Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 30 Mac 2012

Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan.......

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut Baginda.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan salam sayang pada semua yang sudi singgah di sini.

Rasulullah s.a.w dikatakan pernah bersabda: ‘ doa adalah senjata orang mukmin’. Jadi di hari Jumaat yang mulia ini saya ingin berkongsi tentang Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikkan… Semoga Allah makhbulkan doa kita semua.



Untuk memudahkan kita membacanya saya turunkan doa pembuka 12 Pintu Kebaikan.. ni sekali lagi:


"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin."


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Sangat baik di amalkan selepas solat fardhu setiap hari… dan boleh jugak di baca semasa solat dhuha sbg penambahan doa.. moga kita dibukakan pintu2 kebaikkan dan dipermudahkan urusan dunia & akhirat… amin..

Khamis, 29 Mac 2012

Chit,,,,Chit...Chitnya Makin Kuat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada semua yang singgah di sini. Semoga kita semua dibawah lindungan Allah selalu.

Ketika sedang menyidai pakaian di beranda rumah pagi semalam, kedengaran bunyi chit.., chit.., chit.. dipersekitaran tempat saya berdiri.

Saya toleh pada sebuah pasu bunga yang tergantung diberanda. Saya tahu di dalam pasu tu ada sarang burung. Saya selalu nampak sepasang burung bertenggek dipasu tu semenjak akhir-akhir ni. Saya sedar ada sarang burung dalam pasu tu ketika menyiram pokok di dalamnya.

Rupanya persinggahan sepasang burung di pasu tu untuk membuat sarang. Biarkanlah, fikir saya. Penyiraman saya pada pokok bunga dalam pasu tu rupanya tak membantutkan perkembangan pembiakan burung yang sedang berlaku di situ.

Akhirnya saya lupa tentang sarang burung tu sehingga satu hari saya nampak sepasang burung yang sama tu singgah lagi di pasu tu. Saya minta menantu saya tengok. Memandangkan kami berdua memang ketinggian lebih kurang, menantu saya berdiri atas kerusi untuk melihat isi dalam pasu berkenaan. Rupanya dah ada 2 biji telur burung didalam sarang tu. Lepas tu tak adalah saya ambik tahu lagi. Kerja siram menyiram berterusan.

Tapi pagi semalam keluarbiasaan bunyi chit....chit... dari sepasang burung yang sedang bertenggek di wayar talifon di berdekatan beranda rumah saya tu dan sayutan chit...chit... dari dalam pasu yang tergantung menjadikan perasaan ingin tahu saya begitu kuat.



Inilah keadaan sepasang burung tu bertenggek didawai telefon. Sayang jarak yang agak jauh dan hanya menggunakan h/fon dalam keadaan tergesa-gesa, gambarnya tak jelas


Lagi dekat saya hampiri pasu berkenaan, lagu riuh rendah bunyi pasangan burung berkenaan. Kebetulan yang ada berdekatan dengan saya ketika itu hanya h/fon. Jadi gambar sepasang burung tu hanya hitam putih jerlah.

Memandangkan pasu tu tergantung agak tinggi, saya tak dapat nak ambik gambar dalam pasu tu. Jadi saya hulur saja telefon saya dan snap. Hasilnya:



Kerana ingin tahu saya terus berusaha menurunkan pasu yang tergantung tu untuk melihat lebih jelas keadaannya. Tanpa disangka 2 ekor anak burung didalam pasu terbang keluar dengan bunyi chit...chit.... yang makin kuat. Rupanya anak burung tu dah penuh bulunya dan dah mula belajar terbang agaknya. Ketika itu bunyi chit..chit..chit makin kuat bersahutan antara anak burung dalam pasu dan sepasang burung tadi.

Anak burung tu terbang jatuh, dia berusaha terbang dah jatuh lagi. Saya cuba menangkapnya, tapi gagal, saya cuba lagi bila dia jatuh lagi, kali ini bila tangan saya dah hampir kepada burung berkenaan, saya tak dapat tunduk lebih rendah kerana rambut saya tersangkut pada penyidai kain yang tergantung, saya cuba lagi, lagi banyak rambut yang tersangkut sehingga sanggul saya terburai. Akhirnya saya biarkan burung tu terbang.

Burung tu tebang dari beranda rumah saya dan bertenggek di pokok yang berhampiran, masa tu riuh rendahlah bunyi burung 4 beranak tu. Terutama sepasang burung tadi, terbang sana, terbang sini dengan bunyi chit....chit.... yang lebih riuh rendah seolah-olah dalam kecemasanan.


Burung yang dalam kecemasan, terbang ke sini sana


Saya tak tahu ini burung apa. Bentuk warnanya seperti burung terkukur atau merbuk tetapi badannya lebih kurus dan berjambul. Anaknya pula saya sempat lihat di bawah perutnya ada warna seakan-akan warna kuning lembut. Saya rasa sedih dan menyesal mengganggu kebahagian 4 beranak burung ni. Saya nak tangkap burung tu untuk meletakkanya kembali ke dalam sarang. Tak ada niat lain, Allah tahu niat saya.



Akhirnya ini saja yang tinggal.


Saya gantung balik pasu tu ditempatnya tanpa mengusik sarang burung berkenaan. Kalau burung tu nak datang dan tinggal lagi disitu, dialu-alukan. Hasben saya kata, burung tu takkan datang lagi.

Saya megambil pengajaran dari hal rambut saya yang tersangkut pada penyidai kain tu. Mungkin sepasang burung tu berdoa supaya anaknya selamat dan tidak diapa-apakan oleh saya dan Allah Taala Yang Maha Pengasih dan Penyayang memakbulkan doa sepasang burung berkenaan. Bukankah doa mereka yang teraniaya itu sangat makhbul.

Selasa, 27 Mac 2012

Madu



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada semua yang singgah di sini. Semoga kita semua dibawah lindungan Allah selalu.

"Madu". Perkataan yang tak berapa sinonim dengan orang perempuankan?. Yang peliknya bila nak beli buah-buahan, kita akan beli yang ada perkataan madu dibelakangnya seperti limau madu, nangka madu, cempedak madu, hinggakan buah salak pun nak buah salak madu. Begitulah dengan buah-buahan lain yang ada perkataan madu digemari oleh semua tidak hanya pada perempuan. Pendeknya orang semua tahu 'madu tu baik'.

Kali ni saya nak tulis hal 'madu' yang disukai lelaki dan perempuan iaitu madu daripada lebah. Banyak orang tahu khasiatnya.

Dalam surah al-Nahl ayat 68-69 Allah ada berfirman:


Maksudnya: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.


Maksudnya: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Nabi Muhammad S.A.W, ada bersabda, maksudnya: "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api)." (Sahih Bukhari)

Seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya tidak juga sembuh, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam perubatan tradisional melayu ubat-ubatanya banyak berasaskan madu. Apa yang saya tahu orang-orang dulu mereka buat makjun pun mesti masukkan madu. Orang yang menyelidiknya mengatakan "Honey contains vitamins and antioxidants, but is fat free, cholesterol free and sodium free"

Sabtu, 24 Mac 2012

Orang Baru Dah Balik Rumah Nenek




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Muhamad Al Falah dah balik kerumah 2 hari lepas. Doktor benarkan dia di bawa balik kerumah selepas anak saya terpaksa 24 jam memberi susu badan, Beratnya dah bertambah lebih kurang 1.9 kg. Alhamdulillah.

Saya sebenarnya tak berapa sihat semenjak malam kelmarin, Demam selsema tiba2 saja. Begitulah orang yang dah senja macam saya ni, tak boleh kerja lebih, badan akan beri isyarat,

Khamis, 22 Mac 2012

TIDUR



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat Baginda. Semoga sahabat semua berada dalam keberkatan Allah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Mustahak juga tidur siang ni rupanya



Rujukan : lenggangkangkung-my.blogspot.com

Selasa, 20 Mac 2012

Lipas Kudung Pun Kalah!!!



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ Sahabat semua. Semoga sahabat semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat Baginda.

Saya baru balik dari HUKM. Petang nanti akan ke sana lagi. Semenjak Zulaikha discharged dari HUKM Ahad lepas dan suaminya pulak dah mula ke out station semalam, jadual hidup saya dah berubah. Penat jangan cerita.

Semenjak kelmarin saya terpaksa menghantar Zulaikha ke HUKM pada waktu pagi untuk menyusukan anaknya yang masih berada dalam incubator di ICU hospital berkenaan. Baby ni terpaksa ditahan dulu di situ sehingga berat badannya bertambah ketahap yang doktor berpuashati. Petangnya saya terpaksa ke sana lagi menjemput Zulaikha balik kerumah.

Di rumah pulak dua orang anaknya tak sihat. Dah beberapa hari mereka demam dan batuk. Semenjak sekolah dibuka semula ni, dah dua hari jugalah Izati belum lagi ke sekolah memandangkan dia demam dan batuk.

Diharap esok bolehlah dia ke sekolah. Ini bermakna esok bertambah lagi tugas saya dan suami. Kami berdua dah berbincang, selepas subuh mungkin kami terpaksa bergerak dari rumah untuk ke Puncak Alam menghantar Izati dan Eresya sekolah. Eresya ke Tadika. Izati akan transit di Taska bila balik dari sekolah agama sesi pagi sebelum ke sekolah kebangsaan sebelah petang. Petang kami akan ke Puncak Alam semula menjemput Izati balik.

Rutin ni mungkin akan berjalan sehingga akhir minggu. Minggu depan tak tahu apa lagi perancangannya. Zulaikha kata nak balik ke rumahnya di Puncak Alam. Mungkin dua tiga hari saya akan tinggal di rumahnya sehingga dia sihat sikit. Saya terpaksalah menolongnya mana yang boleh memandangkan dia pun tak ada sapa-sapa nak membantu.

Betul kata seorang kawan blogger, bila anak dah kawin, kita risau cara anak dah kawin. Ramai orang kata, bila anak dah kawin tanggungjawab kita lepas. Tapi rasanya atas perasaan keibubapaan saya tidak sanggup melihat dia berada dalam kesusahan. Perasaan tak sampai hati membiarkan mereka susah menjadikan kami sentiasa fikirkan kehidupan mereka."

Isnin, 19 Mac 2012

Hari Yang Semakin Senja - Perkahwinan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada semua yang singgah di sini.

Terasa betapa usia ini merangkak ke penghujung senjakala apabila melihat anak-anak sendiri dan anak-anak buah yang semakin dewasa. Lepas seorang, seorang berkahwin dan berkeluarga. Masa demi masa cucu dan cucu saudara bertambah.

Apa pun saya amat bersyukur dan Alhamdulillah atas rahmat kehidupan yang Allah berikan kepada saya sehingga ke saat ini.

Semalam satu lagi perkahwinan anak saudara saya berlangsung. Perkahwinan antara anak saudara lelaki saya dengan gadis pilihannya di Puchong. Anak saudara saya ni ialah anak lelaki bongsu kepada adik saya yang pernah saya ceritakan hilang pengelihatan akibat mengidap kencing manis dan tekanan darah tinggi yang teruk. Ceritanya di SINI

Semalam saya rasa terharu sangat melihat dia selamba jer ketika menghadiri perkahwinan anaknya. Walaupun tak nampak cuma dapat mendengar keriuhan suasana, demi anak datang juga. Adik beradik datang bersalam dengannya pun dia tak kenal cuma cam suara saja. Doktor masih menunggu bacaan gula dan tekanan darahnya stable untuk membuang cataract dimata kanannya. Menurut doktor mata kanannya ada harapan untuk melihat. Mata kiri memang habis tak ada harapan lagi.

Inilah gambar-gambar majlis di rumah pengantin perempuan semalam.












Inilah keluarga adik saya. Berbaju melayu merah berkupiah
berdiri dikiri sekali tulah adik saya.


Bila kenduri kendara nilah dapat berkumpul adik beradik, seronoknya. Teringat zaman hidup dibawah bumbung rumah mak dan ayah dahulu, bahagianya ketika itu. Tidak apa yang perlu difikirkan, tak ada tanggungjawab.

Ahad, 18 Mac 2012

Surah Penghibur hati yang kesedihan…

Surah Al-Kautsar (Sangat Banyak)Surah 108:
3 ayat Surah Makkiyyah



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu nikmat yang sangat banyak.

2. Sebab itu hendaklah engkau sembahyang kerana Tuhanmu dan hendaklah engkau berkorban.

3.Sesungguhnya orang yang membenci engkau itulah yang akan terputus



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Bacalah surah ini sekerap yg mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yg dialami akan hilang. Marilah kita sama-sama beramal…

Sabtu, 17 Mac 2012

Akhirnya Dia Hadir Juga



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah subhanahuwataala semalam lebih kurang jam 12 tengahari anak saya Zulaikha ditolak keluar dari Dewan Bedah selepas selamat menjalani pembedahan anak ketiga.

Nampaknya bertambah lagi seorang cucu saya. Ju melahirkan seorang anak lelaki. Anak lelaki pertama bagi dia dan suami serta cucu lelaki kedua bagi saya dan abahnya. Terpaksa dilahirkan awal kerana baby tidak berapa aktif ketika dalam kandungan. Beratnya ketika dilahir sekitar 1.7 kg saja. Tapi banyak-banyak syukur kerana dia sihat walafiat cuma fizikalnya saja kecil. Sekarang berada dalam incubator.

Terima kasih atas doa kawan-kawan semua untuk kesejahteraan anak dan cucu saya. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga hidup kawan-kawan semua diberkati Allah selalu.

Jumaat, 16 Mac 2012

Kisah Nabi Idris v.s. Dengan Iblis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, Iblis akan datang menggoda dan menghasut anak Adam dalam semua peringkat. Tetapi Iblis amat sukar untuk menggoda para rasul dan para nabi yang bersifat maksum dan sentiasa didalam pemeliharaan Allah SWT.

Iblis berusaha untuk menggoda Nabi Idris a.s. ternyata usaha-usahanya gagal kerana kedatangan Iblis sudah diketahui oleh Nabi Idris a.s. terlebih dahulu.

Pada suatu hari Nabi Idris a.s. didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telor. Ketika itu Nabi Idris a.s. sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki itu terus menegur Nabi Idris, “Wahai Idris, bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ke dalam telor yang sedang aku pegang ini?”

Dengan izin Allah SWT. Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang berhadapan. Lalu berkata Nabi Idris, “Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang engkau hendak tanya.” Lelaki itu pun mendekati Nabi Idris yang masih sedang menjahit.

“Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?” Lelaki asing itu mengulangi pertanyaannya.

“Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana sahaja, jangankan ke dalam telur yang engkau pegang itu, bahkan Dia boleh masukkan dunia ke dalam lubang jarum yang aku pegang ini.” kata Nabi Idris a.s.

Kemudian dengan pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata lelaki itu dengan jarum yang ada di tangannya. Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat berbuat apa-apa. Kelam-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris a.s. yang telah membutakan matanya.

Lelaki yang menganggu Nabi Idris a.s adalah Iblis laknatullah.

Pengajarannya :

1. Iblis akan datang untuk menggoda anak Adam, samaada terdiri daripada para Nabi atau manusia biasa dengan berbagai helah dan tipu daya. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dengan tipu muslihat Iblis.

2. Tips yang diajarkan oleh ulama untuk menghindari hasutan Iblis ini iaitu apabila ada keraguan atau was-was dalam hati cepat-cepat tinggalkan was-was tersebut dan terus ambil tindakkan yang pasti. Contoh jika kita terlupa bilangan rekaat dalam solat samaada rekaat ke3 atau ke 4, ambil sebagai rekaat ke3 dan tambah satu lagi rekaat dan diakhiri dengan sujud sahwi.

3. Apabila berhajat untuk bersedekah atau ingin membuat sesuatu amal soleh, terus dilaksanakan jangan di tangguh-tangguh lagi kerana yang cuba melenggah-lenggahkannya adalah dari bisikan Iblis.

4. Senjata yang dapat menghancurkan Iblis :

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :”Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?”

Berkata Iblis, “Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat dan banyak membaca al-Qur’an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku”.

Semoga kita juga tidak mudah tergoda dengan hasutan dan godaan iblis".


Terima kasih pada nursyirah.wordpress.com

Khamis, 15 Mac 2012

Air DiTempayan DiCurah Jangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Hari ini dah masuk 5 hari Ju berada di Wad. Saya ingin mengucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang singgah dan mendoakan keselamatan anak dan cucu saya. Hanya Allahlah yang membalas budi baik dan doa baik kawan-kawan tu. Semoga hidup kawan-kawan juga diberkati Allah selalu.

Besok doktor memutuskan yang Ju terpaksa melahirkan anaknya melalui cara pembedahan (cesarean). Pembedahan tu dijangka akan dilakukan esok. Semoga Allah lindungi anak dan cucu saya dan permudahkan segala urusan itu.

Hidup kita ni sentiasa diuji. Beberapa hari lalu kita membaca berita tentang penduduk di Hulu Langat dan Ampang dilanda banjir kilat. Sesuatu yang tidak dijangka.

Selepas diuji dengan banjir kilat, sekarang sebahagian dari kita terpaksa pula menghadapi masalah ketiadaan air walaupun hujan turun hampir setiap hari. Kesan dari air yang melimpah ruah akibat hujan yang lebat dikatakan menjadikan logi pembersih air pulak kotor. Ini menjadikan aliran air kepada sesetengah tempat terpaksa diberhentikan untuk seketika sehingga kerja-kerja penyelenggaraan selesai. Jadi ada orang kebanjiran dan ada pula antara kita kekeringan.

Kawasan Shah alam dikhabarkan akan terlibat sama. Jadi malam kelmarin sibuklah saya menyimpan air. Untuk air minum saya dah tadahkan air dari filter dan dimasukkan dalam beberapa bekas air. Sebenarnya pada saya air minum ni tak risau sangat kerana untuk air minum kita boleh beli air mineral di kedai-kedai. Yang merisaukan saya air yang nak digunakan untuk urusan kita seharian. Jadi kerana itu saya simpan juga air dalam bekas-bekas yang sedia ada di rumah.

Malam tadi ketika ke kedai berhampiran rumah, saya perhatikan tong-tong dan baldi-baldi besar dipamerkan di hadapan kedai untuk dijual. Yerlah supaya senang orang-orang yang memerlukan memilihnya. Orang berniaga ni pro aktif sungguh.

Begitulah putaran hidup kita ni. Senang susah silih berganti. Kesabaran sangat perlu untuk menenangkan hati dan perasaan menempah kesusahan demi kesusahan ini.

Di rumah saya buat masa ini syukur Alhamdulillah air masih ada seperti biasa. Tapi air yang disimpan masih tak berani digunakan, apa lagi nak buang. Teringat pepetah orang bijak pandai "dengar guruh di langit, air di tempayan dicurah jangan".

Isnin, 12 Mac 2012

Ya Allah Selamatkanlah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Malam tadi hampir jam 1 pagi baru saya tiba di rumah selepas menghantar anak saya Ju ke hospital HUKM di Cheras.

Dia telefon saya petang semalam beritahu dia rasa baby dalam kandungannya tak bergerak semenjak lepas waktu lunch. Kandungan anak ketiga dia kali ini memang bermasalah sikit. Masa berjumpa doktor minggu lepas doktor dah pesan kalau rasa baby tak bergerak, cepat-cepat ke hospital.

Kebetulan suami dia out station, Jadi abahnya, saya dan Inah pergi ke rumahnya di Puncak Alam dan bawa dia ke HUKM. Selepas dibuat beberapa memeriksaan oleh doktor akhirnya Ju terpaksa dimasukkan ke ward sebab doktor nak periksa lebih rapi baby dalam kandungannya. Malam tadi mengikut pemeriksaan, denyut jantung baby kuat tapi pergerakannya tak aktif.

Semoga kedua-duanya selamat.

Rabu, 7 Mac 2012

Simpan Aib Kita dan Dia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Ketika sedap bersembang, hati selalu beringat takut tercerita hal orang lain. Walaunpun tidak disengajakan. Maklumlah menceritakan aib orang sesuatu yang tidak baik walaupun pun cerita itu satu perkara yang betul. Kalau tidak betul lagilah parah dosa kita.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4, bermaksud: “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan jangan kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang fasik.”

Itu antara contoh bagaimana Islam menitikberatkan soal maruah setiap penganutnya. Diletakkan syarat dan hukum ketat supaya maruah seseorang itu tidak dipersenda atau digadaikan dengan sewenang-wenangnya.

Sebuah hadis menyatakan: “Siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Bukan aib orang saja dilarang kita cerita, aib sendiri pun tak boleh juga kita berceritakan. Manalah tahu secara tak sengaja, sedap-sedap bercerita, tercerita pulak kisah silam yang pernah kita lakukan yang bertentangan dengan ajaran agama kita. Apa lagi ketika bercerita terselit rasa bangga dan disambut gelak ketawa oleh kawan-kawan.

Ada orang berbangga dengan maksiat dan keburukan yang dilakukan. Islam mengajar kita supaya menutup aib sendiri. Allah Maha Maha Pengasih, Maha Penyayang, sebanyak mana pun dosa yang kita lakukan, Allah tidak mendedahkannya. Mohonlah ampun kepada Allah atas apa-apa kesalahan yang pernah kita lakukan.


Menutup aib sanggup dianjurkan oleh islam sekali pun dosa tu besar.

Selasa, 6 Mac 2012

Berkongsi Pandang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Lama sungguh tidak ke ladang
Tinggi rumput dari padi
Lama sungguh tidak ku pandang
Rasa rindu di dalam hati


Assalamualaikum kawan-kawan semua. Semoga semuaya di bawah lembayong rahmat Allah. Beginilah saya, dah macam biskut 'chipsmore' pulak, jarang-jarang dapat menjengok di sini.

Tak ada apa sangat cerita yang nak saya sampaikan kali ini. Cuma saya nak syare orkid yang sedang kembang di rumah saya. Orkid orange ni baru pertama kali ini berbunga di rumah. Saya dah tak ingat berapa lama saya dah saya tanam orkid ni. Saya sendiri dah tak ingat pernah melihat warna orange ni.





Kedua-dua orkid ni sedang berkembang di rumah. Kedua-duanya jenis orkid vanda. Nama betulnya, maaflah dah lupa. Kuntum bunganya seolah-olah seiras, cuma warna berlainan. Yang bewarna putih tu dah lebih sebulan berkembang, masih segar, seolah-olah bunga plastik, segar dah meriah. Kedua-duanya tidak berbau.

Orkid-orkid ni memang seronok kalau berbunga kerana bunganya tahan lama, tapi menunggu ia berbunga memerlukan kesabaran yang jitu. Kalau tak sabar, mau rasanya dicampak jauh.