Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 30 Julai 2012

Bubur Lambuk Dan Kek Birthday Erysya



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Dah lepas waktu zohor ni, mesti kawan-kawan yang menjadi suri-suri rumah atau yang belum suri lagi tu sedang sebok memasak ataupun sedang memikirkan apa makanan yang hendak di makan ketika berbuka nanti.

Semalam saya sekeluarga berbuka dengan bubur lambuk. Bubur lambuk style Terengganu. Bubur lambuk kami orang Terengganu berlainan dengan bubur lambuk orang di sebalah sini. Bubur Lambuk Terengganu dimasak bersama segala neka sayur-sayuran kampung. Pendek kata apa daun kayu yang boleh dimakan, akan dimasukkan dalam bubur lambuk ni.

Memandangkan saya tidak mempunyai cukup sayur-sayuran kampung jadi saya masukkan apa yang mampu saya dapatkan saja, antaranya daun keledek, daun kesum, daun kunyit dan daun kaduk yang kebetulan memang sengaja saya tanam sendiri untuk tujuan ini. Yang peliknya bubur lambuk ni selalunya kami akan masak dalam bulan puasa saja.

Nampaknya semua suka termasuklah kedua-dua menantu walaupun mereka bukan orang Terengganu. Kena Terengganukan perlahan-lahan termasuk makan budu.



Kebetulan semalam juga disambut hari lahir Eresya yang ke 6. Cucu saya yang kedua. Kakak kepada Muhammad Al Falah yang sekarang berusia 4 bulan. Erysya ni feveret colornya ialah pink hinggakan kek birthday pun warna pink.







Nekma doakan semoga hidup Erysya diberkati Allah selalu dan semoga tercapai cita-cita. Kata nak jadi doktorkan......

Sabtu, 28 Julai 2012

Senjata Itu Menghalang Daku



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Lamanya saya tak update blog. Hari ni lapang sikit sebab tak ikut bertadarus alquran di Masjid.

Kali ni saja nak berkongsi cerita. Ceritanya simple saja tapi berguna untuk dijadikan panduan dalam hidup seharian kita. Sesuatu yang kita kadang-kadang secara tanpa sedar terlupa akan dia.

Di suatu alam dan tempat yang entah dimana berbicaralah dua ekor syetan.

"Wahai rakan ku kenapa keadaan mu begitu menyedihkan" Tanya syetan gemok kepada syetan kurus.

Kesian dia melihat rakannya itu, tubuhnya kurus melidi, tidak berpakaian dan wajahnya pula sentiasa murung kesedihan. Keadaan itu jauh berbeza dengan syetan gemok yang sihat, berperut buncit dan lengkap berpakaian serba cantik. Wajah syetan gemok itu sentiasa riang, mulutnya asyik tertawa gembira.

"Kau lihatlah aku sentiasa 'kenyang' hasil dari godaan ku terhadap manusia pada waktu mereka makan dan minum, aku juga turut serta. Apabila mereka memakai baju pun aku ikut memakainya juga. Apa jua yang dilakukan manusia itu aku turut serta, Hasilnya hidup aku turut "mewah" kerana pemberian para manusia itu. Kata syetan gemok itu lagi.

"Jikalau begitu nasib mu amat beruntung wahai teman ku, sedangkan aku tidak dapat menumpang 'kenyang' daripada manusia yang aku goda". Jawab syetan kurus sedih.

"Mengapa begitu rakan ku? Apakah yang menyebabkan engkau terhalang menikmati kesenangan seperti aku?", tanya rakan itu lagi.

"Wahai teman ku, manusia yang aku goda itu mempunyai senjata. Setiap kali mereka hendak makan, mereka akan keluarkan senjata itu. Begitu juga apabila mereka hendak minum, hendak menyarung pakaian, hendak memegang makanan bahkan dalam segala apa yang mereka lakukan pun mereka tidak lupa pada senjata itu".

"Senjata itu menyebabkan langkah ku terhalang. Menyekat aku daripada turut sama makan, minum bersama-sama mereka. Aku tidak dapat menyertai apa saja aktiviti yang mereka lakukan sebab itu tubuh ku kurus begini. Tidak berpakaian dan aku sentiasa kelaparan dan kehausan". Jawab syetan kurus.

Lantas syetan gemok bertanya "siapakah golongan manusia itu?, apakah 'senjata' mereka yang menghalang mu wahai rakan ku?"

"Mereka adalah golongan orang mukmin dan mulut mereka tidak lekang daripada zikir dan Bismillah dalam setiap perkara yang hendak mereka lakukan. Mereka tidak pernah lupa dengan kalimah بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ.

"Nama Allah tidak pernah lekang daripada mulut mereka sebelum melakukan sesuatu perkara, Itulah 'senjata' mereka menghalang aku daripada turut serta untuk menjamah rezki mereka dan gagal mendapat pakaian mereka". Jawab syetan kurus.

Sambil mengangguk kepala syetan gemok berkata "Jikalau begitu, aku memang beruntung malah aku berterima kasih kepada manusia yang aku goda".

"Mereka tidak pernah menuturkan kalimah yang menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan mereka kerana itulah setiap kali mereka makan, minum dan berpakaian aku boleh ikut serta dengan mereka, sebab itu akan sentiasa kenyang dan berpakaian cantik begini".

Sabda Rasulullah "Bagi setiap perkara atau perbuatan yang tidak dimulakan dengan Bismillah maka terputuslah daripada rahmat Allah. Subhanallahuwataala.

Khamis, 19 Julai 2012

Alhamdulillah - Rezeki



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga hari ini juga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Sambungan kepada cerita saya membuat sedikit kuih muih untuk dijual dulu, nak ceritalah sedikit perkembangannya. Alhamdulillah, nampak semuanya berjalan lancar, malah sejak akhir-akhir ini adalah juga menerima tempahan nasi dagang dan kuih muih.

Minggu lepas ada tempahan nasi dagang untuk kenduri seramai 100 orang. Komen pelanggan, puashati dengan nasi dagang dan lauknya. Nasi dagang ni lawannya gulai ikan tongkol dan acar mentah (lobak merah dan timun). Masjid berhampiran rumah saya juga dah 3 kali menempah puding jagung daripada saya.

Kali ini saya nak ceritakan tentang semosa ikan saya. Semosa ikan ni pun nampaknya mendapat sambutan. Ada yang nak sejuk beku kerana nak goreng sendiri di rumah dan ada juga dijual setelah digoreng.

Semosa daging disebelah kanan dan semosa ikan disebelah kiri




Ada juga kawan-kawan yang meminta saya menjualnya secara sejuk beku untuk membolehkan mereka menggoreng sendiri ketika berbuka puasa (puasa sunat bulan Syaaban).



Semosa Sejukbeku


Alhamdulillah saya cuba juga menunaikan hasrat kawan-kawan saya tu dan terhasillah seperti di atas. Saya jual semosa ni sama ada daging atau ikan sepeket rm4.00 ada 10 biji semosa di dalamnya.

Pada kawan-kawan yang tinggal di persekitaran Shah Alam kalau nak cuba semosa sejukbeku saya ni bolehlah berhubung dengan saya. Cara penghantaran kita boleh bincang. Yang jauh dari Shah Alam tu, tak mampulah saya. He he bisness pulak pagi-pagi ni.

Rabu, 18 Julai 2012

Ramadhan Al-Mubarak - Saya Mohon Ampun Dan Maaf




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga semuanya diberikan Allah kesihatan yang baik disepanjang bulan Syaaban dan seterusnya di bulan Ramadhan yang akan datang berjumpa kita sehari dua lagi.

Lama sungguh saya tidak menjengok blog ni dan tidak membuat BW ke blog kawan-kawan. Maafkan saya.  Keadaan dan masa yang terhad menjadikan saya tidak dapat langsung nak mengadap pc ni. Tapi hari ini saya usahakan juga kerana untuk memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan semua sebelum kita sama-sama memulakan puasa di bulan Ramadhan.

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda. ”Ertinya : Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Semoga semua ibadah kita pada bulan Ramadhan, baik yang wajib mahupun yang sunat, diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Jumaat, 6 Julai 2012

Jangan Lupa Bawa Balik Emas Yer




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات dan salam hari Jumaat kepada semua kawan-kawan blogger. Hari ni nampaknya kita dah berada di hari ke 16 dalam bulan Syaaban yang penuh keberkatan ini.

Lebih kurang jam 7.30 pagi saya dan suami bergerak ke Kompleks Majlis Sukan Negara di Seksyen 6 Shah Alam untuk menemui Salam. Salam akan ke Pahang hari ni untuk acara sukan SUKMA. Dia mewakil Selangor dalam team pencak silat. Saja berjumpa untuk memberi semangat pada dia dan pasukannya.

Tiba di sana mereka sedang bersedia untuk bergerak ke Pusat Akuatik Darul Ehsan. Mereka akan bergerak ke Pahang dari situ. Jadi dah kebetulan ada disitu dapatlah juga tolong membawa sebahagian dari mereka ke Pusat Akuatik Darul Ehsan. Mereka terdiri dari pesilat-pesilat lelaki dan perempuan.

Yang perempuannya, ala hai!!, comel-comel belaka dan semuanya satu saiz jer badan.











Selamat jalan Salam semoga berjaya dengan apa yang diimpikan


Dari Pusat Akuatik DE tu kami terus balik kerumah. Semoga mereka semua khasnya dan team Selangor amnya beroleh kemenangan dalam Sukan SUKMA itu nanti.

Selasa, 3 Julai 2012

Sila - Jemput-Jemput Jer



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan blogger.

Dari semalam lagi Sakinah berpesan supaya hari ni saya masakkan jemput-jemput ikan sebagai sarapan sebelum dia ke tempat kerja. Jadi pagi tadi berjemput-jemputlah saya sebagai sarapan.






Bagi kami orang Terengganu jemput-jemput ikan ni biasalah. Maklumlah orang Terengganu memang gemar makanan berasaskan ikan, contoh paling ketara keropok lekor, sata, otak-otak, ikan goreng tepung dan macam-macamlah lagi sehingga karipap pun kami berintikan ikan. Karipap berintikan ikan ni dinamakan semosa.

Jemput-jemput saya ni saya masukkan bawang besar yang dihiris nipis, isi ikan yang dah direbus serta ubi kentang yang dipotong dadu halus-halus. Kebetulan semalam saya masak kari kepala ikan tenggiri, jadi saya makan jemput-jemput bercicahkan karilah.

Walaupun dah puluhan tahun tinggal di SA ni, namun jemput-jemput ikan masih feveret.



Sata




Otak-otak


Ikan Goreng Celup Tepong


Isnin, 2 Julai 2012

Letih




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan blogger.

Hari ni saya rasa letih dan penat seperti daun kering dalam gambar di atas. Seri cantik daun tu dah hilang, gamaknya gitulah juga diri saya hari ini. Semenjak pagi tadi badan merasai keletihan dan mengantuk yang amat sangat.

Hasilnya, hari ni saya tak buat kuih untuk dijual. He he. Namun begitu dalam mengantuk-ngantuk tu saya sempat juga ke pasar untuk membeli keperluan harian. Alhamdulillah letih-letih pun, lauk untuk makan tengahari dah masak.

Saya tahu punca keletihan ini. Ini adalah kerana semalam seharian saya kesana kemari meraikan adik ipar yang datang dari Dungun. Ingat tak pada awal bulan Jun dulu saya ada ceritakan tentang adik ipar saya yang datang mendaftarkan anaknya di UiTM Puncak Alam.

Kesian saya fikirkan adik ipar saya dan isterinya ni. Memandangkan mereka hanya mempunyai seorang anak sahaja, iaitu anak perempuan, tak pernah berjauhan jadi sekarang bila berjauhan, mereka saling rindu-rinduan. Sekarang semenjak si anak belajar di UiTM Puncak Alam.

Jadi, nampaknya dalam tempoh sebulan, ini dah kali kedua mereka le sini. Kebetulam bila search internet untuk mencari tempat tinggal di Puncak Alam, bertemulah dengan sebuah rumah yang dijadikan 'homestay' berdekatan dengan UiTM Puncak Alam.

Jadi saya pun berulang-alik jugalah kesana semalam, Mungkin keletihan inilah hasil dari berkereta sana sini semalam.

Ahad, 1 Julai 2012

Rezeki, Alhamdulillah




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan blogger.

Alhamdulillah semenjak buat kuih muih sikit-sikit untuk dijual ni saya ada dapat beberapa tempahan dari kawan-kawan. Minggu lepas ada yang tempah nasi dagang untuk dijamu pada kawan-kawan mereka.

Dan pagi ni ada tempahan dari Masjid Taman Perumahan saya untuk saya sediakan puding jagung untuk dimakan oleh 150 orang Jemaah masjid berkenaan.