Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 28 September 2012

Dua Baru Cukup



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Beberapa hari kebelakangan ni ada dua tiga blog kawan-kawan yang saya singgah menunjukkan gambar roti canai. Pagi ni ketika singgah di rumah Salsuria saya nam Sal pun hidang roti canai. Beberapa hari lepas di rumah Deru Ombak.

Hati tergerak nak makan roti canai, jadi pagi tadi suruh abahnya belikan roti canai.



Akhirnya bersarapanlah saya dengan roti canai. Bukan sekeping tapi 2. Baru puas. Teruknya.

Khamis, 27 September 2012

Sekadar Bercerita



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Hari ni agak lapang sedikit.

Pada hari Khamis minggu lepas walaupun tak berapa nak larat saya gagahkan juga hadir ke Pledge Professionalism Ceremony Sakinah dan rakan sekursusnya. Dengar sikit taklimat dari Pengerusi Persatuan Farmasi Malaysia dan juga dari Pegawai Lembaga Farmasi Malaysia, Kementerian Kesihatan. Semoga Allah berikan Sakinah kekuatan mental dan fizikal kerana pada masa ini hanya dia seorang pelajar melayu dalam kursus tu. Lain-lainnya terdiri dari india dan china.





Pada malam Sabtu lepas pula, saya menghadiri Majlis perkahwinan anak lelaki bekas bos saya. Beliau juga bekas seorang KSU di salah sebuah Kementerian. Ramai para jemputannya.


Inilah saja gambar yang dapat diambil.


Kebetulan di majlis berkenaan saya rupanya duduk semeja dengan seorang kawan lama. Kira-kira hampir 40 tahun kami tak bertemu selepas masing-masing mendapat pekerjaan. Menurut ceritanya, dia (lelaki) dah ada 2 orang cucu dan 5 orang anak yang semuanya dah berkahwin. Dia dan saya hampir-hampir tidak mengenali antara satu sama lain. Dah agak lama bercakap baru perasan. Maklumlah dulu masing-masing tampan dan cantik jelita. Sekarang masing-masing dah junjung uban.


Inilah pasangan suami isteri itu. Isterinya baru ni pertama kali saya kenal

Rabu, 26 September 2012

Canting Batik Di Lengan.......



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.   Sekarang ni saya jarang-jarang dapat masuk ke sini, apa lagi untuk BW ke blog kawan-kawan.   Mohon maaf yer.  Nanti ada masa lapang, InsyaAllah saya akan BW ke blog kawan-kawan.  Saya tak tahu apa yang menyibokkan saya.  Tapi memang saya tak ada masa langsung untuk mengadap pc ni.  Laptop saya kurang suka sebab kecik.  He he mengaku jerlah yang mata tu dah tak seterang dulu.

Hari Sabtu lepas diri saya teruji sedikit. Semoga ini adalah kifarah bagi saya. Semoga Allah ampunkan saya.

Ketika sedang leka mengoreng semosa di pagi Sabtu lepas, tiba-tiba salah satu semosa yang sedang saya angkat dari kuali terlucut balik dari sodep masuk ke kuali semola. Apa lagi tanpa sedar mulut tersebut "aduuhh, sakitnya". Dalam kesakitan tu, tangan yang sebelah lagi pantas meraba botol sos tiram yang kebetulan berdekatan. Sos tiram disapu ke tangan yang terpercik minyak panas tu, Allah maha pengampun ringan sikit penderitaan saya, tapi kepedihan masa terasa. Inilah hasilnya:


Beberapa hari lepas


Sekarang

Cantik corak yang tercipta ditangan yang penuh berisi ni. Selepas disapu pelbagai krim yang ada di rumah sesudah sos tiram dibersihkan dari tempat tu, Alhamdulillah kulit yang terkena minyak panas tu tak mengelembong dan tidak sakit atau pedih. Cuma ngeri bila pandang.

Ketika terkena minyak panas tu, saya terlupa pesan mak saya yang selalu mengingatkan saya supaya membaca doa ini dan semburkan air liur kita ditempat berkenaan. Doanya ialah:

Jika anda terkena api, atau air panas...cepat2 baca ayat 69 dari surah al-anbiyaa'.


Insyaallah akan selamat diri kita dari melecur dan sebagainya.

Khamis, 20 September 2012

Besarnya Kasih Sayang DIA



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.   Saya sungguh terharu mendengar petikan ceramah dari Dr. MAZA ni.

Terasa betapa Allah sentiasa sayang kepada kita, sentiasa mengampuni kita bila kita memohon kepadanya. Cuma sedihnya kita saja yang sering melupainya terutama bila kita dalam keadaan senang. Ini saya rujukkan terutamanya kepada diri saya sendiri.

Rabu, 19 September 2012

Dilema Pelajar IPTS



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Saya nak sambung sikit tentang N3 saya mengenai Cerita Kak Atie Dan Teh Nah semalam. Terima kasih atas ucapan selamat untuk Izati dan tahniah untuk Sakinah.

Antara ulasan-ulasan yang ditinggalkan saya amat tertarik dengan ulasan berikut:

Mak Wardah berkata... Salam Kak Ani, sekarang peluang berjaya di IPTA semakin sukar...Doa saya anak saya boleh belajar di IPTA sebab kualiti pendidikannya, kalau IPTS saya kurang yakin 18 September 2012 6:45 PTG

Catatan "Mak Wardah" ni sangat baik untuk kita timbangkan bersama. Sebagai seorang ibu saya juga mempunyai fikiran yang sama dengan "Mak Wardah". Apa lagi dengan pengalaman bekerja sebuah IPTA terulung di Lembah Klang selama 35 tahun sebelum memilih bersara atas pilihan sendiri pada tahun 2008, rasa kurang yakin memang sentiasa ada.

Tapi apakan daya saya dan abahnya bila Sakinah yang sedang belajar di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah menangis-nangis tak mahu meneruskan pelajarannya di situ dengan alasan dia ingin mengikuti kursus Farmasi. Dengan ujian bulanan dan keputusan semester 1 yang tidak berapa cemerlang, dia rasa jalan untuk dia mengikut kursus Farmasi adalah tersangat kabur.

Dengan berat hati saya terpaksa akur dengan kehendaknya, walaupun nasihat saya (sebagai seorang yang agak mahir dengan kemasukan di IPTA) tidak diterima oleh anak sendiri. Dia berkeras ingin masuk ke IPTS untuk mengikuti bidang Diploma Farmasi. Katanya dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang baik dengan Diplomanya supaya membolehkan dia sambung balik belajar di IPTA dalam bidang berkenaan.

Selepas 3 tahun belajar dia mendapat CGPA 3.9 dengan keputusan 4.0 dalam 4 semester. Sayangnya bila UPU mengeluar iklan kemasukan, semua IPTA kecuali USM menutup pintunya untuk pemegang Diploma menyambung ke peringkat negeri, termasuklan UiTM kerana dia hanya memberi peluang untuk produknya sahaja.

Dengan satu peluang yang ada, Sakinah duduk ujian USM. Sayang permohonanntya tidak berjaya. Maklumlah USM sebuah universiti Apex. Banyak pelajar-pelajar cemerlang yang memohon. Keputusannya, dengan linangan air mata Sakinah beritahu saya "nampaknya habislah harapan Inah nak belajar sehingga ke peringkat degree".

Sebagai ibubapa bayangkan perasaan kami. Sedangkan kakak, 2 abang nya dan seorang adiknya semua merupakan lepasan dan pelajar IPTA. Kerana impian nak jadi seorang ahli farmasi beliau tidak pandang lagi arah lain.

Kelayakan masuk untuk buat degree farmasi di IPTA dan IPTS mesti mendapat CGPA 3.8 keatas (kelayakan yang ditentukan oleh Persatuan Farmasi Malaysia). Di IPTS pelajar dikehendaki lulus MUET ban 4 sedangkan di IPTA MUET ban 3 sahaja. Yuran kita tak usah ceritalah. Semua mesti tahu berapa yuran IPTS terutama kursus perubatan, pergigian dan Farmasi. Demi anak kami korbankan segalanya.

Sakinah sebenarnya ditawarkan biasiswa dari IPTS yang dia belajar peringkat Diploma untuk sambut ke peringkat degree tapi bukan dalam bidang Farmasi, jadi dia tolak. Bidang Farmasi tak ada biasiswa di IPTS berkenaan. Mungkin kerana yurannya tinggi.

Dengan keputusan cemerlang pada peringkat diploma Farmasi IPTS, mereka boleh bekerja di hospital-hospital swasta dengan gaji pokok mencecah lebih kurang RM2.000.00 sebulan. Kalau masuk overtime boleh mencapai tahap RM3.000.00 sebulan. Peluang untuk bekerja di hospital kerajaan memang tertutup rapat kerana Kerajaan sendiri menghantar pelajar-pelajar tajaannya untuk mengikut kursus Diploma Farmasi di IPTS yang sama juga. Pelajar-pelajr ini diserapkan bekerja dengan Kerajaan secara automatik bila tamat belajar. Tapi mereka tidak boleh sambung belajar ke peringkat degree sehingga tamat kontrak yang sudah ditetapkan oleh Kerajaan.

Jadi kadang-kadang keadaan menentukan segala perjalanan hidup kita. Seperti abahnya selalu kata, tak semua orang bernasib baik boleh sampai ke sesuatu tempat yang dituju naik kapal terbang Ada juga yang terpaksa naik keretapi, matlamatnya jangan putus asa, janji kita sampai juga walaupun sukar dan lambat. Jangan hanya nampak satu jalan saja untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Saya minta maaf andai catatan saya ini mengguriskan hati sesiapa. Saya sekadar menyatakan sesuatu kebenaran. Kadang-kadang apa yang kita rancang, tidak terjadi sebagaimana sepatutnya. Saya bukan nak menegakkan benang basah sekadar mengenangkan bahawa nasib dan perjalanan hidup kita bukan sahaja ditentukan pada pilihan kita tetapi juga kepada takdir yang dah diatur oleh Allah Subhanahuwataala.

Selasa, 18 September 2012

Cerita Kak Atie & Teh Nah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Syawal dah meninggalkan kita. Zulkaedah pula datang bertemu kita. Jumaah haji kita pun dah mula membuat persiapan untuk menjadi tetamu Allah. Semoga mereka semua selamat pergi dan balik dan mendapat haji yang mabrur.

Begitulah hari terus beredar dengan cepatnya. Hari ini 18 September, genaplah usia Izati cucu sulung saya 9 tahun. Dah besar dia. Semoga Izati terus membesar dengan baik dan menjadi anak kebanggaan ibubapa kelak.



Hari ini juga merupakan hari baru untuk Sakinah. Pagi tadi abahnya dan saya menghantar Sakinah mendaftar sebagai pelajar baru di Segi University di Kota Damansara. Dengan berbekalkan Diploma dalam bidang Farmasi yang diperolehinya pada Januari lalu dia sambung belajar lagi untuk mendapat ijazah. Sempat juga dia bekerja selama 8 bulan selepas mendapat Diploma.



Walaupun gaji yang diterima agak menarik, dia ingin menyambung pelajarannya lagi. Dengan berbekalkan CGPA 3.9 dia memohon untuk sambung belajar di IPTA tapi tak berjaya, jadi mahu tak mahu kenalah mencari tapak di IPTS. Untuk menyambung pelajaran peringkat ijazah dalam bidang Farmasi, Persatuan Farmasi Malaysia telah menetapkan minimum CGPA ialah 3.8 (diploma). Sekarang ramai pelajar-pelajar yang pandai dan mendapat CGPA 4.0.

Saya doakan dia berjaya dalam cita-citanya.

Isnin, 17 September 2012

Happy Birthday Tokbah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Selamat hari Lahir Tokbah. Jumaat lalu pada 14 September 2012 genaplah usia Tokbah 59 tahun. Lagi setahun masuklah 60 tahun. Sayangnya baru sekarang Nekma dapat menulis tentang hari lahir Tokbah.

Nekma doakan Tokbah diberikan Allah kesihatan yang baik supaya kita dapat meneruskan hidup yang telah kita lalui bersama selama 35 tahun ini. Kita telah menempuh segala suka duka dalam membesarkan anak-anak kita sehingga mereka menjadi mereka hari ini. Terima kasih Tokbah kerana telah membahagia Nekma dan anak-anak tanpa mengeluh walau sedikit pun. Semoga Allah memberikan Tokbah ganjaran di akhirat kelak.



Dalam mengharungi hidup yang mencecah senja ini, Nekma perhatikan kesihatan Tokbah sering tidak stabil. Tiap kali Tokbah tak sihat Nekma rasa risau. Tapi Nekma kena menerimanya sebagai satu lumrah putaran hidup kita. Kita tidak sentiasa muda dan sihat. Semua itu telah meninggalkan kita sedikit demi sedikit tanpa kita perasan kehilangannya. Sama-samalah kita berusaha menjaga kesihatan kita.

Tokbah seorang datuk yang penyayang. Dalam keadaan tangan yang kadang-kadang tak berapa kuat akibat penyakit gout yang Tokbah hidapi, Tokbah tetap nak dukung kalau cucunya menangis walaupun kadang-kadang bila Tokbah dukung cucunya tetap menangis, Tokbah tak kisah, Tokbah tetap gelak ketawa juga melihat telatah cucu-cucu Tokbah.

Bila lama tak bertemu mereka, Tokbah akan sebok ajak Nekma jumpa mereka. Terutama cucu-cucu yang tinggal di Puncak Alam. Apa lagi bila mendengar mereka kurang sihat. Sekarang ni bila memandu Tokbah cepat mengantuk, jadi untuk sampai ketempat yang dituju terpaksalah Nekma sediakan gula-gula atau asam boi untuk menghilangkan ngantuk Tokbah.




Ini cucu-cucu Tokbah yang di Puncak Alam.


Di bawah ni pulak cucu-cucu yang sentiasa memeriahkan rumah Tokbah dan Nekma. Sentiasa mendengar gelak tawa dan rintih tangis mereka. Semua itu menjadikan Tokbah bahagia.





'Birthday' kali ini Tokbah ada bersungut, selain Sakinah dan Salam nampaknya anak-anak Tokbah yang lagi 2 orang tu  ter lupa hari birthday Tokbah. Ucapan selamat hari lahir pada Tokbah pun tak diucap. Dah lupa ker kamu semua birthday 'Abah'. Bukan hadiah yang Abah harapkan dari kamu semua anak-anaknya tapi ingatan dan kasih sayang.



Nekma ucapkan selamat hari lahir pada Tokbah. Nekma ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana Tokbah telah menjaga Nekma dengan baik sekali selama kita hidup bersama. Dari Nekma muda belia hinggalah dah mala sekarang ini.

Semoga kebahagian ini akan menjadi milik kita sehingga kita berpisah di dunia ini dan kita bersama lagi di sana nanti. InsyaAllah

Rabu, 5 September 2012

Membesar Bagai Johan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Diam tak diam hari ni dah 17 Syawal bermakna dah 17 hari kita menyambut raya.

Pada 16 Mac 2012, lahirlah cucu saya Muhammad Al Falah melalui pembedahan kerana keadaan bayi dalam kadungan ibunya bermasalah. Muhammad Al Falah lahir dengan berat hanya 1.7 kg. Saya pernah catatkan kisahnya Disini


Dulu


Sekarang Alhamdulillah Falah membesar dengan sihat. Demam dan batuk-batuk tu adalah juga. Ini gambar Falah setelah berusia hampir 6 bulan. Diambik ketika hari raya aidilfitri baru-baru ni.





Sepintas Lalu Pabila Singgah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Madah kata di bawah ini hanyalah untuk renungan bersama kerana ketika ini idea tak datang untuk coretkan bagi tatapan kawan-kawan semua



Sehingga jumpa lagi - illa ligard.