Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 14 Disember 2012

Semoga Allah Sembohkan Falah Yer.......



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan yang singgah. Semoga diri dan keluarga kawan-kawan semua berada dalam kesihatan yang baik.

Bagi saya pulak nampaknya sekarang ni lepas seorang, seorang cucu-cucu lelaki saya masuk hospital. Mudah-mudahan Allah pulihkan kesihatan mereka seperti sediakala.


Terbaring di Wad Pediatrik PPUM

Beberapa minggu lepas cucu saya Ahmad Nabil masuk hospital kerana jangkitan kuman di paru-paru. Sekarang Alhamdulillah dia dah beransur sihat selepas 5 hari berada di wad.

Sekarang ni cucu saya Muhammad Al Falah sedang dirawat di Wad Pediatrik PPUM. Dia dimasukkan ke wad berkenaan pada pagi Rabu baru-baru ni. Dia kena Bronchitis. Untuk meredakan sakitnya, dia kena buat Neb dan sedut kahak setiap hari.

Saya perhatikan Falah kerap diserang selsema dan lelah (asma), mungkinka ini kerana dia dilahirkan tidak cukup bulan. Mungkin anti-bodynya tak kuat. Sungguhpun begitu Alhamdulillah pembesarannya okey sebagaimana sepatutnya iaitu membesar mengikut usia. Dia juga aktif dan sentiasa senyum. Terhibur hati melihatnya. Rindu kalau tak tengok beberapa hari.

Sehari sebelum dia dimasukkan ke Wad, saya menjaganya sebab maknya dah habis cuti tahunan terpaksa juga pergi kerja. Ni menjaga Falah di hospital nampaknya cuti tanpa gajilah maknya. Tak aperlah, anak. Duit boleh cari, anak tak ada galang gantinya.



Falah sebelum sakit



19 ulasan:

mselim3 berkata...

Moga2 falah cepat sembuh dan dapat ceria2 selalu,,,,amin

mselim3

❤Kamsiah❤ berkata...

salam kak
anak kepada anak sedara suami saya jugak dilahirkan tak cukup bulan-7 bulan...dok keluar masuk spital memanjang...

Kakcik Nur berkata...

Semoga Allah SWT megurniakan kesembuhan yang segera buat Falah. Amin.

Amie berkata...

Moga Falah cepat sembuh... alolo cayangggg...masuk wad ye...

MulutPayau berkata...

comelnya Falah...semoga cepat sembuh ...

Zaitun berkata...

Semoga Falah cepat sembuh.

sal berkata...

moga Falah cepat sembuh..klu anak2 atau cucu sakit,hati kita jadi risau...moga Allah lindungi kita dan keluarga dgn kesihatan yg baik semua..amin..

azi berkata...

Salam Kak Ani...
sabarlah ye akak...saya doakan semoga Falah cepat semboh...

Kunang-Kunang berkata...

Selim,

Terima kasih atas doa Selim utk Falah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Ibu mereka memerlukan kekuatan dan kesabaran utk menerima amanat Allah ni.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Terima kasih atas doa Kakcik utk Falah.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Terima kasih doakan Falah.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Terima kasih atas doa Sal tu.

Sekarang ni 2 org kakaknya ada di rumah kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Azi,

Terima kasih yer doakan kesihatan Falah.

Werdah berkata...

Assalamu'alikum Ani,

Semoga Falah segera sembuh.. aamiin

nor laila berkata...

as salam singgah sini malam ni comel-comel cucu-cucunya...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam laila,

Penghibur hati kak ani tu.