Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 24 Disember 2012

Semoga Orang Kuantan Tabah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan yang singgah. Sekarang setiap kali mendengar berita di TV mesti ada berita mengenai banjir diberitahu. Banyak dah tempat yang banjir seperti beberapa tempat di Kelantan, Terengganu dan yang juga Pahang terutamanya Kuantan.


Kesian orang Kuantan, semoga tabahlah dengan dugaan Allah ni. Menurut apa yang diceritakan di Facebook, selepas hujan tidak henti-henti selama 13 jam, bandar Kuantan kini dilanda banjir.

Banjir kilat di Kuantan yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi menyebabkan banyak kenderaan terperangkap dan jalan raya sesak teruk. Banyak jalan-jalan ditutup termasuklah juga Teriminal Bas Makmur. Bas-bas terpaksa menunda perjalanan.

Khabarnya sehingga jam 1.00 petang hujan masih belum berhenti. Belum serek kata orang Terengganu. Adik saya ada di Kuantan, semoga dia sekeluarga amnya dan semua orang Kuantan khasnya dilindungi Allah dari perkara-perkara yang tidak diingini.





Beberapa gambar menunjukkan banjir di kuantan - sumber facebook

12 ulasan:

aby berkata...

salam k hanim ..
semoga mereka yg terlibat dengan banjir bersabar dengan ujian allah swt ni.. klu diKL ni 3 jam hujan dah banyak banjir kilat .. apatah yg 13 jam ni ... ujian datang dalam berbagai rupa ..

Ayie berkata...

kebetulan hujan lebat dan air pasang besar.. sakit la bandar kuantan.. kami yang dok gambang pun mati kutu.. takde tempat nak pergi..

insan marhaen berkata...

Masa IM kecil di kampung dulu, setiap december memang selalu hujan dan selalu di landa bah.

Kekadang hingga ke paras dada IM. Dada IM yang masih kecil itu la.. he..he..

Seronok be.. sebab dapat naik rakit batang pisang!

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam wak,

Betul tu kita dilembah klang ni kalau hujan 13 jam tak berani nak ramal apa akan berlaku.

Kunang-Kunang berkata...

Ayie,

Terima kasih singgah. Yerlah gambang dgn kuantan berjiran. Tak aperlah mari kita sama2 doakan semoga banjir di kuantan cepat pulih.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Hujan zaman dulu boleh mandi dan bermain dalam hujan. Tak deman pun tapi sekarang terkena air hujan secara tak sengaja pun boleh demam. Paling tidak bersin dan selsema.

Kata orang air hujan sekarang dah tak bersih kerana persekitaran kita pun dah tercemar.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Dikatakan bahawa banjir di Kuantan yang terjadi ini merupakan yang terburuk.

Semoga mereka yang terlibat tabah hadapi ujian ini. Pasti ada hikmah bagi setiap ujian. InsyaAllah.

Nor Salmi berkata...

Ye, moga orang Kuantan tabah dengan dugaan ini. Saya di Johor sekarang pun tak berani balik ke Jerantut. Bimbang tersekat di pertengahan jalan..

sal berkata...

tragedi....
moga mereka tbah dan kuat menghadapi musibah ini..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Kesian dia orang kan.

Malam tadi telefon adik di Kuantan, dia beritahu anaknya ambik menantunya balik kerja naik lori. Kereta semua sangkut.

Rumah besan adik saya banjir dan mereka mungkin menumpang sekejap di rumah adik saya.

Kunang-Kunang berkata...

Salam kenal Nor Salmi,

Terima kasih singgah. Eloklah tu, tunggulah banjir surut dulu kan.

Mudah2an semuanya berakhir dengan segera.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Sebenarnya sebahagian dari penduduk bandar Kuantan ni dah biasa dengan banjir cuma taklah melibat kawasan-kawasan dan jalan-jalan penting seperti apa yang berlaku sekarang.

Tulah, mudah2an Allah lindungi mereka semua dari segala yang tak baik.