Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 27 Jun 2012

Rabu Yang Kelu 16 - Cattleya Dan Apam Dewa



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات









Sabtu, 23 Jun 2012

Apa Ada Di HatiNya,





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Sekarang kita dah berada dalam bulan Sha'aban. Nampaknya bulan Ramadhan dah makin hampir.

Maaflah lamanya saya tak masuk ke blog saya ni dan jalan-jalan ke blog kawan-kawan.  Saya cuma sempat singgah mana yang sempat saja.  Maaflah pada kawan-kawan yang tak sempat saya singgah.  Sejak ada kerja baru ni, saya langsung tak ada masa nak mengadap pc. Bila kuih-kuih dah dihantar ke tempat jualan, saya rasa mengantuk. Jadi masa terluang saya ambik kesempatan untuk berehat. Saya belum pandai nak adjustkan masa.

Kali ni saya nak cerita satu peristiwa yang saya alami ketika membelibelah di Maidin Seksyen 18, Shah Alam. Saya rasa saya perlu berkongsi kisah yang berlaku dengan kawan-kawan supaya kawan-kawan berhati-hati bila membeli belah tak kiralah di mana pun pasaraya.

Kisah ini berlaku kira-kira 3 hari lepas.  Ketika saya sedang menghulurkan resit belian saya kepada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk Maidin tu untuk dicopkan, tiba-tiba saya telah datangi oleh seorang lelaki dalam usia 40an dengan cara tergesa-gesa dan terus meminta kad dari saya, "mintak kad, mintak kad sambil menghulurkan tanganhya meminta kad daripada saya",.  Saya pelik, mulanya saya fikir dia orang Maidin, tapi saya tanya juga "kad apa", dia jawab "kad Maidin, awak ada kad Maidinkan, saya beli barang banyak tu, minta kad".

Pengawal keselamatan tu pun terperanjat bila dengar dia cakap macam tu.  Nasib baik saya sempat berfikir, memanglah kalau saya beri kad saya pada dia, secara dasarnya saya akan dapat 'point' dari beliannya,  maksudnya dia berniat nak berikan point beliannya kepada saya.  Tapi saya ni bukan jenis 'heran' sangat dengan 'point' tu, jadi saya terus jawab "saya tak nak.saya nak cepat", terus saya berlalu dari situ menuju ke kereta yang mana suami sedang menunggu.

Mentang-mentang dia nampak saya sorang diri terhegeh-hegeh bawa barang, dia ingat saya kelabu mata bila dibuat begitu.

Balik ke rumah saya berbincang dengan anak-anak dan suami peristiwa yang berlaku. Kata menantu saya yang pernah bekerja di Jusco, katanya orang yang macam ni selalunya akan minta kad keahlian kita dan kemungkinan dia akan menggunakan kad kredit palsu atau kad kredit curi untuk membayar selepas pihak casher scan kad keahlian kita.   Jadi bila timbul masaalah dan  disiasat nama kita akan naik kerana kad keahlian kita yang digunakan.

Itu andaian kami, atau mungkin ada rancangan lain yang dirancang.  Kalau orang tu orang yang baik, dengan pakaian yang segak dan bergaya dia tidak akan merendahkan maruahnya meminta kad keahlian orang lain sekadar nak beri point beliannya pada seseorang yang tidak dikenali.  Cara dia meminta kad tu  begitu mengejut dan tidak memberi kita ruang untuk berfikir.  Dia juga ingin menyakinkan pengawal keselamatan tu supaya berfikir dia datang bersama kita.  Maksudnya ada pertalian.  Tak semua orang ingin sangat pada 'point' yang akan diperolehi.

Jadi pada kawan-kawan berhati-hatilah yer kalau terserempak orang seperti yang nak pinjam kad saya tu.


Semoga Allah jauhkan kita daripada ditipu oleh insan yang berhati jahat begitni"

Sabtu, 16 Jun 2012

Dari Beranda Rumah Saya





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah.

Semalam ketika memandu saya berkali-kali mengosok cermin mata saya. Saya perhatikan cermin mata saya okey jer. Tapi kenapa pemandangan tak jelas dan berhabuk. Oh mungkin cermin kereta ni yang kotor agaknya.

Petangnya bila dengar berita di tv baru tahu betapa teruknya keadaan jerebu di Shah Alam di samping beberapa tempat lain seperti Kuala Selangor. Khabarnya jerebu dari negara seberang terbang ke sini. Jerebu seberang setiap tahun nampaknya datang melancong ke Malaysia.

Pagi tadi ketika menyiram pokok-pokok saya diberanda rumah ketika jam 9.00 pagi saya perhatikan keadaan sekeliling redup sekali dan berasap seolah-olah waktu dah nak maghrib. Lihatlah beberapa gambar yang sempat saya snap pagi ni.









Tadi ketika saya ke pasar Seksyen 16 untuk membeli keperluan, saya sempat snapkan gambar-gambar berikut untuk tatapan kawan-kawan.











Dari segi definisi teknikal, jerebu (haze) di takrifkan sebagai debu, garam atau zarah asap yang terampai dalam titisan air menyebabkan keadaan atmosfera yang sama atau jarak pandangan yang pendek. Jerebu boleh berlaku sepanjang tahun mengikut tahap keadaan semasa, ianya menjadi teruk pada masa tertentu apabila habuk terlalu banyak berkumpul di udara dalam keadaan atmosfera yang stabil.

Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain.

Khamis, 14 Jun 2012

Harap Doakan Saya ......



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Sekarang ni saya dah ada aktiviti baru. Ia memenatkan tapi tak aperlah saya cuba teruskan tengok bagaimana kesudahannya. Larat ker saya.

Kisahnya, setiap kali saya melintasi kawasan masjid di taman perumahan saya, saya sering terpandang satu notis kecil yang memerlukan pembekal kuih muih, anika jenis mee dan apa saja yang dirasakan boleh dijual di kawasan Masjid berkenaan. Saya juga selalu membeli kuih-muih dan nasi lemak bungkus di sini. Kalau lambat datang membeli, contohnya jam 7.30 pagi baru kesitu, jangan haraplah ada kuih lagi, semuanya habis.

Dah lama tergerak hati ingin mencuba letakkan kuih muih saya disitu.  Lagi pun semenjak bersara ni saya tak ada apa perkara pasti yang saya buat.  Saya tanya pada Pak Haji penjual kuih tu, bolehkah saya hantar nasi dagang dan kuih-kuih saya di situ. Pak Haji tu setuju. Nasib baik suami saya setuju dengan apa yang saya nak buat, malah dia tolong menghantarkan kuih muih tu pada Pak Haji berkenaan setiap pagi sebelum subuh on the way ke masjid,.

Jadi mulai hari Isnin lepas saya mula meletakkan nasi dagang bungkus dan kuih-kuih yang saya buat digerai berkenaan.

Nasi dagang ni saya bungkus


Semosa Ikan


Semosa ikan ni adalah karipap ala Terengganu dipanggil semosa. Tapi saya ubahsuai menggunakan kulit popia, tak larat nak uli tepung buat kulit karipap.

Puding Jagung


Cucur Badak, tapi tak letak udang di atasnya


Saya letakkan nasi dagang dan sedikit saja kuih muih di situ kata orang untuk test market. Hari pertama semua habis. Hari kedua juga macam tu. Hari ketiga ada sikit-sikit yang tak terjual dan hari ini pun ada sikit-sikit yang tak terjual, biasalahkan, 'berniaga' takkan selalu jualan habis.

Perkembangan positif, hari Ahad ni, pihak masjid minta saya buatkan 150 keping puding jagung. Mudah-mudahan ini satu permulaan.

Anak-anak tak menegah saya membuat kuih muih jualan ni malah menyokong, tapi mereka bertanya, 'untung' ker saya. Dan mereka bimbang saya tak larat.

Tak aper saya mencuba sesuatu yang baru dalam hidup saya. Mana tahu ada orang sudi order nasi dagang dari saya untuk jamuan raya besok, rezeki kita tak tau kan.

Doakan saya berjaya dengan apa yang saya lakukan ini.

Rabu, 13 Jun 2012

Terjaga Tengah Malam.....Apa Harus Kita Buat




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Tadi ketika singgah di Facebook saya, saya dapati ada sesuatu yang sangat baik kita amalkan, apa lagi orang yang memaklumkannya adalah seorang Tok Guru. Saya turunkan di sini untuk renungan dan seterusnya kalau suka kita mengamalkannya.







Selasa, 12 Jun 2012

Terapi Mata, Tayang Jap




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Hari ni tak tahu apa yang nak dikongsi. Jadi apa kata kalau kita tengok gambar bunga-bunga yang ada di taman kenit saya sebagai terapi mata,

Gambar lama dari photobucket saya, nak fokus bunganya


Bunga Melur Lapis


Bunga Melur lapis ni saya ada tanam 3 pasu. Saya perhatikan kalau hujan selalu dia akan galak berbunga. Jadi rasanya kalau nak suruh dia berbunga selalu kena siram kerap. Kalau ada bunga kembang kita akan tau sebab harumnya menyapa kita bila buka pintu di waktu pagi.



Pokok Halia Baru


Pokok Halia baru ni saya tanam di tepi pakar taman kenit saya tu. Pokok halia baru ni jenis merebak, tanam sepokok saja, lama-lama dia berkembang.

Gambar dari belas ehsan google






Ros dari pokok sendiri dirumah. Ros kampung saja yang berbunga sepanjang masa.



Bunga Pecah Periok


Pokok bunga pecah periok ni saya tanam ditepi pagi di luar rumah. Terutama di bahagian dapor supaya tidaklah dapor saya nampak jelas dari luar.

Sekian untuk kali ini.

Sabtu, 9 Jun 2012

Bertemu Dan Bercerita





Ini orkid terbaru berbunga di rumah saya



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Dah sarapan ker. Saya hari ni bersarapan nasi lemak. Ini tak boleh diamalkan selalu. Ketika ke PPUM baru-baru ni, bila timbang, amboi dah naik hampir 2 kilo berbanding 6 bulan dulu. Makin kembanglah saya ni.

Pada hari Khamis lepas, ketika menunggu untuk berjumpa doktor di PPUM saya telah terserempak dengan seseorang yang dah lama saya kenal. Ini kali kedua saya bertemu dengannya di situ. Kami bersalam dan duduk dikerusi sebelah menyebelah sambil bertanya khabar masing-masing.

Memandangkan betapa lamanya kami menunggu giliran untuk bertemu doktor, banyak cerita-cerita terkini yang dibicarakan, terutama aktiviti orang pencen. Biasalah mulanya bercerita hal anak-anak dan cucu. Lama-lama berlarutan kepada cerita lain.

Rupaya hobi selepas pencen dia lebih kurang sama dengan hobi dan aktiviti saya. Bertanam orkid dan lain-lain pokok sebagai salah satu eksesais badan dan minda. Selain tu masuk kelas alquran untuk menambahbaik ilmu alquran dan lain-lain kelas yang dirasakan perlu bagi orang bersara seperti kami.

Kebetulan pada hari Khamis lepas memang hari yang lama berada di PPUM berbanding sebelumnya. Semenjak jam 8.30 pagi hingga hampir jam 3 petang baru saya selesai mendapatkan ubat. Memandangkan ada beberapa ubat yang saya perlu beli sendiri, saya membelinya di farmcare, PPUM. Di sini harga ubatnya lebih murah hampir separuh harga berbanding jika dibeli difarmasi luar.

Malangnya bila saya menekan nombor giliran, saya dapati saya terpaksa menunggu sehingga hampir 100 orang lagi baru tiba giliran saya. Akhirnya saya mengambil keputusan pulang dulu dan hari besoknya yakni semalam (Jumaat) datang membeli ubat tu.

Semalam ketika nak bergerak ke PPUM untuk beli ubat, saya terpandang beberapa pokok orkid saya yang dah ada keiki serta dah boleh dipotong untuk disemai. Akhirnya saya potong 2 batang orkid anosmum, sebatang mimi palma, serumpun orkid cattleya dan 2 batang keiki gutton sunray untuk diberikan pada kawan saya tu sebagai tanda ingatan.

Jadinya semalam selepas beli ubat di Farmcara PPUM, saya kerumahnya di PJ New Town, Petaling Jay. Saya dah kerap ke sini satu ketika dulu. Wah di persekitan rumahnya yang luas tu, saya nampak ros-rosnya cantik dan sihat berkembang. Orkidnya pun banyak berbunga berbanding dengan orkid saya.

Saya tanya dia macamana jaga, dia kata dia habiskan masa 2 jam setiap hari untuk menyiram dan membelai pokok-pokok bunga dan pokok-pokok orkidnya yang ada lebih kurang 30 pasu.

Saya terfikir sendiri, saya tidak boleh habiskan masa 2 jam dalam hidup saya setiap hari untuk gardening, kenapa yer. Sibok sangat ke saya. Tak pandaikan saya mengatur masa. Dia ada penyakit lebih kurang macam saya juga. Tapi dia bersemangat. Sedangkan saya..........Kena muhasabah diri nampaknya ni.

Kesimpulannya, seluruh yang berlaku dalam kehidupan kita merupakan ujian dari Allah s.w.t., samada dalam bentuk kesenangan atau dalam bentuk musibah. Apa yang penting, seseorang hamba yang memahami rahsia di sebalik ujian tersebut, maka dia perlulah sentiasa beradab dengan Allah s.w.t., samada di waktu susah atau senang, dengan kesabaran dan kesyukuran, kerana ianya merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjat seseorang hamba di sisi Allah s.w.t..

Jumaat, 8 Jun 2012

Datang Bertamu



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Apa khabar kawan-kawan semua di hari Jumaat di bulan yang mulia ini. Semoga semua bahagia sentiasa.

Sehari dua ni merupakan hari-hari yang agak sibuk bagi saya. Semenjak hari Jumaat lepas adik ipar saya dari kampung datang untuk mendaftar anaknya bagi kursus asasi di UiTM Puncak Alam. Jadi dah kebetulan di sini, kami pun sama-sama menziarah adik beradik suami yang lain.

Semalam pula dari sebelah pagi hingga jam hampir 3.00 petang saya berada di PPUM untuk berjumpa doktor bagi rawatan penyakit tetap saya ni. Tak tau apa sebabnya semalam ramai betul orang yang berurusan di PPUM tu.

Setiba di rumah kira-kira jam 3 petang lebih kurang, kami bergerak menuju ke UiTM Puncak Alam untuk menjemput anak saudara suami yang baru selesai menjalani minggu 'suaikenal' untuk balik ke Dungun sehingga Ahad ni.

Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki di Kampus UiTM Puncak Alam. Boleh tahan besar dan cantik kampusnya. Inilah satu dua gambar yang sempat saya rakamkan dengan h/set saya.







Salah satu Asrama pelajar


Sebaik keluar dari kampus ni kami terus menuju ke arah Batu Cave melalui Lebuhraya Duke dan terus ke Tol Gombak. Hingga disini kami mengucapkan selamat jalan pada adik ipar sekeluarga dengan doa selamat tiba di Dungun. Semoga jumpa lagi.

Ahad, 3 Jun 2012

Pesan Nenek



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Laju sungguh waktu berlalu, sekarang dah 13 Rejab. Dah dekat nak purnama. Semoga kita diberikan Allah kesihatan yang baik supaya dapat menambahkan ibadat di bulan Rejab yang mulia ini.

Dibulan yang berkat ni mari kita sama-sama bercerita sikit mengenai zikir. Zikir ni elok sangat diamalkan sama ada zikir panjang atau pendek, terpulanglah kepada masa dan kemampuan kita. Seperti kata ulamak iman kita ni ada masa ia naik dan ada masa ia turun. Jadi semoga dengan sentiasa berzikir ni mudah-mudahan hati kita akan sentiasa mengingati Allah.

Seperti kita tahu amalan berzikir memang dituntut sebagaimana firman Allah s.w.t. mafhumnya: "Maka ingatlah kepada Ku supaya Aku pula ingat kepada mu (surat Al-Baqarah ayat 152). Alangkah beruntungnya mereka yang boleh membaca zikir dalam bahasa arab apa lagi jika mereka mempunyai ingatan yang kuat sehingga boleh menghafal zikir-zikir tu.

Beruntungnya kita seandainya selepas sholat maghrib atau subuh atau selepas semua sholat fardhu yang kita kerjakan tu kita dapat luangkan sedikit masa untuk membaca zikir-zikir al-Ma'thurat iaitu zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w., membaca manzil dan sebagainya.

Berdoalah selepas sholat. Jangan selepas sholat terus bangun. Tingkah laku begini menunjukkan seperti kita sombong dengan Allah, dibimbangi perbuatan kita itu seolah-olahnya kita rasa kita sudah mempunyai segalanya dalam hidup kita tanpa perlu bantuan Allah s.w.t. lagi. Tak sempat berzikir pun paling tidak kita berdoa.

Pilih zikir yang tertentu dan istiqamahlah dalam mengamalkannya. Zikir boleh mententeramkan hati dan mencukupkan kita daripada kekurangan,. InsyaAllah dengan berzikir, Allah akan mengurniakan keikhlasan dalam jiwa kita untuk menghadapi pelbagai ujian dan cabaran dalam kehidupan yang serba mencabar ni.


Zikir yang diajar oleh Rasulullah kepada puterinya Sayidatina Fatimah r.h.a. ketika Sayidatina Fatimah mengadu kepada Baginda kesusahan beliau dalam menguruskan rumahtangganya dan memohon mendapatkan seorang pembantu.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya "Wahai anaku Fatimah, inginkah ayah berikan kamu sesuatu yang lebih baik daripada itu". Bacalah tasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan takbir (Allahu Akbar) 34 kali". Selepas mengamal zikir tersebut Sayidatina Fatimah r.h.a. merasakan dirinya terlepas daripada bebanan yang ditanggung beliau. Jom kita amalkan juga zikir ini dalam kehidupan kita.

Jumaat, 1 Jun 2012

21 Tahun Yang Lalu



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Semoga kita diberikan Allah kesihatan yang baik supaya dapat menambahkan ibadat di bulan Rejab yang mulia ini.

Kira-kira jam 12 malam semalam terima sms dari Nur Sakinah, pada hal duduk dalam bilik dia jer. Mesaj dia "Jangan lupa birthday salam esok". Alhamdulillah ingat dia birthday adik dia. Lepas tu kami ber sms jerlah dengan Salam.

Hari ini 1 Jun 2012 genap usia anak bongsu saya Muhammad Nur Salam 21 tahun. Sayangnya hanya doa yang dapat diberikan buat masa ni semoga Salam dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan diberkati Allah hidupnya di dunia dan akhirat.

Hari ni tak dapat nak raikan hari lahirnya kerana dia masih di UIA Gombak. Examnya masih belum berakhir. Kemungkin 4 Jun baru habis exam. Barulah kita raikan yer.






Kami Sentiasa Doakan Yang Baik-Baik Belaka Untuk Mu