Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 31 Ogos 2012

Orkid Berkembang di Rumah Mak Alang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Selamat menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara kita yang ke 55 pada hari ini. Usia 55 tahun tu kalau manusia dan nak maghrib dah, tapi pada sebuah negara mungkin sedang matang kot.........

Kali ni nak cerita sikit-skit tentang bunga orkid. Bunga orkid yang saya tepekkan gambarnya di bawah ni adalah milik biras saya di Dungun Terengganu. Anak-anak saudara suami saya semua panggil di Mak Alang. Mak Alang ni banyak tanam pokok-pokok bunga di sekeliling rumahnya.

Dia mula minat menanam orkid bila melihat orkid-orkid di rumah saya yang sedang berbunga pada masa itu. Sekarang dirumah saya orkid banyak yang dah mogok. Biarkanlah mereka berehat.

Orkid pertama yang dia beli ialah Phalenopsis. Gambar di bawah. Masa tu pokok tu belum berbunga. Setahu saya pokok ni susah nak berbunga, tapi saya diam saja tak gamak nak beritahu dia takut dia patah semangat. Tapi jangkaan saya meleset, pokok tu berbunga tak berapa lama selepas itu, berbunga dan terus berbunga sehinggalah hari saya mengambil gambar ini. Kiranya sejuk juga tangan dia. Sekarang usia pokok ni dah nak masuk 2 tahun.



Lepas tu setiap kali saya balik ke Dungun saya perhatikan pokok-pokok orkidnya kian bertambah. Antara pokok-pokok orkid tu ada juga yang saya berikan pada dia. Semuanya subur dan berbunga. Sekarang saya pulak yang tanya dia baja apa yang dia letak. Jawabnya baja tahi kambing. Baja tahi kambing memang booster untuk orkid berbunga. Di bawah ni antara orkid-orkidnya yang saya snap gambar untuk kenangan.







Dendrobium dia juga cantik-cantik dan menarik. Di bawah ni ada saya snapkan 2 jenis dendro dia.









Sayangnya pasu-pasu orkid ni hanya digantung dipagar saja. Sementara buat rumah orkid kata Mak Alang. Nampaknya kali ini, inilah cerita saya. Nak tunjuk kuih-kuih raya pun semua 'kuih tunjuk', satu pun tak ada yang buat sendiri. Sehingga jumpa lagi.

Selasa, 28 Ogos 2012

Kembali Ke sini



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Nampaknya 10 Syawal baru boleh singgah di blog sendiri. Blog kawan-kawan adalah satu dua yang saya dah singgah menjengok. Semoga semua kawan-kawan serta keluarga sihat dan berbahagia di hari raya ni yer.

Saya baru tiba dari Dungun malam tadi. Saya balik ke Dungun pada hari raya ke 6 iaitu hari Jumaat lepas. Balik ke sana pun bukan kerana nak beraya sangat, lebih kepada nak meraikan perkahwinan anak kepada sepupu saya. Dia mengahwinkan anaknya 2 orang sekaligus, seorang lelaki dan seorang lagi anak perempuan.

Seronok jugak bila berkumpul ramai-ramai macam begitu, dapat bertemu dengan saudara mara dan sahabat handai yang dah bertahun-tahun tak bertemu. Nampaknya sekarang ni orang buat kenduri kawin dah tak tunggu cuti sekolah dah. Dalam bulan Syawal ni boleh dikatakan setiap Sabtu dan Ahad saya ada jemputan Jamuan Hari Raya dan kenduri kawin.

Tak tahu apa yang nak dituliskan lagi, nanti ada masa saya BW ke blog kawan-kawan semua yer. Hingga jumpa lagi... bye

Khamis, 16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya AidilFitri - Maaf Zahir Batin





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Memandangkan hanya sehari dua saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, saya dengan ini memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap semasa kita berblog.

Pada yang singgah sudilah mengambil kad hari raya yang tidak sepertinya dari saya ni yer.

KAD RAYA DARI KAWAN-KAWAN BLOGGER


Dari Kamsiah Yusoff



Dari Ainnoraini



Dari Ghaifanurin



Dari Hanis Azla



Dari Zue

Khamis, 9 Ogos 2012

Aduhai Kemboja Alahai Alamanda



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.

Saya ni memang penggemar bunga. Pada saya semua bunga cantiknya tersendiri. Alangkah bunga senduduk pun cantik. Antaranya bunga kemboja. Bunga kemboja selalu dikaitkan dengan perkuburan, sebabnya dulu-dulu bunga ni ditanam di kawasan perkuburan saja terutama kemboja putih.

Saya suka melihat bunga kemboja, tapi saya tak nak tanamnya di laman rumah saya. Sebab ada yang kata bunga kemboja ni tempat makhluk halus berbuai. He he saya bukan orang yang superstitious sangat tapi yerlah makhluk tukan ujud. Jadi saya tak naklah....Bunga kemboja ni selalu saya nampak bila ke perkuburan anak saya. Tapi cantik mana pun bunga kemboja di perkuburan tu saya tak berani nak snap gambarnya.

Di bawah ni ada beberapa keping gambar bunga kemboja yang saya snap sendiri satu ketika dulu dan ada yang terbaru.











Kemboja putih berbau harum sweet dan lembut, Saya pernah menghidunya sendiri. Nama Haniman yang tercatit dalam sesetengah gambar tu sebenarnya saya sendiri. Gambar-gambar ni saya ambik satu ketika dulu. Di bawah ni gambar bunga kemboja yang saya petik dari google







Alamanda juga menarik hati saya. Dulu saya panggil bunga alamanda ni bunga loceng saja. Di rumah, saya ada tanam alamanda siam. Itu orang nurseri yang kata namanya begitu. Warna kuning bercampur 'maroon'. Saiz bunganya lebih besar dari saiz alamanda kuning yang biasa kita tengok tu. Usia pokok alamanda siam ni dah bertahun-tahun. Tahan usianya.









Sekian dulu yer!!!.

Ahad, 5 Ogos 2012

Santan Dan Anak Dara Kita



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Cepat sungguh masa berlalu. Ramadhan dah tinggal setengah, syawal dah hampir menjengok kita. Di akhir-akhir Ramadhan ini semoga Allah sihatkan tubuh badan dan minda kita untuk cuba sedaya mungkin mendapat ganjaran yang dijanjikanNYA.

Semalam Salam berbuka puasa di Kompleks Sukan MSN di Seksyen 6 bersama kawan-kawan dan jurulatih group silat selangor. Makanan secara potluck. Salam bawa semosa daging dan ikan yang saya masak.

Ketika hampir waktu berbuka puasa terima panggilan telefon dari Salam beritahu kawan dia nak beli semosa ikan dan daging. Kawannya tu nak bawa balik semosa untuk emaknya di Teluk Intan. Maknya pernah rasa semosa ikan saya yang diberikan oleh Salam pada dia. Dia sanggup tunggu hingga tengahari ni baru dia balik ke Teluk Intan, janji saya buatkan dia semosa tu.

Hati terasa berat nak membuatnya disebabkan kesuntukan masa dan kebetulan santan pun tak ada untuk dibuat inti semosa ikan. Untuk semosa daging bahan-bahannya semua ada. Tapi mengenangkan hajat seorang anak yang nak memberikan ibunya makan, saya tak sampai hati nak tolak.

Terkenang saya kepada Arwah anak saya Iskandar. Iskandar ni perangainya kalau dia makan di satu-satu restoran yang makanannya sedap atau ada makanan/kuih muih yang sedap dan dia tahu saya suka. dia akan beli dan bawa balik untuk saya merasakannya. Dia sangat gembira bila lihat kami makan.

Satu peristiwa yang saya kenang hingga sekarang ialah berlaku dibulan Ramadhan terakhir dia, tahun 2006, dia telah mengajak kami berbuka di Restoran 'Big Plate' di Pinggiran Subang. Puas saya mengelak sebab saya kurang suka berbuka di luar. Kalau ada jemputan berbuka puasa di luar pun, hanya suami dan anak-anak saja yang pergi. Akhirnya kami satu keluarga berbuka di situ.

Nasib baik saya ikut, kalau tidak mungkin saya akan menyesal selamanya. Hingga sekarang setiap kali melintasi restoran tu, hati saya sayu!!!

Satu lagi peristiwa ialah sehari sebelum dia meninggalkan kami dia memesan kuih 'tat telur' dari kantin pejabatnya, tapi dia tak sempat memberinya kepada kami sebab malamnya dia kemalangan dan meninggalkan kami buat selamanya. Cerita tentang kuih 'tat telur' ni kawan sepejabatnya yang ceritakan. Paginya orang kantin tu tercari-cari dia di pejabat nak sampaikan pesanannya. Hampir terlepas kuih tu bila kawan-kawan Iskandar beritahu yang Iskandar dah tak ada.

Panjangnya mukadimah saya, sebenarnya saya nak ceritakan tentang santan yang nak saya masukkan dalam inti semosa ikan saya tu. Tiba di kedai jual santan, santan dah habis, maklumlah dah petang. Teringat nak ke kedai lain. Tapi tiba-tiba pembantu kedai tu kata "Mak Cik, biar saya parut kelapa, Mak Cik boleh dapat santan juga". Saya rasa terkedu, kenapa saya lupa, bukankah saya boleh memerahnya sendiri. Lamanya saya tak perah santan.





Saya mula membuat semosa tu kira-kira jam 11.00 malam iaitu selepas semua urusan saya selesai. Akhirnya jam 2 pagi siaplah segalanya dan saya simpan dalam freezer. Baru kejap ni Salam membawa semosa-semosa tu kepada kawannya.

Saya rasa ramailah anak-anak dara kita yang tak tahu perah santan sebab santan dah tersedia untuk diguna. Apa nak buat segalanya 'instant' sekarang ini. Satu lagi kemajuan teknologi masa kini.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Nostalgia Kad Ucapan Hari Raya



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Alhamdulillah hari ni dah masuk 14 Ramadhan. Nampaknya malam esok sholat tarawih kita kena baca qunudlah kan.

Bila dekat nak raya ni teringat zaman raya dulu-dulu. Dah lama tak hantar kad raya pada kawan-kawan dan saudara mara. Rindu pulak zaman muda-muda dulu, terutama zaman sekolah-sekolah dulu, sanggup simpan duit belanja semata-mata nak beli kad raya nak hantar pada kawan-kawan. Zaman sekolah menengah la paling banyak dapat kad raya. Bersusun-susun dapat kad raya.

Masih saya ingat selepas SPM dulu dalam tahun 70an, masa tu dah tinggal di KL dengan mak ayah, kawan-kawan ajak kerja sambilan di Pejabat Pos Besar kerana nak uruskan kad-kad hari raya yang membukit di Pejabat Pos. Tapi mak tak beri ikut kawan-kawan kerja.

Sekarang ni keadaan dah berubah, mungkin ada yang masih meneruskan amalan menghantar kad raya tapi dah tak ramai dan tak semeriah dulu. Saya pulak dah dua tahun beli kad raya dengan niat nak hantar pada kawan-kawan dan saudara mara, tapi malangnya hingga sekarang kad-kad tu masih dalam plastiknya lagi dan tersimpan kemas di dalam almari buku saya.





Semenjak IT semakin canggih manggih ini budaya menghantar kad raya sudah semakin pupus. Sekarang ucapan selamat hari raya sama ada Hari Raya Aidilfitri atau AidilAdha mencurah-curahlah masuk ke h/fon kita terutama pada malam raya. Sehinggakan malam raya jem line dibuatnya. Cara ni lebih murah dan cepat. Tapi tak adalah gambar-gambar yang cantik seperti dilakarkan di kad-kad raya.

Walau bagaimanapun saya akan rasa lebih seronok bila menerima kad ucapan selamat hari raya. Kad-kad ni boleh disimpan hingga bila-bila sebagai kenangan. Boleh buat kita tersengih-sengih bila membacanya kembali. Masa tu terbayanglah rupa si pengirimnya.

Jom kita hantar kad ucapan selamat hari raya, mungkin belum terlambat.

Khamis, 2 Ogos 2012

Marya Yusof - From Peru With Love di HMI TV3



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.

Pagi ni lebih kurang jam 8.00 atau lebih sikit, ketika sedang menonton rancangan HMI di TV3 tiba-tiba pengacaranya Nur Syuhadah dan Mzul mengumumkan yang mereka akan menyiar cerita tentang penduduk Malaysia di Peru. Ketika nama Marya Yusof dari Peru di sebut saya teringat seseorang. Rupanya betul apa yang saya bayangkan, Marya Yusof kawan blogger kita.



Seronok dapat dengar suara Marya, lembut dan peramah. Marya menceritakan tentang aktiviti rakyat Malaysia di Peru dalam bulan Ramadhan ini. Menurut Marya jumlah rakyat Malaysia di sana lebih kurang 30 orang.

2 orang Pengacara HMI tu juga ada menyebut tentang blog Marya "From Peru With Love". Semoga Marya terus menulis dan dapatlah kami kawan blogger di sini mengetahui cerita-cerita di sana dan melihat gambar-gambar yang diletakkan di blog beliau.

Kebetulan kata Marya hari ini hari lahir anaknya Iman yang ke 3. Selamat hari lahir Iman semoga sihat dan menjadikan anak yang dibanggkan ibubapa kelak.

Selamat menyambut puasa Marya sekeluarga. Semoga diberikan Allah kesihatan yang baik kepada Marya sekeluarga khasnya dan semua rakyat Malaysia di Peru Amnya.