah sebuah masjid di Shah Alam. Kelas ni dah bermula 2 tahun lepas. Kiranya kalau pergi umrah dan lepaslah nak berkomunikasi dengan pak arab untuk beli barang dan bertanya arah. Sayangnya sejak akhir-akhir ni bilangan yang datang belajar makin berkurang dari minggu ke minggu.

Contohnya, hari Ahad lepas ketika masuk ke kelas, sedih rasa hati, yang datang belajar tak sampai 10 orang. Ketika baru-baru bermulanya kelas ni, ada kira-kira 40 orang pelajar yang datang. Sekarang ni agak menyedihkan. Ustaz yang mengajar adalah ustaz yang berpengalaman berkelayakan. Tapi yerlah nak buat macam manakan, kita orang dewasa ni susah sikit nak tetap hadir ke kelas. Macam-macam masalah yang timbul, masalah keluarga, anak-anak dan mungkin masalah diri sendiri. Semua ni menjadi penyebab untuk tidak dapat datang ke kelas. Jadi dah syahid sebelum berperanglah nampaknya.

Yang paling best tak ada orang nak marah atau nak berleter kalau tak ke kelas macam masa kita masih bersekolah dulu. Suka hati kitalah, kalau kita sedar betapa perlunya kita belajar, kita datanglah ke kelas dengan kerelaan hati, tanpa disuruh oleh sesiapa.

Saya pun tak kurang, cuma kuatkan semangat datang juga ke kelas walaupun 'buah palas' sentiada subur dihati. Baca buku jauh sekali. Beg belajar akan dicari semula bila hari Ahad tiba. Hari lain, tak dipedulikan langsung kat mana beg kelas bahasa arab.

Begitulah kita orang dewasa ni. Keinginan ada, tapi daya yang kurang.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Mencari Keberkatan Dalam Hidup Satu Tuntutan.




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga hari Jumaat yang mulia ini Allah kurniakan kita segala keberkatan dalam kita menjalani hidup seharian. Bercakap mengenai keberkatan dalam hidup, rasanya semua orang inginkan hidup yang berkat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Perkataan berkat (barakah) bermaksud perkembangan dan kebaikan. Secara umumnya kita oleh menyatakan maksud berkat (barakah) disini adalah memohon restu dari Allah s.w.t agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang. Berkat ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah s.w.t. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati resekinya, maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi berkat kepada seseorang itu, sebagaimana berkata Nabi Isa a.s., firman Allah swt : -

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ

"Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada" (Surah al-Maryam ayat 31)

Allah s.w.t adalah al-Mubaarik (pemberi restu/berkat) dan hamba-Nya adalah al-Mubaarak; seseorang yang diberkati sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas. Sifat memberi berkat ini hanyalah milik Allah s.w.t,

Berkat Allah adalah dimana sahaja Dia letakkan, firmannya :-

وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا

"Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya)" (Surah Qaaf ayat 9)

Allah s.w.t bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. tanda Allah s.w.t kasih kepada hamba-hamba-Nya adalah Allah s.w.t memberi pertolongan, rahmat dan keberkatan dalam kehidupan. Terdapat lima keberkataan kurniaan Allah s.w.t. diberikan-Nya kepada hamba -hamba yang dikasihi-Nya iaitu

1. Keberkatan pada umur.,
2. Keberkatan pada kehidupan berkeluarga.
3. Keberkatan pada rezeki.
4. Keberkatan pada berjemaah. dan
5. Keberkatan pada ilmu

Sahabat yang dimuliakan,

Setiap sesuatu kebaikan dan keredhaan Allah s.w.t akan ada tanda-tandanya yang diberikan oleh-Nya.Tanda-tanda keberkataan itu adalah seperti berikut :

Pertama : Keberkatan pada umur

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Berdasar kepada hadis tersebut apa yang dapat kita simpulkan bahawa amalan yang baik yang menjadi fokus kepada nilaian Allah s.w.t.. Sekiranya kita diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkan untuk kebaikan hidup di dunia dan bekalan akhirat ia adalah sia-sia. Tetapi sekiranya kita menggunakan peluang umur yang panjang itu untuk berbuat baik ia mendapat tempat terbaik disisi Allah. Inilah maksud umur yang diberkati Allah s.w.t. Sebaiknya pula jika seseorang memiliki umur panjang sedangkan kejahatannya melebihi kebaikannya ini bermakna tidak ada keberkatan pada umurnya dan bersiap sedialah untuk memasuki Neraka.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : “ Jika seseorang telah mencapai umur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih banyak dari kejahatannya maka syaitan akan mengusap usap wajahnya sambil berkata; 'demi ayahku wajah ini tidak akan beruntung '

Dalam riwayat lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Siapa yang sudah berumur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih baik dari keburukannya, maka hendaklah ia bersiap siap masuk Neraka”

Kedua : Keberkatan dalam hidup berkeluarga

Keluarga yang berbahagia adalah keluarga yang memiliki ketenangan dan kebahagiaan. Sentiasa rukun damai dan lahir kasih sayang di antara suami, isteri dan anak-anak. Saling nasihat menasihati, hormat menghormati dan percaya mempercayai. di antara satu sama lain.

Sikap rahmah (kasih sayang) kepada pasangan hidup dan anak-anak merupakan tulang belakang keharmonisan keluarga. Rasulullah s.a.w.memangil Aisyah dengan panggilan yang memanjakan, dengan gelar yang menyenangkan hati. Bahkan baginda membolehkan seseorang berdiplomasi kepada pasangan hidupnya dalam rangka membangun kasih sayang.

Suami atau isteri harus mampu menampilkan peribadi yang dapat menimbulkan rasa tenteram, senang kerinduan. Ingat, di atas rasa kasih sayanglah pasang dalam keluarga dapat melayari bahtera kehidupan dengan aman dan damai.

Tarbiyah (pendidikan) merupakan keperluan asasi setiap manusia. Para suami yang telah aktif dalam medan dakwah biasanya akan mudah mendapatkan hal ini. Namun, isteri juga memiliki kemampuan untuk meneruskan tarbiyah ini untuk anak-anaknya. Nafkah yang halal merupakan tanggung jawab suami untuk ahli keluarganya Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. meluluskan permintaan taklim (pengajaran) para wanita muslimah yang datang kepada baginda. Baginda memberikan kesempatan khusus bagi pembinaan wanita dan kaum ibu . Jika tidak berjalan tarbiyah dalam keluarga maka akan berlaku pergeseran, pertengkaran dan pergaduhan yang tidak berkesudahan hingga membawa kepada penceraian.

Keluarga yang diberkati Allah s.w.t. akan melahirkan ciri-ciri Baitul Muslim dalam keluarga tersebut dan keluarga yang tidak mendapat keberkataan melahirkan pergolakkan dan perselisihan samaada di antara suami isteri dan juga di antara ibu bapa kepada anak-anaknya. Oleh itu jadikanlah Islam sebagai panduan hidup berkeluarga barulah mendapat rahmat ,ketenangan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

Ketiga : Keberkatan pada rezeki

Rezeki yang berkat adalah rezeki yang diperolehi daripada sumber-sumber yang halal. Dan digunakan pula rezeki tersebut untuk kebaikan dan di jalan Allah s.w.t.

Apabila kita mensyukuri rezeki Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan memberkati hidup kita dan Dia akan memberi tambahan rezeki dijalan yang tidak disangka-sangka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap Mukmin hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya, “Tiada seorangpun yang berdo'a kepada Allah dengan suatu do'a, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan do'anya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Rezeki adalah ketentuan Allah s.w.t. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

Kita sering mendengar berita orang kaya rezekinya melimpah ruah tetapi hidup keluarganya porak peranda, anak-anaknya menjadi penjenayah dan penceraian berlaku di antara suami istari. Ini menunjukkan tidak ada keberkatan rezeki yang mereka perolehi ada sesuatu yang tidak kena maka berlakulah keadaan seperti ini.

Kita juga mendengar suatu keluarga yang pendapatannya kecil menanggung anak-anak yang ramai tetapi anak-anaknya menjadi insan yan berakhlak mulia dan berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan. Ini menunjukkan ada keberkatan rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Allah telah berfirman, “telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: mana satu hamba-Ku yang kamu temui menujukan harapannya kepada Aku semata, maka jaminkanlah rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperolehi lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.” (Hadis riwayat Abu Naim)

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaanpun, kerana kasih sayang Allah itu mendahului Kemurkaan-Nya. Dan pastikan sumber rezeki yang kita perolehi dari sumber yang halal dan tidak meninggalkan suruhan Allah s.w.t semasa mencari rezeki, rezeki yang diperolehi akan diberkati dan hidup kita akan sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t.

Keempat : Keberkatan hidup berjemaah

Hidup kita di dunia ini tidak boleh berseorangan kita perlu kepada berjemaah. Hidup berjemaah akan membawa keberkatan sedangkan hidup tanpa jemaah akan membawa kepada kehancuran.

Huzaifah r.a berkata : “Orang-orang Islam yang lain bertanya Rasulullah s.a.w tentang kebaikan dan saya bertanya Rasulullah tentang kejahatan, kerana saya bimbang (takut) saya terjatuh kedalam kejahatan, lalu saya berkata kepada Rasulullah s.a.w, :“Ya Rasulullah , kami sesungguhnya berada di dalam keadaan jahiliah dan kejahatan, tetapi Allah hantarkan kebaikan, apakah ada selepas kebaikan ini kejahatan?”

Rasulullah s.a.w menjawab : “Ya ada”

Kemudian saya bertanya lagi, “Apakah selepas kejahatan ini ada kebaikan?”

Rasulullah s.a.w menjawab “Ya ada, tetapi di dalamnya ada dakhan”

Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w “Apakah dakhan itu?”

Rasulullah s.a.w menjawab “Yang di maksudkan dakhan itu adalah suatu kaum yang mengambil suatu peraturan lain dari Sunnahku dan mengambil Petunjuk lain dari Petunjukku, kamu kenal mereka maka hendaklah kamu tolak mereka.”

Saya bertanya lagi : Adakah selepas itu (kebaikan), ada lagi kejahatan?”

Rasulullah s.a.w menjawab : “Ya ada, iaitu pendakwah (penyeru) yang berada di tepi jurang neraka, siapa yang menyahut seruan mereka akan di campakkan kedalam neraka”

Saya bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika saya sampai pada masa itu (iaitu masa penyeru-penyeru yang menyeru di tepi jurang neraka)?”

Rasulullah s.a.w menjawab : “ Hendaklah kamu duduk bersama-sama Jemaah Muslimin dan ikut imam mereka” (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Hidup kita akan mendapat keberkatan jika kita duduk di dalam jemaah. Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda hidup bersama jemaah Islam yang dibentuk oleh baginda. Di dalam jemaah inilah berlakunya proses tarbiyah imaniah berjalan hingga melahirkan satu generasi umat Islam yang paling baik dalam sejarah manusia. Hasil dari jemaah ini melahirkan Daulah Islamiyah yang mendaulatkan hukum-hukum Allah s.w.t.Berjemaah membawa berkat dan perpecahan membawa azab.

Kelima : Keberkatan pada ilmu

Ilmu yang bermanfaat secara mutlak di dunia dan akhirat adalah ilmu syar’i (ilmu Islam). ilmu yang pengamalnya yang diikhtiraf oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. , ilmu ini adalah seperti yang diungkapkan oleh Imam Asy-Syatiby di dalam kitab Al Muwafaqot, “Ilmu yang muktabar menurut syara’ adalah ilmu yang mendorong pemiliknya untuk beramal, yang tidak membiarkan pemiliknya mengikuti hawa nafsunya bagaimanapun ia, bahkan ia mengikat pengikutnya dengan ilmu tersebut, yang membawa pemiliknya mematuhi aturan-aturannya suka atau tidak suka”.

Mengenai ilmu pengetahuannya yang bermanfaat kepada orang lain. Dengan kata lain, segala ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan dapat menambahkan ketakwaan mereka kepada Allah s.w.t. Maka selama ilmu itu masih dipelajari, selama itulah orang yang mengajarkannya pada peringkat permulaan itu akan mendapat pahala yang berterusan yang akan dimasukkan ke dalam catitan amalan kebajikannya. Antara lain, seperti apabila seseorang yang mengarang kitab untuk rujukan orang lain, maka selagi kitabnya dapat memberikan manfaat kepada orang lain, maka Allah akan mengurniakan ganjaran dan pahala yang berterusan kepada pengarang kitab tersebut.

Ilmu yang berkat adalah ilmu yang difahami, dilaksanakan dan disampaikan pada orang lain. Ilmu yang berkat juga akan mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita muhasabah balik pada diri kita kenapakah sering kita mengalami kerisauan, jiwa sentiasa tidak tenang dan tekanan hidup yang semakin meningkat. Jika kita kaji pasti kita akan dapat jawapannya iaitu tidak wujud keberkatan dalam hidup kita. Iaitu tidak ada keberkatan pada umur, hidup berkeluarga, rezeki , berjemaah dan pada ilmu. Oleh itu perlulah kita kembali kepada Allah s.w.t dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya insya Allah rahmat dan keberkatan daripada Allah s..w.t akan kita perolehi.

Sumber  

Khamis, 4 Oktober 2012

Berputik Antara Sayang Dan Kesian



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.

Alhamdulillah setelah 2 hari internet terputus di rumah, hari ni dah okey nampaknya. Terima kasihlah pada kawan-kawan yang singgah bercerita tentang roti canai. Selalunya restoran atau kedai makan yang ada jual roti canai memang sentiasa penuh. Makanan 1 Malaysia katakan.

Kelmarin saya tergelak perhatikan gelagat kucing PATI yang dah berlagak macam penduduk tetap di rumah saya ni.

Kerjanya tidur jer, lapar mengiew .... minta diberikan makanan. Tengoklah relaknya dia tidur di atas bumbung kereta menantu saya. Elok jer dia jadi pemberat kepada kotak yang diletakkan untuk menjadi penutup sementara cermin tingkap kereta yang jem tu. He he kereta, kereta asyik mintak duit lagilah tu....


Cita-cita tu nak jadi model iklan untuk
minyak pelincir, tapi apa nak buat mengantuk sangat tertidur





Wah posing, perasan pulak tu bila orang snap gambar dia,
Eeeiks terus bangun nak lari ker nak bergaya ni



Ni pasal pulak, merajuk ker


Walaupun dia hanya PATI, bila dah lama tinggal serumah walaupun dia di luar rumah, sesekali jer curi-curi masuk dalam rumah, berputik juga rasa sayang campur kesian pulak pada dia. Beri makan tiap-tiap hari. Bila sakit bawak jumpa doktor... yerlah dia pun makhluk Allah juga.