Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 11 Disember 2012

Mengidam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga sentiasa di dalam keberkatan Allah.


Setiap kali saya melihat atau makan roti canai berbentuk bulat ni saya sering terkenang satu peristiwa lama. Kisah ni dah lama berlaku iaitu ketika saya mengandungkan anak ketiga saya iaitu Dzulkarnain. Kiranya dah 28 tahun dululah.

Masa tu saya tinggal di Selayang Baru. Tak tau pasal apa, saya teringin sangat nak makan roti canai bulat ni, iaitu roti asal-asal dulu kita kenal sebelum kita kenal roti canai petak.

Jadi satu hari ketika di sebuah restoran mamak, saya beritahu suami saya minta dia beritahu mamak restoran tu untuk buatkan saya roti canai bulat. Suami saya keberatan, dia kata pelik tak pernah orang buat. Jadi saya sendiri yang beritahu mamak tu. Dah siap tak makan di restoran tu, tapi dibungkus untuk makan di rumah.

Tak taulah apa sebabnya, hari tu Cik abang merungut, katanya minta yang pelik-pelik. Tak tau kenapa, angin saya pun masa tu tak berapa baik. Ketika Cik abang saya masih membebel, saya ambil bungkusan roti canai tu dan saya buang melalui tingkap kereta. Suami saya terdiam. Masa tu air mata saya berjurai. Dan mulai saat tu sehingga saya bersalin, saya tak pernah sebut lagi pasal roti canai. Apa lagi memakannya.

Nak jadikan cerita, bila Ain dah pandai menyebut makanan yang dia nak makan, dia suka sangat makan roti canai. Mana-mana restoran yang kami makan, dia akan minta roti canai, Waima ketika makan di KFC pun dia minta roti canai. Hingga budak KFC tu beritahu "dek kat sini tak ada roti canai".

Itulah tabiat orang mengandungkan. Minta sesuatu yang boleh dimakan tak apalah. Jangan minta yang tidak-tidak.

Mengidam dikatakan berlaku kerana perubahan hormon pada awal waktu mengandung, menjadikan selera ibu menurun. Jadi pada ketika ini, ibu akan teringin untuk makan apa yang terlintas dibenaknya. Mengidam juga dikatakan ada kaitan dengan nafsu. Jadi rasanya ibu yang mengandung perlulah banyak bersabar. Anggaplah ini merupakan ujian Allah s.w.t, Begitu juga pihak suami.

Ada orang kata tabiat terlalu mengikut hati ini akan memberi kesan kepada anak-anak apabila dilahirkan kelak. Ibu yang sabar dan tabah akan melahirkan zuriat yang tingi jatidirinya. Manakala sikap ibu yang terlalu "memanjakan" diri dikhuatiri kelak anaknya menjadi "spoil". Wallahuwa'lam.

6 ulasan:

Amie berkata...

Rasa 'tegang' nya suasana waktu campak roti canai ikut tingkat kereta.... hanya yang mengalami sahaja yang faham tentang 'selera' sebab waktu tu semua serba tak kena, tak sedap dsb...

ariana berkata...

Mmg kita jd sensitif waktu mengandung kan kak ani..cpt je terasa..

MulutPayau berkata...

bila baca citer kak ani, teringat pulak ketika mngndung dulu2..mmng snsitif sangat...

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Betul tu, bila fikirkan kembali terasa bodohnya diri. Tak belajar bersabar. Ikutkan kecik hati saja.

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,

Orang mengandung dikatakan sensitif tapi jika kita fikirkan balik janganlah diikutkan sangat. Apa nak buat mungkin diluar sedar sesuatu perkara berlaku.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Mungkin masa mengandung badan terasa sentiasa kurang sihat jadi moodylah selalu.