Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 29 April 2012

3rd Blog Anniversary - Kerdipanrohani.Blogspot.com



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ semua sahabat yang dirahmati Allah selalu.

Hari ini 29 April 2012 genaplah tiga tahun usia blog saya yang serba kekurangan dan masih dalam proses belajar berblog.

Saya sangat bersyukur bila Allah bukakan hati saya untuk belajar membuat blog.

Bila bersara saya rasa kesepian. Seolah-olah hilang segala-galanya dalam hidup saya. Saya rasa kehilangan kawan-kawan dan tak tahu apa yang harus saya lakukan. Ketika itulah saya mula belajar menyusuri dari satu blog ke satu blog. Akhirnya terbuka hati saya untuk membuat blog sendiri.

Alhamdulillah dari situlah bermulanya rasa bermakna sedikit hidup saya. Saya rasa, saya kembali dikelilingi oleh kawan-kawan walaupun hanya di alam maya. Dari blog kawan-kawan yang saya singgah banyak pelajaran dan ilmu yang saya pungut sama ada sebagai motivasi diri atau menambah ilmu agama yang memang saya amat kekurangan.

Dari kawan-kawan mayalah saya mendapat galakan, semangat dan yang paling saya terharu doa. Kawan-kawan maya tidak pernah jemu mendoakan kesihatan saya apabila saya sakit, memberikan saya semangat ketika saya rasa tertekan dan menunjukkan saya jalan ketika saya keliru. Terima kasih kawan-kawan.

Menitis air mata ini ketika jari-jari saya menaip N3 ini. Kawan-kawan maya datang dalam hidup ketika saya kerinduan pada kawan-kawan yang saya kasihi di alam nyata. Rupanya kasih sayang seorang kawan hanya terasa erat ketika kita bersama, ketika mata bertentang. Saya tahu bukan mereka lupa tapi kerana kekangan kerja menjadikan mereka tidak mempunyai masa untuk berhubung dengan kawan-kawan yang dah bersara seperti saya.

Atas rasa kasih dan sayang dari hati saya, dengan seikhlasnya saya melakarkan kad ucapan terima kasih saya pada kawan-kawan semua. Besarlah harapan saya kawan-kawan sudi menerima kad yang tidak sepertinya ini.

Semoga ikatan ukhwah kita bertambah erat.

Jumaat, 27 April 2012

SiBaju Merah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Semoga dihari Rabu yang baik ini hidup kita akan sentiasa diberkatiNYA.

Hari ni ada orang tak nak pergi ke 'sekolah'. Adik Nabil jer sekolah . Ngamuk sampai di Tabika, tak nak turun kereta, tak nak 'sekolah'. Dia janji esok gi sekolah.







Inilah gaya orang tak sekolah.

Rabu, 25 April 2012

Sayang Pada Ku



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Semoga dihari Rabu yang baik ini hidup kita akan sentiasa diberkatiNYA.

Sejak akhir-akhir ni seawal 7.30 pagi selepas Sakinah bergerak ke tempat kerjanya saya dah siap tercongok depan tv.  Sebenarnya setiap hari dari hari Isnin hingga hari Jumaat di Tv Oasis (106) selalu disiarkan siaran ulangan slot drama Dilema Wanita (DW).

Saya tahu ini drama lama memandangkan kebanyakan dari pelakon-pelakon yang melakukan watak-watak dalam cerita tersebut semuanya masih muda belia. Begitu juga dengan Dato' Dr. Fadhilah Kamsiah yang memberi komennya selepas selesai setiap episod drama berkenaan yang masih lagi hitam rambutnya.

Saya seronok tengok slot DW ni memandangkan banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari kisah-kisah yang dipaparkan dan begitu juga dengan komen-komen yang diberikan oleh Dato' Dr. Fadhilah Kamsiah diakhir cerita.

Mungkin kerana hampir setiap pagi saya menonton DW dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi saya tertarik dengan lagu latar drama berkenaan. Saya search di youtube, "wah rajin kak ani ni yer,", begitulah saya kalau dah berkenan sesuatu benda.

Hasil pencarian saya, saya temui ini. Jom kita dengar lagunya yang menyentuh nurani saya kemungkinan sahabat juga.







Duka derita duka laraku di dunia
 Tidaklah aku sesali juga tak akan aku tangisi
 Sesakit apapun yg kurasakan dalam hidupku
 Semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwaku 


Andaikan dunia mengusir aku dari buminya 
Tak akan aku merintih juga tak akan aku menangis 
Ketidakadilan yg ditimpakan oleh manusia 
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya


Asalkan kerana itu Tuhan menjadi sayang padaku
 Segala kehendak-NYA menjadi syurga bagi cintaku
 Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti 
Tetapi pandangan Allah...Tuhanku yg kutakuti. 
Ada tiadaku semata-mata milik-NYA jua


Pengajaran saya dapat dari lagu ini ialah apa saja yang kita lakukan, ianya hendaklah demi mendapat keredhaan Allah bukannya kepada manusia sekeliling kita.


Selasa, 24 April 2012

Cattleya


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah.

Kebetulan di rumah saya sekarang ada pasu-pasu bunga orkid callteya yang sedang berkuntum kembang.  Jadi saya pastekan kat sini gambar-gambarnya untuk cuci mata, kata orang. Sayangnya memandang saya dah tak berapa nak kisah tentang orkid-orkid ni, saya dah hampir terlupa sesetengah namanya.







Cattleya putih ni harum baunya, pada mulanya kembang 3 kuntum, tapi tak tau apa sebabnya, satu kuntum dan layu dulu.





Dua cattleya ini adalah jenis yang berbeza, cuma warnanya sangat hampir sama.



Sabtu, 21 April 2012

Hati Yang Lara


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah.



Kapal arab melabuh sauh
 Hendak belayar ke Pulau Jambi 
Orang ku harap semakin jauh 
Rasa tak mungkin bertemu lagi

 Pasang lilin tepi perigi
 Menadah air dicelah batu 
Walau tak mungkin bertemu lagi 
Hantarlah berita pada diri ku

 Dari Jambi ke Pulau Jawa 
Hanyutkan manggis dalam perahu
 Memang kau lihat ku senyum ketawa 
Hati ku menangis tiada yang tahu


Jumaat, 20 April 2012

Berhenti Merajuk


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ semua sahabat yang dirahmati Allah. Semoga di hari Jumaat yang menjadi penghulu segala hari  ini Allah berkati hidup kita semua.

Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk.   Merajuk tu lama-lama sangat.   Menjadikan hati kita susah dan rimas kerana rajuknya.  Hati saya sering tak tenang kalau ada orang merajuk kerana saya.   Terutama orang-orang yang kita sayang.

Kalau kita tahu rajuknya tu kerana kita, bolehlah kita minta maaf dan pujuk, yang susahnya bila kita tak tahu kenapa dia merajuk.  Kita tercari-cari apa kesalahan yang telah kita buat.  Ataupun kadangkala kita tahu apa perbuatan kita yang menyebabkan dia merajuk, kita rasa kecik sangat kesalahan kita tu jika dibanding dengan rajuknya yang berhari-hari.

Kenapa orang merajuk. Kata orang, seringkalinya orang merajuk ni adakalanya kerana dia kecil hati disebabkan orang lain tidak mengendahkannya.  Contoh dia rasa orang tidak memuliakan, bila dia tidak diberikan tempat istimewa dalam satu-satu majlis atau orang tidak menerima pandangannya, ataupun tidak menunaikan permintaannya.

Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak. Merajuk berlaku bila hatinya marah kerana tidak diberi perhatian atau menunaikan apa yang dihajatinya.  Memandangkan marah satu perangai yang tidak elok, jadi dia merajuk jerlah supaya orang tak perasan sangat apa yang tersirat di hatinya.

Janganlah merajuk berlebihan.  Merajuk sikit2 tidak mengapa, rajuk manja kata orang.  Tapi kalau sudah melampau ia sebenarnya merupakan salah satu sifat mazmumah juga. Ini adalah kerana, sebab-sebab terjadinya merajuk ni berkemungkinan kerana cemburu, tidak dapat apa yang dia ingini dan ada kalanya mungkin merasa orang lain lebih hebat dari dirinya.  Jadi kalau boleh merajuk sikit-sikit dahlah!!!!.

Orang merajuk ni adalah orang yang mementing dan hanya memikirkan tentang dirinya sahaja tanpa memikirkan perasaan dan diri orang lain.

Rabu, 18 April 2012

Rabu Yang Kelu 14 - Sarapan Di Mana...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Selasa, 17 April 2012

Kepenatan Dan Tidak Sihat




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ semua sahabat yang dirahmati Allah.

Dah dua hari saya tak sihat. Malam tadi jumpa doktor sebab demam, sakit kepala dan selsema yang teruk. Hari ni masih terasa tidak sihat.

Saya tahu punca tidak sihat kerana kepenatan. Semenjak hari Khamis, saya dan suami kehulu ke hilir urusan adik beradik ipar saya. Saya ke Dengkel nak jumpa adik lelakinya Awang yang datang hari Jumaat nak jumpa Ta yang kebetulan operated hari Jumaat. Alhamdulillah Ta dapat anak lelaki. Jadi 3 oranglah heronya dan seorang heroin. T terus tutup kedai kerana dah 3 kali bersalin secara pembedahan.

Malam Jumaat tu, baru balik ke rumah di Shah Alam. Sabtunya pagi-pagi lagi ke hospital melawat Ta. Lepas tu sekali lagi ke rumah Da di Dengkel untuk jumpa Ton yang turun lagi di Genting.

Hari Ahad pun, banyak ke sana kemari, hal Salam, hal Sakinah dan last sekali selepas hantar Salam ke UIA di gombak, kami terus ke rumah anak saudara suami di Beranang kerana kakak ipar yang sulung ada di situ dan akan balik ke dungun hari malam Ahad tu juga.

Huuh, jauhnya perjalanan, tak tau berapa lebuhraya yang saya jumpa dari gombak ke Beranang. Hujan lagi. Bila balik jam dah 10 malam lebih, penatnya, saya tidur sepanjang perjalanan.

Semalam demam dan sakit kepala. Tapi tak apalah kerana semua hajat suami nak jumpa adik beradiknya tercapai. Alhamdulillah.

Begitulah kehidupan kita bila berkeluarga, ada ketika tak tertanggung kepenatan, tapi demi semua, redah jerlah.

Sabtu, 14 April 2012

Apa Dah Jadi!!!!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ semua sahabat yang dirahmati Allah.

Saya tak tahu sama ada kawan-kawan yang lain mengalami juga apa yang saya alami ketika masuk ke blog My Life , Love & HERBALIFE iaitu blog ieda.

Setiap kali saya masuk blognya akan bertukar menjadi begini:



Bila berlaku macam ni bukan blog ieda saja yang jadi tapi blog saya juga serta blog-blog lain kalau kebetulan saya buka, akan jadi begini dan saya terpaksa reload. Bila blognya dah ditutup, barulah saya boleh masuk blog saya. Mula2 saya ingat pc saya yang ada masalah tapi bila saya tak masuk ke blog ieda tapi ke blog kawan-kawan yang lain, semuanya okey. Banyak kali saya cuba.

Jadi saya minta maaf pada ieda kerana kebelakangan ini saya tidak dapat singgah di blog ieda. Saya harap ieda perasan masalah ni.

Jumaat, 13 April 2012

Kelebihan Membaca al-Mathurat.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ semua sahabat yang dirahmati Allah. Di hari Jumaat yang mulia ini saya ingin berkongsi tentang kelebihan bila kita membaca Al-Mathurat. Mesti ramai antara kita dah selalu mengamalkannya di waktu petang dan diwaktu pagi.

“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."
(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a)

Di dalam al-Mathurat ada himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi Muhammad S.A.W dan banyak fadilat dan kelebihannya bagi sesiapa yang membacanya selepas subuh dan selepas asar/magrib. Kelebihannya adalah seperti berikut :

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.



Kredit pada: abubasyer

Khamis, 12 April 2012

Ungu Kehijauan


Dah kembang betul bunganya


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut Baginda.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ salam sayang pada semua kawan-kawan. semoga hidup kita sentiasa di bawah kasih sayang Allah.

Beberapa bulan lepas ketika saya singgah di blog Nukilan iaitu blog kepunyaan Saudara Temuk, saya sangat teruja melihat pokok kunyit yang ditanamnya berbunga.

Ketika itu saya teringat pokok temulawak yang saya tanam semenjak beberapa tahun lalu. Bunganya seiras sangat dengan bunga kunyit, cuma bezanya pada warna saja, bunga temulawak bunganya berwarna ungu kehijauan. Sedangkan bunga kunyit kuning kehijauan. Gambar di atas tu paling baru saya snap, kuntum bunganya dah nampak kembang betul.







Sayang pokoknya saya tak jaga sangat sebab dia terlindung dengan pokok palm dan pokok ros. Tengoklah keadaannya, pokok pakis pun tumbuh.

Pokok ni diberi oleh seorang kawan. Saya sangat tertarik dengan pokok ni ketika saya kerumah dia di satu majlis hari raya. Rupa-rupanya tanpa saya tahu, dalam diam dia telah menyemai pokok ni untuk saya dan bersusah payah membawa ke pejabat saya. Terima kasih Kak Ti.

Ketika pokok ni masih subur dulu, bunganya besar dan cantik. Menurut kawan saya pokok ni boleh dibuat ulam dan mungkin juga boleh dikerabukan seperti yang dinyatakan oleh saudara Temuk dalam blognya.

Saya google kegunaan isi temulawak ni, menurut mereka isi temulawak ni banyak digunakan dalam bahan kecantikan dan perubatan juga. Begitulah tumbuhan kita banyak khasiatnya cuma kita saja yang kurang arif.

Berjumpa Di Rumah Ta


(Pemandangan selepas waktu maghrib dari tingkat 14 salah sebuah apartment di Percint 18, Putrajaya)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut Baginda.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada semua kawan-kawan yang singgah, semoga hidup kita sentiasa dalam keberkatanNYA.

Semalam seharian saya tidak menatap pc.

Petang Selasa hari tu suami, sakinah dan saya bermalam di Puncak Alam. Balik kerumah di Shah alam dah hampir jam 3.30 petang semalam. Rehat sekejap di rumah. Selepas sholat asar, saya dan suami bergerak ke rumah adik ipar saya, Ta. Ta adik bongsu suami saya yang tinggal di Putrajaya. Ta ni sebenarnya pensyarah di UNIZA dan sedang cuti belajar selama 3 tahun sebab menyambung ijazah PhD. di UM.

Memandangkan kandungan Ta bermasaalah sikit kali ini, jadi doktor memutuskan dia bersalin melalui cesarean. Jadi kami ke sana nak menziarah dia sebelum dia dimasukkan ke hospital Putrajaya hari ini untuk persediaan pemedahan besok.

Tengahari semalam kami terima panggilan telefon dari adik ipar saya Da yang tingal di Kota Warisan Dengkel beritahu yang adik ipar saya Ton ada datang ke putrajaya menziarah Ta. Ton ni guru besar di salah sebuah sekolah di Dungun. Kebetulan dia sedang berkursus Guru Besar di Institut Amaruddin Baki di Genting. Memandangkan semalam cuti umum, petang Selasa tu, anaknya menjemput dia di Genting dan bawa dia ke rumah Ta di Putrajaya.

Da juga seorang guru di sebuah sekolah menengah di Putrajaya. Saya tak sempat berjumpa dengan Ton sebab dia dah kembali ke Genting untuk menyambung kursusnya hari ini. Kursusnya akan berakhir esok.

Bila kami tiba di rumah Ta, rupanya kak ipar saya Kak Ni dari Dungun dah ada di sana. Selain menziarah Ta, kebetulan dia ke sini untuk menghadiri seminar 2 hari di KL. Jadi sambil tu singgah sekali di Putrajaya ni.

Keadaan bertambah riuh sebab kebetulan pulak adik beradik sebelah suami Ta termasuk ibu mertuanya semua ada sekali, mereka tiba di Putrajaya pada petang Selasa. Bertambah riuh rendahlah rumah tu memandangkan masing-masing ada anak-anak yang sebaya dengan anak-anak Ta.

Memandangkan dah ramai disini kami tak lama dirumahnya, usai sholat maghrib kami beredar balik.

Saya memang kagum dengan adik beradik suami saya. Ikatan kasih sayang adik beradik mereka cukup kuat. Mereka sangat mengambil berat dan perihatin bila ada adik beradik yang tak sihat atau ada apa-apa masalah, mereka tidak pernah bergaduh waima meninggalkan suara sesama mereka terutama dengan suami saya yang juga merupakan abang lelaki sulung mereka, Suami saya seolah-olah pengganti arwah ayah mereka.

Jumaat, 6 April 2012

6 perkara Allah sembunyikan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada kawan-kawan yang singgah. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Subhanahuwataala. InsyaAllah.

Ketika BW rumah kawan-kawan blogger saya singgah di rumah Pari-pari Putih. Saya sangat tertarik dengan N3 Pari-pari Putih mengenai 6 Perkara Allah Sembunyikan. Untuk perkongsian kita bersama, saya turunkan ceritanya di bawah ini:


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah Ku.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Sama-samalah kita renung-renungkan. Insyallah semoga Allah s.w.t sentiasa bersama kita

Khamis, 5 April 2012

Harumnya DiKala Senja



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada kawan-kawan yang singgah. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Subhanahuwataala. InsyaAllah.

Tiba didepan pintu rumah ketika balik dari rumah anak saya di Puncak Alam semalam, waktu dah hampir nak maghrib. Kami terburu-buru keluar dari kereta dan masuk ke rumah. Tiba-tiba...

"Ni, bunga melur awak kembang ker", tanya suami saya.

"Tak ada rasanya", jawab saya pendek

"Bau aper wangi sangat ni.."

"Hah, bunga tu agaknya", jawab saya saya menuding jari pada bunga Jasmin Belanda milik jiran saya.

Kesian jiran saya ni, dia yang menanam pokok ni, rimbunnya bukan main. Sayangnya bila berbunga, pokok yang disebelah rumah saya yang akan berbunga. Sebelah rumah dia hanya daun yang lebat.



Dia pernah beritahu saya. "Sorilah Ani pokok tu masuk rumah you"

Saya jawab, "pokok!! bukannya dia reti, dah kita syare tiang rumah"

Dia kata lagi "you potonglah Ni kalau you rasa semak yer!!"

Jawab saya, "tak aperlah, saya pun suka bunga, bila bunganya habis baru I potong."

Itu janji saya beberapa tahun lalu. Saya pegang janji itu hingga sekarang. Walaupun ada kalanya bila musim berbunga, pokok bunga saya yang berada dalam pasu dibawah lindungannya, layu tak dapat cahaya matahari. Nak potong saya sayang,

Ketika ini pokok tu lebat berbunga lagi. Tak aperlah dia mencantikkan juga persekitaran rumah saya disamping menghidu baunya yang harum semerbak terutama di kala senja....

Hidup berjiran kenalah bertolak ansur, sabar dan saling hormat menghormati, apa lagi dah berpuluh tahun tinggal berjiran dari anak kecik hingga masing-masing dah dapat cucu".

Selasa, 3 April 2012

Terima Kasih Daun Keladi Dieyna

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut Baginda.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada semua kawan-kawan yang singgah, semoga hidup kita sentiasa dalam keberkatanNYA.

Pagi ni selepas Sakinah ketempat kerja, saya terus menghadap pc ni. Semalam seharian sibuk sangat ke sana kemari. Semalam pagi-pagi lagi dah temankan Sakinah ke Puncak Alam atas urusan kerjanya. Memandangkan dia tak pernah memandu sendiri ke sana, saya temankan dia. Dia yang pandu kereta, saya jadi co-pikot jer.

Selepas sampai tempat yang dituju, tukar pemandu, saya ke rumah Zulaikha tengok Muhamad Al Falah. Alhamdulillah, berat Falah dah makin bertambah.

Selepas waktu asar Sakinah selesai urusannya, kami balik ke Shah Alam. Jadi seharianlah tak menjengok blog ni. Terima kasih pada kawan-kawan yang singgah dan mengucapkan ucapan tahniah di atas aniversari perkahwinan saya. Doa kawan-kawan semua saya sangat hargai. Semoga hidup kita semua berbahagia bersama keluarga sehingga kita dipanggil pulang.

Tadi ketika membaca ulasan dari kawan-kawan saya dapati Dieyna telah menjemput saya mengambil award di blognya. Terima kasih Dieyna atas ingatan dan pemberian award tu.




Singgah blog kawan-kawan untuk mengetahui kisah dan berita suka duka yang dibawa. Semoga ukhwah terus terjalin antara kita.

Ahad, 1 April 2012

Termeteri 35 Tahun Yang Lalu



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut Baginda.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan salam sayang pada semua yang sudi singgah di sini.

Pada hari Khamis malam Jumaat 1 April, iaitu 35 tahun yang lalu termeterilah satu ikatan yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Ikatan yang diiringi doa semoga bahagia selagi hayat dikandung badan.

Dan hari ini 1 April 2012 genaplah ulangtahun perkahwinan yang telah terjalin dengan teguhnya selama 35 tahun itu. Semoga kebahagiaan ini berkekalan ke akhir hayat kita.

Selama 35 tahun ini kami telah mengharungi gelombang hidup yang kadang-kadang hampir-hampir melemaskan kami. Namun atas nama kasih sayang dan dengan anugerah Allah, ikatan ini terus berjalan dengan penuh kebahagiaan.

Sekarang kami dikurniakan 5 orang cucu-cucu yang menghiburkan hati ketika duka. Semoga kehidupan ini terus diberkati Allah. Amin.....